Pengumuman
Selamat datang dan sudi-sudikan....
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh buat semua...
Diharapkan blog ini dapat membantu individu, pelajar mahupun ibu bapa atau guru/ pensyarah/ pengajar dalam memahami potensi diri dengan mengenali rahsia Warna Diri dan bagaimana Colour Vibration Therapy membantu dalam penyelesaian ke arah kecemerlangan diri.
Saya juga berharap blog saya ini yang dipenuhi ilmu dan maklumat dapat mengisi ruang ilmu. Sekurang-kurangnya bagi mencapai salah satu objektif saya iaitu pengisian masa dengan ilmu yang bermanfaat dan merangsang daya fikir kreatif.
Nota : Di dalam blog ini, saya banyak merujuk kepada pengisian pengkajian Dr Ariffaizal di blog RawatanKesihatan.
Sila membaca menggunakan susunatur pembacaan seperti yang dinyatakan di sisi tepi kiri ini....
Khamis, 2008 Jun 26
Otak Kanan Otak Kiri
Otak Dua Belah
Roger Sperry dan Robert Orntein, pengkaji-pengkaji dari Institut Teknologi California yang telah memenangi hadiah Nobel mengemukakan bahawa otak kita boleh dibahagikan kepada hemisfera kiri dan kanan. Hemisfera-hemisfera ini lebih popular digelar sebagai otak kiri dan otak kanan.
Kedua-dua hemisfera otak disambungkan dengan satu rangkaian lebih kurang 300 juta fiber saraf yang kompleks yang dipanggil korpus kalosum. Dalam kajian Sperry dan rakan-rakannya, karpus kalosum pesakit telah diputuskan melalui satu pembedahan. Tanpa pertalian saraf, Sperry mendapati setiap otak berfungsi secara berasingan dan tidak terdapat koordinasi antara fungsi-fungsi mereka. Ini dapat dilihat apabila kedua-dua tangan pesakit berebut untuk respons kepada satu tugas yang diberi. Dapat disimpulkan bahawa korpus kalosum membolehkan satu otak berkomunikasi dan berinteraksi dengan otak yang sebelah lagi.
Bagaimanakah kita mengetahui tangan kiri dikawal oleh otak kanan dan tangan kanan dikawal oleh otak kiri? Kes orang yang mengalami kecederaan otak diteliti. Sekiranya bahagian kiri otak mendapat kecederaan, didapati kesemua anggota badan di sebelah kanan akan mengalami paralisis atau kelumpuhan atau kehilangan kebolehan fungsi badan tertentu sama ada separa atau sepenuhnya. Fungsi-fungsi badan yang akan menerima kesan tersebut ialah seperti kehilangan ingatan atau kebolehan bercakap atau bertutur. Sebaliknya, sekiranya kecederaan berlaku pada bahagian kanan otak, kemungkinan paralisis akan berlaku pada anggota kiri badan. Di samping itu, gangguan akan berlaku pada persepsi visual dan seseorang tidak dapat membuat anggaran jarak yang tepat serta kehilangan ingatan terutamanya tujuan melakukan sesuatu atau mengambil sesuatu tindakan.
Secara umumnya, bahagian kiri otak memainkan peranan utama dalam pemprosesan bahasa, logik-matematik dan menyusun pembelajaran dalam urutan yang bermakna. Sebaliknya, bahagian otak kanan pula lebih tertumpu kepada ritma, muzik, visual, khayalan dan lain-lain yang tergolong dalam aktiviti kreatif.
Namun begitu, pengkhususan ini bukanlah secara mutlak. Ada masanya juga berlaku pertindihan fungsi antara kedua-dua otak. Dalam tugas harian, Sperry mendapati bahawa apabila situasi memerlukan respon cepat, hemisfera otak yang mendapat mesej terdahulu akan memberi respon terlebih dahulu. Secara realiti, otak akan berfungsi mengikut kaedah yang difikirkan paling sesuai.
Kecenderungan penggunaan hemisfera otak tertentu dikatakan dominan otak. Kebanyakan daripada kita lebih dominan dalam penggunaan otak kiri. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada manusia menggunakan tangan kanan. Manusia yang menggunakan tangan kanan lebih cenderung menggunakan otak kirinya yakni bahagian analitikal otak. Ini adalah kerana masyarakat dan sistem pendidikan lebih mengutamakan pemikiran otak kiri.
Kepentingan Otak : Kiri atau Kanan?
Persoalan yang mungkin timbul ialah : otak manakah (kanan atau kiri) yang lebih penting? Sebenarnya kedua-dua otak kanan dan kiri adalah sama penting. Walaupun kedua-dua hemisfera mendominasi aktiviti tertentu, kedua-duanya terlibat di dalam pemikiran dan pentafsiran maklumat pada masa yang sama. Orang yang cenderung menggunakan otak kiri lebih suka pentafsiran maklumat langkah demi langkah. Mereka juga digelar jenis pelajar atau pemikir linear. Mereka yang cenderung menggunakan otak kanan pula perlu melihat keseluruhan gambaran besar. Mereka digelar pemikir global.
Bagi contoh apabila kita mendengar lagu, otak kiri akan terfokus kepada lirik lagu manakala otak kanan akan memproses melodi lagu.
Malangnya, masyarakat dan pendidikan kita masih lebih mengutamakan penggunaan otak kiri yang dicerminkan dalam pembelajaran harian. Kebanyakan daripada aktiviti kerja mahupun pembelajaran di sekolah adalah dalam bentuk penulisan atau lisan. Kedua-dua aktiviti ini termasuk penekanan kepada subjek sains dan matematik adalah aktiviti otak kiri. Ketidakseimbangan ini boleh dibaiki dengan melibatkan aktiviti otak kanan seperti muzik, kesenian, imaginasi, gambaran dan lain-lain aktiviti otak kanan. Aktiviti otak kanan dapat membantu mengurangkan tekanan hidup atau kerja seseorang.
Ini dapat dijelaskan mengapa pengajaran guru dengan hanya satu nada sahaja, bukan sahaja tidak dapat mengekalkan tumpuan pendengarnya, ia juga tidak lama kekal dalam ingatan pendengar. Ini adalah kerana stail kuliah hanya mengaktifkan otak kiri. Sekira stail pengajaran dilanjutkan, cera pemikiran otak akan membentuk tabiat "malas" dan hanya menggunakan otak kiri untuk memikir.
Melalui pelaziman pendidikan dan pengalaman hidup, otak kanan semakin bertambah puas membiarkan otak kiri untuk respon kepada rangsangan. Tabiat ini seterusnya mungkin menghadkan cara kita menilai sesuatu perkara dan membuat keputusan dalam cara lama atau lazim. Dalam erti kata lain, tabiat ini akan menghalang potensi intuitif dan kreativiti otak kanan daripada berkembang maju.
Tabiat menyelesaikan masalah dengan menggunakan otak tertentu amat berguna sekiranya masalah yang hendak diselesaikan mempunyai persamaan dengan masalah yang pernah diselesaikan dahulu dengan jayanya. Namun begitu, bagi masalah baru kita akan cenderung menghadkan pemikiran kita kepada kebergantungan ke atas penyelesaian yang pernah diguna pada masa lepas. Kali ini, penyelesaian yang dipilih kemungkinan tidak sesuai.
Dalam keadaan ideal atau kedua-dua otak diguna secara seimbang, didapati otak kanan akan respon terlebih dahulu kepada muka atau imej visual berbanding dengan perkataan atau bahasa. Ini dapat menerangkan mengapa dalam proses berkenalan dengan orang baru, lebih mudah muka seseorang itu "didaftar" dan diingati daripada namanya. Apabila bertemu semula dengan orang yang sama, kita sering menyatakan "Saya pernah lihat orang ini walaupun saya tidak ingat namanya..."
Kita harus merangsang hemisfera otak khusus untuk memenuhi keperluan atau menyelesai masalah tertentu. Saiz otak kiri harus lebih besar secara fizikal atau lebih aktif daripada otak kanan. Ini adalah penting bagi pengusaan bahasa. Otak kiri yang lebih besar memungkinkan seseorang membeza antara jenis-jenis bunyi yang didengarnya secara jelas. Mereka boleh mendengar pasti setiap sebutan suku kata dan perkataan dengan jelas. Sebaliknya seorang kanak-kanak dyslexia atau yang mempunyai disorder bahasa akan mendengar bunyi perkataan bertindihan dan samar-samar. Ini disebabkan saiz kedua-dua otak kiri dan kanan terlalu seimbang.
Dengan memahami keistimewaan fungsi setiap otak, kita boleh memaksimakan kuasa mental sepenuhnya apabila sedar menggunakan kedua-dua belah otak secara harmonis dan seimbang. Orang yang menggunakan kedua-dua otak dikatakan lebih seimbang dalam segala aspek kehidupannya. Menurut Ornstein (1984), bahagian otak yang lebih "lemah" atau kurang dikembangkan boleh dirangsang untuk berfungsi serentak dengan bahagian otak yang lebih "kuat". Keseimbangan inilah yang boleh menghasilkan pemikiran yang paling tajam dan seterusnya meningkatkan pembelajaran dan penyelesaian masalah. Hasilnya, kita dapat lihat daripada pemajuan dalam prestasi pelajar secara signifikan. Apabila keseluruhan otak terlibat secara aktif, pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan cepat.
Bagaimana kecerdasan individu yang pelbagai dan faktor nya ?
Profil Kecerdasan Pelbagai
Setiap individu memiliki kelapan-lapan kecerdasan, cuma tahap setiap kecerdasan berbeza-beza. Kita tidak harus melabelkan seseorang sebagai jenis logik-matematik atau jenis kinestetik. Kita juga harus berhati-hati dalam menghuraikan seseorang sebagai mempunyai kecerdasan tinggi dalam linguistik atau mempunyai kecerdasan lemah dalam aspek naturalis. Seseorang yang dianggap mempunyai kecerdasan lemah dalam dalam sesuatu kecerdasan mungkin akan menunjukkan kecerdasan tinggi setelah menerima pendedahan dan peluang memperkembangkannya.
Aspek penting di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, antaranya ialah :
1. Setiap orang memiliki kelapan-lapan kecerdasan
Teori Kecerdasan Pelbagai bukanlah sejenis teori untuk menentukan kecerdasan khusus yang dimiliki oleh seseorang individu. Ia merupakan teori fungsi kognitif dan mencadangkan bahawa setiap orang mempunyai kebolehan dalam kelapan-lapan kecerdasan. Sesetengah orang kelihatan mempunyai tahap tinggi dalam kesemua atau kebanyakan kecerdasan berkenaan manakala golongan lain pula kelihatan mempunyai tahap rendah dalam kebanyakan aspek kecerdasan. Kebiasaannya terletak di tengah-tengah dua kontinum tersebut iaitu memiliki perkembangan tinggi dalam sesetengah kecerdasan tertentu manakala kecerdasan yang lain pula mengalami perkembangan perkembangan sederhana atau kurang.
2. Kebanyakan orang boleh memperkembangkan setiap kecerdasan kepada suatu tahap ketrampilan yang sesuai
Walaupun seseorang kekurangan di dalam sesuatu bidang dan menganggap masalahnya tidak dapat diperbetulkan, namun Gardner menegaskan bahawa setiap orang mempunyai kebolehan untuk mengembangkan kesemua kecerdasannya ke tahap prestasi yang cukup tinggi sekiranya diberi galakan, pengkayaan dan pendidikan yang sesuai.
Misalannya, program muzik untuk kanak-kanak yang berumur tiga tahun boleh melatih kanak-kanak untuk mencapai satu tahap muzik yang lebih tinggi melalui kombinasi pengaruh persekitaran yang sesuai seperti ibu bapa yang terlibat, pendedahan dan pengajaran awal.
3. Kecerdasan biasanya berfungsi serentak secara kompleks
Menurut Gardner, tiada kecerdasan yang wujud dengan tersendirinya. Kecerdasan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Misalannya, bagi aktiviti memasak, seseorang perlu membaca resepi (linguistik), mengenalpasti kuantiti-kuantiti ramuan mengikut bilangan orang yang makan (logik-matematik), merancang masakan yang memuaskan selera kesemua ahli keluarga (interpersonal) dan selera sendiri (intrapersonal).
Begitu juga di dalam sukan bola sepak. Seseorang pemain memerlukan kecerdasan kinestetik semasa berlari, menyepak dan mengejar bola; kecerdasan visual ruang untuk mengatur serangan; linguistik untuk memahami ajaran jurulatih; dan kecerdasan interpersonal untuk mencapai persefahaman dan kerjasama rakan sepasukan.
4. Wujudnya banyak cara untuk menjadi cerdas dalam lingkungan setiap kategori
Tidak wujud satu set kriteria yang piawai dalam menentukan sama ada seseorang mempunyai kecerdasan dalam setiap bidang tertentu. Seseorang mungkin tidak dapat membaca namun mempunyai kecerdasan linguistik tinggi kerana dia dapat menceritakan cerita yang baik atau mengusai perbendaharaan kata lisan yang luas.
Dalam cara yang sama, seseorang mungkin tidak mahirdi padang permainan namun mempunyai kecerdasan kinestetik tinggi dalam kerja-kerja pertukangan. Teori Kecerdasan Pelbagai boleh menunjukkan kebolehan-kebolehannya dalam seseuatu kecerdasan dan antara kecerdasan.
Seseorang individu perlu menggabung dan "mengadunkan" kecerdasan bagi menghasilkan potensi otak yang paling maksimum dan untuk berfungsi secara optima dalam pelbagai situasi. Umpamanya, Picasso menggunakan secara dominan kecerdasan ruang-visual untuk mempersepsi dan menggariskan bentuk dan imej dalam lukisannya tetapi Picasso juga perlu menggabungkan kemahiran verbal linguistik, dengan interpersonal seperti renungan mendalam dengan pemikiran dan perasaan; dengan kinestetik tangan untuk memindah idea ke atas kanvas; dan kecerdasan naturalis seperti imej dan bentuk yang dipengaruhi ciri-ciri semulajadi. Contoh ini menunjukkan bahawa adalah mustahil seseorang bergantung sepenuhnya ke atas satu kecerdasan sahaja. Kecerdasan pelbagai akan digunakan untuk fungsi dan situasi berlainan.
Memperkembangkan Kecerdasan Pelbagai
Persoalan sama ada seseorang boleh memperkembangkan kecerdasan-kecerdasannya bergantung kepada tiga faktor utama iaitu :
Warisan Biologikal - termasuk faktor-faktor genetik atau yang diwarisi dan kecerdasan yang dialami sebelum, semasa dan selepas kelahiran seseorang.
Sejarah Hidup Peribadi- termasuk pengalaman-pengalaman dengan ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan sebaya, kawan dan lain-lain yang memberi kesedaran atau menghalang perkembangan kecerdasan mereka.
Latar Budaya dan Sejarah - termasuk masa dan tempat seseorang dilahirkan, didewasakan, ciri dan keadaan perkembangan budaya atau sejarah.
Interaksi faktor-faktor ini dapat dilihat dalam hidup Wolfgang Amadeus Mozart. Beliau telah dikurniakan dengan bakat dan kebolehan biologikal yang tinggi kerana kemungkinan beliau mempunyai lobus temporal kanan yang baik dalam otaknya. Seterusnya, beliau juga dilahirkan dalam keluarga yang muzikal yang mana bapanya juga seorang pencipta muzik. Faktor lain yang mempengaruhi perkembangan kecerdasannya ialah Mozart dilahirkan dalam zaman kegemilangan muzik dan seni lukis di Eropah dan ramai peminat dari golongan kaya menyokong hasil-hasil ciptaan komposer dan seniman. Boleh disimpulkan bahawa kecerdasan Mozart adalah hasil kombinasi faktor-faktor biologikal, peribadi dan budaya/sejarah.
Apakah yang berlaku sekiranya Mozart dilahirkan oleh ibu baoa yang tidak berminat terhadap muzik dan pekak irama pada zaman Puritan di England serta muzik dianggap sebagai hasil kerja syaitan? Tentu sekali bakat-bakat muziknya tidak akan daat diperkembangkan kepada tahap yang tinggi kerana kuasa-kuasa yang tidak menyokong warisan biologikal/semulajadinya.
Faktor-faktor Mengaktifkan atau Menghalang Perkembangan Kecerdasan
Perkembangan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh dua jenis pengalaman dalam hidup seseorang iaitu pengalaman yang mengaktifkan dan pengalaman yang menghalang kecerdasan kecerdasan. Menurut Gardner dan rakan-rakannya, pengalaman-pengalaman ini akan kebiasaannya berlaku pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Ia merupakan detik perubahan dalam perkembangan kebolehan dan bakat seseorang. Namun begitu, pengalaman-pengalaman tersebut juga boleh berlaku pada bila-bila masa dalam hidup dewasa seseorang.
Semasa Einstein berumur empat tahun, bapanya telah menghadiahkan sebuah kompas magnetik. Einstein menyatakan bahawa kompas tersebut telah menimbulkan keinginannya untuk menyelesaikan misteri-misteri dalam dunia ini. Pengalaman ini telah mengaktifkan kecerdasannya yang terpendam pada masa itu dan memulakan penerokaan-penerokaannya sehingga menjadi saintis paling terkenal. Oleh itu, pengalaman mengaktifkan akan mencetuskan kecerdasan dan memulakan perkembangannya ke peringkat kematangan dan kemuncaknya.
Pengalaman menghalang yang dijelas Gardner sebagai pengalaman-pengalaman yang membekukan perkembangan kecerdasan. Pembekuan atau pemberhentian perkembangan kecerdasan boleh berlaku akibat kritikan-kritikan daripada orang yang mempunyai pengaruh besar kepada kita, antaranya ibu bapa, guru, rakan dan sebagainya.
Seorang ibu atau bapa atau guru yang memerli percubaan untuk menghasilkan satu karya lukisan kemungkinan akan membeku atau memberhentikan perkembangan kecerdasan visual-ruang seseorang itu. Pengalaman-pengalaman menghalang perkembangan kecerdasan sering diikuti dengan perasaan malu, bersalah, ketakutan, kemarahan dan emosi negatif lain yang susah dipadamkan dari ingatan.
Antara pengaruh-pengaruh persekitaran lain yang juga menyokong atau mencacatkan perkembangan kecerdasan termasuk :
Kewujudan sumber atau mentor - Sekiranya seseorang berasal dari keluarga yang terlalu miskin untuk membelikan piano, bola tau instrumen lain, kecerdasan muziknya mungkin tidak akan dapat diperkembangkan.
Faktor sejarah-budaya - Sekiranya seseorang pelajar menunjukkan kecenderungan semula jadi yang luar biasa dalam sains pada masa program sains dan matematik amat dipentingkan dan diperuntukkan belanjawan yang besar, tentu sekali kecerdasan logik-matematik pelajar tersebut akan dapat berkembang maju.
Faktor keluarga - Andaikan anda ingin menjadi seorang pelukis grafik tetapi ibu bapa anda inginkan anda menjadi seorang peguam. Mereka akan cuba mempengaruhi anda serta menyokong perkembangan kecerdasan linguitik anda berbanding dengan kecerdasan visual-ruang.
Faktor situasi - Cuba bayangkan bahawa anda merupakan anak sulung dan terpaksa membantu menjaga keperluan keluarga yang besar semasa anda mula meningkat dewasa. Apabila anda telah bekerja dan anda juga telah mendirikan keluarga yang besar maka tidak menghairankan sekiranya anda tidak ada masa untuk memperkembangkan sebarang potensi kecerdasan anda yang lain kecuali kecerdasan interpersonal.
Isnin, 2008 Jun 23
Otak : Pembelajaran, Pemikiran & Kreativiti
Bermula di bahagian Kata Penghantar lagi, mereka menyatakan ..."kakayaan negara kita merupakan jumlah kesemua otak rakyatnya - kreativiti dan kemahiran mereka. Dengan perkataan lain, keupayaan negara kita yang paling baik ialah keupayaan rakyatnya secara kolektif untuk belajar dengan pantas serta menyesuaikan diri dengan penuh kebijaksanaan dalam situasi-situasi yang tidak boleh diramalkan. Malangnya, fokus utama sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi ialah menentukan apa yang perlu dipelajari dan apa yang perlu mereka fikirkan. Sepatutnya, pada zaman ketika perubahan berlaku dengan begitu pantas, penekanan utama harus diberikan kepada pengajaran dan latihan cara-cara untuk belajar dan cara untuk berfikir. Alvin Toffler (1970) dalam buku beliau Future Shock menegaskan bahawa di masa akan datang seseorang itu buta huruf bukan kerana dia tidak boleh membaca, tetapi kerana dia belum belajar bagaimana untuk belajar.
Dunia yang kita diami kini sudah memasuki milenium yang ketiga. Kehidupan yang dilalui saban hari semakin mencabar. Apa yang diajar kepada pelajar-pelajar empat dekad lalu mungkin sudah tidak relevan lagi dalam alaf baru ini. Tambahan pula maklumat kini hanya berada di hujung jari dengan adanya teknologi Internet. Segala yang ingin diajar perlu dilakukan menggunakan pendekatan-pendekatan baru. Pelajar-pelajar harus diberikan perkara-perkara yang mencabar minda mereka sekiranya guru-guru ingin memastikan mereka mereka benar-benar gembira berada di dalam bilik darjah. Sekiranya ini tidak mampu dilakukan, maka pelajar-pelajar akan merasakan masa di dalam bilik darjah sebagai masa-masa yang menyeksakan."
Di dalam bab 1 bertajuk Otak, penulis berpendapat bahawa bagi tahun 2000 dan selanjutnya, seseorang pelajar mahupun orang dewasa harus mengamalkan pembelajaran berkualiti dan bestari yang akan membantu seseorang berjaya di dalam hidupnya. Ini bermakna pendidik hari ini tidak boleh memberi penekanan kepada pendekatan yang tertentu sahaja. Malah pelajar perlu belajar bagaimana untuk belajar (learning how to learn).
Pendidik yang menggunakan jawapan atau cara yang 'betul' atau lazim digunakan sahaja, berkemungkinan akan mengabaikan apa yang membolehkan manusia untuk hidup dan berkembang sekian lama dalam dunia ini. Umpamanya, amalan biasa yang dipraktikkan setiap permulaan semester persekolahan, sesetengah guru berkecenderungan dengan pantasnya mengkategorikan pelajar kepada dua kategori : mereka yang memberikan perhatian dan mereka yang tidak. Dalam lain perkataan, pelajar secara automatis diklasifikasikan sebagai ''pelajar baik" dan "pelajar bermasalah". Klasifikasi begini menyebabkan banyak tenaga dilaburkan untuk "memulihkan" atau mengubah pelajar yang bermasalah. Pelbagai cara termasuk janji-janji, ganjaran, ugutan, nada suara yang tegas dan kaedah-kaedah lain diperkenalkan dan dilakukan oleh guru-guru dalam usaha meningkatkan daya belajar di kalangan pelajar. Di samping itu, keadaan bertambah buruk apabila guru-guru baru juga mengikuti jejak dan menjadikan amalan-amalan ini sebagai rujukan dan model mereka.
Situasi begini menunjukkan bahawa guru sendiri kurang faham tentang otak dan proses pembelajaran yang berkaitan dengannya. Sekiranya kita hendak kereta dibaiki, kita akan membawa kereta kepada seorang mekanik. Bagi urusan perundangan, kita mungkin akan mencari seorang peguam. Bagi memahami otak dan bagaimana kita belajar, adakah kita akan merujuk kepada seorang guru? Kemungkinan besar, tidak! Namun begitu, setiap tahun, berjuta-juta ibu bapa beranggapan bahawa professional yang mengajar anak-anak mereka berpengetahuan tentang otak dan proses pembelajaran. Sebenarnya guru tidak boleh disalahkan dalam hal ini kerana dalam latihan perguruan, guru hanya mendapat pendedahan dalam pengajian psikologi. Bidang psikologi hanya menyediakan maklumat tidak langsung tentang kelakuan dan cara pelajar belajar. Mereka tidak didedahkan kepada pengetahuan hands-on tentang perkembangan otak dan proses pembelajaran pelajar.
Maka sudah sampai masanya, bukan sahaja guru tetapi juga ibu bapa yang inginkan kejayaan dalam pembelajaran anak mahupun diri sendiri, perlu belajar tentang otak dan cara otak berkembang yang merupakan kunci kepada proses pembelajaran.
Penulis menekankan akan persoalan pokok akan mengapa harus belajar tentang otak dan proses-prosesnya berkaitan dengan pembelajaran, iaitu dalam kata lain, mengapa harus belajar bagaimana untuk belajar? Kemahiran pembelajaran bagaimana untuk belajar amat diperlukan bagi abad ke 21. Sekiranya Malaysia ingin mencapai status negara maju, maka tenaga manusianya tiada pilihan lain kecuali menggunakan dan mencipta segala peluang untuk belajar. Oleh yang demikian, sekiranya guru tidak ghairah tentang pembelajaran, maka mereka juga boleh dikatakan tidak ghairah mengajar pelajar untuk belajar. Guru harus mengorak langkah untuk mendahului pelajarnya dari segi ilmu sekurang-kurangnya dalam bidang yang diajarnya. Tidak dapat dinafikan pada hari ini, sesetengah pelajar dari keluarga yang mempunyai pengalaman seperti peluang melancong atau berkemahiran komputer lebih daripada guru. Tetapi guru tidak boleh berdiam diri tanpa melakukan apa-apa.
Bagi menyesuaikan diri dalam hidup, manusia perlu sentiasa berikhtiar dan mencuba pendekatan-pendekatan dan perkara-perkara baru. Barulah manusia dapat mengasah dan menajamkan pemikirannya bagi mengawal dan mengusai persekitaran yang sentiasa berubah-ubah.
Otak Manusia
Otak manusia terdiri daripada tiga bahagian yang utama iaitu serebrum, serebelum dan medula oblongata.
Serebrum merupakan pusat pemikiran, penaakulan, pertuturan dan penyimpanan maklumat. Terdapat empat bahagian yang lebih terperinci dipanggil lobus iaitu lobus occipital, lobus frontal, lobus parietal dan lobus temporal. Fungsi setiap lobus ini diringkaskan di dalam jadual berikut yang menunjukkan bahagian-bahagian otak, kedudukan serta fungsinya.
Medula Oblongata merupakan bahagian otak bersambung kepada safar tunjang secara langsung. Jadi ia banyak mengandungi saraf-saraf yang mengawal banyak fungsi dan refleks utama seseorang. Medula oblongata ialah bahagian otak yang mengawal segala gerak balas automatik seperti denyut jantung dan pernafasan, umpamanya membuat keputusan untuk mempercepatkan kadar denyutan jantung atau pernafasan semasa pergerakan cergas. Gerak balas automatik ini membolehkan lebih banyak oksigen dan glukosa dibekalkan kepada otot bagi menghasilkan tenaga yang diperolehi untuk aktiviti cergas tersebut.
Serebelum pula terletak di belakang medula oblongata. Ia mengawal pergerakan otot-otot dan motor seseorang. Fungsi serebelum ialah membuat penyelarasan pergerakan dan memastikan keseimbangan badan semasa pergerakan.
Teori Otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak pembelajaran otak kanan. Seterusnya, pendidik telah diperlkenalkan kepada Teori Otak Truine, yang dipelopori oleh Paul McLean. Model skema evolusi tiga bahagian ini mengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak reptilia (bahagian medula), emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistem limbik), manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks). Setiap bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus.
Otak Reptilia
MacLean menjelaskan bahawa otak reptilia terbentuk paling awal dalam evolusi perkembangan manusia iaitu dalam tahun pertama hidup seorang kanak-kanak. Ia digelar otak reptilia disebabkan fungsinya yang mempunyai persamaan dengan elemen-elemen pengekalan mandiri dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah. Fungsi utamanya ialah mengawal secara automatik atau tanpa disedari, kelakuan kelima-lima motor deria pancaindera seseorang. Pengawalan fungsi-fungsi utama badan ini mempunyai hubungan dengan kebolehan seseorang bertahan untuk terus hidup atau wujud. Otak reptilia menggerakkan manusia berikhtiar untuk memperolehi makanan , perlindungan, keselamatan dan pengekalan kewujudan spesies manusia. Umpamanya, apabila kita berdepan dengan seekor ular, otak reptilia akan diaktifkan. Dengan serta merta kita akan membuat keputusan sama ada untuk mempertahankan diri atau melarikan diri dari bahaya tersebut. Respon ini amatlah penting dalam keadaan bahaya dan terancam. Namun begitu, oleh kerana ia hanya berada di tahap kecerdasan paling rendah, manusia tidak dapat menuju ke pemikiran tahap lebih tinggi.
Malangnya, keadaan ini sering berlaku di sekolah sekiranya guru-guru tidak sedar tentang respon reaktif otak reptilia. Apabila pelajar berasa terancam akibat pelbagai ugutan pelbagai denda dan hukuman oleh guru, secara automatik, otak reptilianya akan beroperasi dalam modus "melawan guru" atau "mendiamkan diri". Dalam keadaan ini, pelajar tidak mungkin dapat memberi perhatian kepada pengajaran mahupun menjawab soalan-soalan tahap tinggi yang diajukan oleh guru. Sebaliknya, jika guru sedar tentang kepentingan membentuk keadaan pembelajaran yang relaks, selesa dan tenang, pelajar boleh digalak memikir pada tahap lebih tinggi. Pemprosesan maklumat dan pembelajaran boleh diajukan ke bahagian otak mamalia atau sistem limbik yang terletak di pertengahan otak manusia.
Dan ini pastinya pembelajaran yang sampai ke sistem limbik akan berlaku dengan penuh minat dan keseronokan kerana sistem limbik berkaitan dengan emosi.
Jensen (1998) pula mencadangkan bahawa tekanan berlebihan atau perasaan terancam memberi kesan negatif kepada pemikiran dan ingatan dan seterusnya menyebabkan pembelajaran merosot. Namun begitu, bukan kesemua jenis dan tahap tekanan membawa kesan yang buruk. Tiada tekanan langsung juga tidak membawa kesan yang baik. Sebaliknya, tahap pencapaian pelajar atau pekerja juga adalah rendah. Lazimnya, julat tahap tekanan yang sedikit kepada yang sederhana adalah sesuai bagi peningkatan prestasi atau keupayaan belajar mahupun kerja.
Di sini guru memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi tahap tekanan yang sesuai di samping mewujudkan keadaan pembelajaran yang selesa dan tenang yang boleh menggalakkan pelajar mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi. Melalui cara ini, barulah pemprosesan maklumat dan pembelajaran dapat diajukan ke bahagian otak mamalia atau sistem limbik yang terletak di pertengahan otak manusia.
Otak Mamalia atau Sistem Limbik
Sama seperti penjelasan mengenai otak reptilia, otak mamalia digelar "mamalia" memandangkan ia mempunyai persamaan dengan elemen-elemen reaksi pemikiran dalam kesemua haiwan mamalia. Fungsi utamanya ialah kognitif dan emosi iaitu ia mengandungi perasaan, pengalaman yang seronok dan bermakna, ingatan dan kebolehan serta daya belajar. Selain itu, ia juga berfungsi mengawal pola-pola bioritma seperti pola-pola tidur, kelaparan, dahaga, tekanan darah, kadar denyutan jantung, suhu badan, kadar metabolisma, sistem imuniti dan lain-lain fungsi badan. Oleh kerana bahagian otak ini mengawal emosi maka dapat dijelaskan mengapa apabila kita sedih, keadaan fizikal kita turut terjejas.
Otak mamalia merupakan pusat pemeliharaan atau pengekalan manusia. Ia akan mentafsir kesemua maklumat yang diterima daripada pancaindera kita dan menghantar maklumat tersebut ke bahagian pemikiran otak iaitu neokorteks.
Otak Neokorteks
Neokorteks terletak di bahagian atas otak dan terdiri 80% jumlah jirim otak. Bahagian otak ini merupakan pusat pemikiran dan kecerdasan manusia. Antara fungsi utamanya adalah mentafsir, menyusun, menterjemah maklumat melalui proses penaakulan, membuat keputusan, kelakuan, bahasa dan pemikiran tahap tinggi. Dipercayai kecerdasan tahap tinggi dalam manusialah yang memberi keunikan kepada spesis manusia dan membezakannya daripada makhluk lain. Sebagai contoh, ahli psikologi, Howard Gardner telah mengenal pasti kecerdasan-kecerdasan yang khusus yang mungkin diperkembangkan dalam manusia, antaranya : kecerdasan linguistik, matematikal, visual/spatial, kinestatik, muzik, naturalistik, interpersonal dan intrapersonal.
Otak dan Proses Pembelajaran
Keyakinan Gardner bahawa kecerdasan manusia boleh diperkembangkan membawa kita kepada perbicaraan sama ada kecerdasan diperturunkan oleh nenek moyang kita atau ia boleh dibangunkan. Ia juga menimbulkan persoalan lain seperti apakah yang boleh mempertingkatkan kecerdasan seseorang.
Ramai ibu bapa serta pendidik masih "mengukur" kecerdasan seseorang kanak-kanak mengikut saiz otak. Sering kedengaran ibu bapa memberi komen bahawa anak si Ali tu lebih pandai kerana otaknya besar dan dahinya tinggi. Pada hari ini, bidang sains telah memperjelaskan bahawa saiz otak ikan lumba-lumba lebih besar berbanding saiz otak manusia tetapi tidak sepandai manusia.
Ada pula yang percaya bahawa kepadatan sel-sel otak setiap meter padu turut mempengaruhi kebolehan seseorang itu berfikir. Namun begitu telah dibuktikan bahawa otak tikus mempunyai kepadatan sel otak yang lebih tinggi tetapi kecerdasan jauh lebih rendah daripada kecerdasan manusia.
Pandangan Jane M. Healy (1990) pula menyatakan bahawa untuk memahami proses-proses perkembangan mental seseorang, kita harus memahami proses pembelajaran seseorang. Ini bermakna bahawa kunci kepada pemahaman perkembangan kecerdasan otak ialah memahami bagaimana sinaps otak menjalinkan hubungan atau membina rangkaian antara sel-sel otak tanpa kehilangan rangkaian yang terdahulu dan sedia wujud. Rangkaian-rangkaian inilah yang membolehkan kita memahami fenomena-fenomena masalah dan seterusnya mencari penyelesaian kepadanya.
Otak kita mempunyai dua jenis sel otak iaitu neuron dan glia. Walaupun kebanyakan sel otak terdiri dari glia (90%), yang lebih jelas difahami ialah mengenai sel-sel neuron (yang hanya 10%). Neokorteks menusia mempunyai 12 hingga 15 bilion neuron atau sel saraf.
Setiap neuron terdiri daripada jasad atau badan sel, cabang-cabang halus iaitu dendrit dan akson. Walalupun setiap neuron mempunyai banyak dendrit, ia hanya mempunyai hanya satu akson. Akson berbentuk tiub panjang dan menganjur dari sel neuron sehingga hampir bersentuh dengan dendrit neuron lain. Di hujung akson, terdapat terminal akson yang berbentuk butang. Ruang di antara terminal akson dan dendrit dipanggil sinaps.
Semasa proses penghantaran maklumat, apabila dendrit-dendrit sesuatu neuron menerima maklumat maklumat dalam bentuk impuls atau rangsangan elektrikal, ia akan dihantar ke jasad sel neuron dan seterusnya dipindahkan secara sehala dari akson ke sinaps. Getaran elektrikal mudah diterima dari jurang sinaps oleh dendrit-dendrit neuron lain kerana wujudnya neurotransmiter, sejenis bahan kimia yang dikeluarkan oleh terminal akson. Neurotransmitter ini berfungsi sebagai jambatan pada jurang sinaps bagi membolehkan hubungan dan komunikasi dijalinkan. Mielin, sejenis selaput protein berlemak yang menutupi akson akan mempercepatkan perpindahan rangsangan elektrikal terutamanya bagi maklumat baru yang diterima.
Contohnya, apabila seseorang baru mempelajari kemahiran komputer, mielen akan dikeluarkan dan meliputi akson. Sekiranya seseorang membuat latihan berulangan dalam penggunaan komputer, lebih banyak mielen akan dikeluarkan menjadikan lapisan mielen yang sedia ada semakin tebal. Proses ini boleh disamakan dengan usaha melebarkan jalan raya. Lebih lebar sesuatu jalan maka lebih laju dan cekap perjalanan trafik. Perkara yang sama juga boleh diaplikasikan kepada proses pengmielenan. Semakin tebal lapisan mielan, semakin licin dan cepat perjalinan rangkaian neural. Ini menjelaskan kepada kita mengapa lebih banyak kita mengulangi sesuatu pembelajaran, maka lebih senang bagi kita mengusai dan mengingatinya.
Pengaruh persekitaran yang "kaya" turut memainkan peranan yang amat penting. Dalam persekitaran-persekitaran yang memberangsangkan otak, dendrit-dendrit akan menghasilkan lebih banyak cabang dan cawangan. Pertambahan dendrit akan mempercepatkan penghantaran maklumat dan hasilnya mempermudahkan pembelajaran seseorang. Kita boleh mengambil contoh jalan raya biasa untuk menjelaskannya. Apabila berlaku kesesakan lalu lintas di jalan raya, dengan pembinaan lebih banyak cawangan jalan, kesesakan lalu lintas boleh dikurangkan lalu mempercepatkan trafik.
PERKEMBANGAN OTAK DAN KUALITI PERSEKITARAN
Marian Diamond (1988) telah mempelopori kajian tentang kesan kualiti persekitaran ke atas perkembangan otak. Beliau telah menguji tindakan atau respon tikus dalam dua jenis persekitaran yang berlainan iaitu persekitaran yang ada permainan dan tangga (persekitaran yang mengkayakan otak) dan kedua dalam persekitaran tanpa permainan (persekitaran yang tidak mengkayakan otak). Hasil kajian menunjukkan tikus dalam persekitaran yang mengkayakan (adanya permainan) adalah lebih aktif dan responsif berbanding tikus dalam persekitaran tanpa rangsangan. Adalah dipercayai kajian pengkayaan otak ke atas binatang boleh dipindahpakai kepada otak manusia.
Kajian Diamond dan kajian-kajian seterusnya telah mengubah pandangan kita terhadap perkembangan otak. Boleh disimpulkan bahawa persekitaran yang kaya amat perlu untuk perkembangan otak. Melalui rangsangan persekitaran otak, kita boleh memperkembangkan korteks, membesarkan sel-sel otak dan mewujudkan lebih banyak cabang-cabang dendrit yang membolehkan komunikasi antara sel-sel otak dengan lebih pantas dan lancar. Pertumbuhan ini boleh berlaku dalam tempoh 48 jam selepas rangsangan diberi. Didapati otak tikus di dalam persekitaran yang kaya bukan sahaja meningkat dalam saiznya tetapi telah menghasilkan sinap-sinap yang lebih tinggi kepadatannya. Diamond telah menyimpulkan bahawa struktur sinap telah berkembang akibat persekitaran yang kaya sepanjang hayat, termasuk juga dalam usia lanjut.
Kajian-kajian seterusnya menunjukkan bahawa proses mewujudkan hubungan antara sel-sel otak yang paling penting bagi memperkayakan daya pembelajaran. Adalah dipercayai bahawa orang yang lebih pandai kemungkinan besar mempunyai bilangan jaringan neural yang lebih banyak dan padat. Pandangan ini mencadangkan bahawa persekitaran memainkan peranan yang sama penting dengan pengalaman sebenar seseorang dalam perkembangan otak. Kini, kita ketahui bahawa otak berubah dari segi struktur dan saiz bergantung kepada jenis, jumlah penggunaannya dan jenis aktiviti persekitaran yang diberi kepadanya. Di sekolah setakat memenuhi syarat penyediaan pendidikan sahaja adalah tidak mencukupi untuk perkembangan otak. Penyediaan persekitaran yang mengkayakan perlu diwujudkan.
Sejauh manakah sekolah dapat memainkan peranan dalam perkembangan otak? Didapati bahawa pembelajaran pengalaman dan cabaran (rangsangan) yang baru dan kerap adalah kritikal kepada pengaktifan dan perkembangan otak. Pelajar yang mendapat cabaran harian dalam pembelajaran akan mempunyai otak yang lebih cergas dan cerdas berbanding dengan pelajar yang hanya boleh menerima "suapan" ilmu.
Rangsangan deria yang mencabar boleh diumpamakan nutrien kepada otak. Rajah menunjukkan perbezaan perbezaan antara sel otak yang dirangsang dan diperkayakan (lebih banyak dan padat jaringan neuron) dan sel otak dalam "kebuluran".
Sekiranya rangsangan diteruskan tanpa kepelbagaian dari segi kualiti atau kuantiti, penerima deria kita akan mengamalkan fungsi rutin sahaja dan lama-kelamaan akan terbentuk tabiat malas. Umpamanya, adalah amat susah untuk menumpu perhatian sekiranya guru hanya mengajar dalam satu nada suara sahaja; dan mengapa manusia perlu menambahkan garam, lada sulah atau ramuan lain untuk mempelbagaikan hidangan makanan agar sentiasa berlainan.
Otak belajar paling pantas dan mudah pada tahun-tahun persekolahan di mana otak menyesuai kepada dunia dengan kadar kelajuan yang menakjubkan. Pada masa ini, rangsangan, ulangan dan input baru adalah landasan asas kepada pembelajaran seterusnya. Persekitaran luar umpama makanan kepada perkembangan otak. Ia menyerap bau, bunyi, penglihatan, rasa, sentuhan dan menyusun-atur input-input ini kepada hubungan neural yang tidak terkira banyaknya. Semakin banyak otak memahami dunia, semakin banyak jaringan neural yang dibentukkan.
FAKTOR ANCAMAN KEPADA PEMBELAJARAN
Terdapat dua peraturan penting dari kajian pengkayaan otak. Peraturan pertama adalah untuk memperkayakan persekitaran pembelajaran seberapa banyak dan kerap yang boleh. Manakala yang kedua adalah untuk menjauhkan ancaman kepada pembelajaran.
Ancamana Kesan Pymalion
Ancaman-ancaman yang dimaksudkan termasuk memalukan pelajar, menyindir, menuduh, penetapan tempoh penyelesaian kerja yang tidak realistik, menahan pelajar di sekolah selepas waktu sekolah, mengurangkan sumber atau sengaja menindas pelajar. Ini mungkin menyebabkan pelajar takut dan tidak suka kepada guru. Kajian ke atas pelaziman ketakutan dalam tikus telah menunjukkan telah menunjukkan aspek-aspek penting tentang cara pembelajaran emosi (ketakutan) manusia.
Dalam kajian ini, tikus mula-mula didedahkan kepada bunyi sahaja. Tikus memandang dan menghala ke bunyi tetapi setelah beberapa ketika, bunyi tersebut tidak dihirau. Seterusnya, bunyi dimainkan dan diikuti dengan kejutan elektrik pendek yang dibuat dibuat ke atas tikus beberapa kali. Kemudiannya apabila bunyi dimainkan sahaja, didapati tikus akan respon dalam keadaan ketakutan. Bunyi yang dikaitkan dengan kejutan elektrik (ketakutan) menjadi suatu pelaziman. Ini adalah bersamaan dengan keadaan manusia (pelajar) yang berkali-kali terdedah kepada "bahaya atau trauma" (ancaman guru). Pelajar juga akan bereaksi secara takut apabila dia mendengar teriakan guru yang ditakutinya walaupun guru tersebut belum melakukan sebarang tindakan mengancam. Dalam keadaan ini, bagaimanakah pembelajaran berkesan boleh berlaku?
Ancaman juga boleh berbentuk harapan yang tidak berpatutan atau terlalu tinggi dari orang yang berautoriti seperti ibu bapa dan guru ke atas perkembangan intelektual. Rosenthal telah membuktikan bahawa harapan dan jangkaan guru yang tidak realistik memberi kesan buruk kepada pencapaian pelajar.
Rosenthal telah menjalankan ujian IQ ke atas pelajar. Kelas telah dibahagikan sama rata secara rawak kepada dua kumpulan. Beliau telah memberitahu guru bahawa kumpulan pertama terdiri daripada pelajar yang lebih pandai daripada kumpulan kedua. Sebenarnya tiada perbezaan yang wujud antara kedua-dua kumpulan. Lapan bulan kemudian, gred peperiksaan kedua-dua kumpulan pelajar tadi dibandingkan. Kumpulan pertama mempunyai 28% gred yang lebih baik daripada kumpulan kedua dan IQ mereka dalam kumpulan pertama didapati lebih tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa walaupun guru tidak menyatakan apa-apa, guru telah secara tidak sedar mengkomunikasikan harapan dan jangkaan beliau yang lebih tinggi ke atas kumpulan pertama dan harapan yang lebih rendah bagi kumpulan kedua. Kesan ini adalah dikenali sebagai Kesan Pymalion. Kesan ini juga digelar sebagai self-fulfilling prophecy.
Apa yang dipercayai atau dijangkakan oleh seseorang, otak secara tidak sedar akan mencuba pelbagai cara untuk menjadikannya suatu kenyataan. Sekiranya seseorang pesakit inginkan dirinya cepat sembuh kerana minat bekerja, mentalnya akan cuba sedaya upaya memulihkan kesihatannya itu tanpa disedari pesakit. Ini menjelaskan mengapa trend ke arah perubatan holistik hari ini ialah untuk menyembuh pesakit secara menyeluruh ; merawat badan fizikal dan juga kesihatan mentalnya.
Dalam cara yang sama, sekiranya seseorang pelajar yakin tentang kebolehan diri untuk melakukan sesuatu, kita akan dapat melihat perubahan yang mendadak dalam pencapaian pembelajaran mereka. Sebaliknya jika mereka percaya bahawa mereka lemah dalam pembelajaran, ramalan yang dibuat mereka juga akan menjadi suatu kenyataan.
Ancaman Kiasuism
Dikatakan sedikit tekanan akan "menolak" seseorang pelajar meningkatkan usahanya dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi kebiasaannya, tekanan mereka semakin meningkat sehingga membawa kesan negatif apabila ibu bapa mengkomunikasikan kebimbangan mereka yang tidak wajar terhadap kebolehan anak dalam menghadapi peperiksaan.
Mentaliti Kiasu ini merupakan kebimbangan ibu bapa di negara-negara seperti Singapura, Taiwan, Hong Kong dan termasuk Malaysia. Perkataan Kiasu dalam loghta Hokkien membawa maksud takut kalah.
PENGKAYAAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Dengan itu, sebelum kita fikirkan cara menambahkan perkara-perkara positif kepada persekitaran pembelajaran, kita harus fikir cara menghapuskan elemen yang negatif. Sekiranya ancaman telah dialihkan, kita boleh teruskan dengan proses pengkayaan ke atas pembelajaran pelajar.
Apakah keadaan atau syarat yang boleh mengkayakan otak dengan lebih baik? William Greenough (1997) dalam Jensen (1998), telah mengkaji pengaruh persekitaran yang kaya ke atas perkembangan otak selama 20 tahun. Beliau telah menyenaraikan dua faktor utama yang harus dipertimbangkan. Merujuk rajah berikut, yang pertama : pembelajaran harus mencabar dengan maklumat atau pengalaman baru. Kedua : maklum balas interaktif boleh membantu pengalaman pembelajaran.
Cabaran Dalam Aktiviti Pembelajaran
Cabaran adalah penting di dalam pembelajaran. Terlalu banyak atau sedikit cabaran akan menyebabkan pelajar mengalah atau berasa bosan. Cabaran mental boleh dicapai melalui penyediaan bahan yang baru, kemudahberolehan bahan rujukan dan bantuan kepada proses pembelajaran.
Perubahan juga adalah penting. Ini termasuk juga hiasan atau bahan pembelajaran pada papan kenyataan dalam bilik darjah. Sebagai satu langkah pengkayaan, pelajar harus digalak menukar hiasan atau artikel-artikel setelah dipaparkan dua hingga empat minggu. Strategi pengajaran guru juga harus dipelbagaikan : melalui penggunaan komputer, kerja berpasangan, kerja dalam kumpulan, lawatan, permainan, penceramah jemputan, pengajaran oleh pelajar, penulisan journal atau projek pelbagai-umur.
Maklum Balas Interaktif
Faktor kedua adalah memaksimakan maklum balas kepada pelajar. Ini adalah kerana maklum balas boleh mengurangkan ketidaktentuan. Di samping itu, maklum balas juga akan menurunkan tekanan pelajar.
Otak seseorang distrukturkan untuk beroperasi berasaskan maklum balas dalaman atau luaran yang diterima. Dari maklum balas yang diterima, individu berkenaan akan membuat keputusan untuk tindakan seterusnya. Tanpa sistem maklum balas ini, seseorang individu tidak akan dapat belajar. Maka ia akan menambahkan kebolehan pelajar menangani masalah.
Sebagai contoh, setelah Ali menyelesaikan sesuatu tugasan matematik, rakan sebayanya boleh ditugaskan menyemak kerjanya. Ini adalah antara kaedah yang boleh memberi maklum balas yang diperlukan oleh Ali untuk meneruskan pembelajarannya. Kadangkala maklum balas rakan sebaya adalah lebih berpengaruh atas pencapaian seseorang pelajar berbanding maklum balas dari guru. Maklum balas rakan lebih kekal dan kukuh dalam ingatan seseorang pelajar. Sebaliknya, maklum balas guru yang berlebihan boleh dipersepsikan tidak ikhlas apabila pujian diberi tanpa had. Maklum balas terlalu kritikal pula boleh menurunkan motivasi seseorang pelajar.
Beberapa perkara harus diambil kira untuk menambahkan keberkesanan sesuatu maklum balas. Antaranya, maklum balas haruslah khusus kepada aktiviti yang sedang dilakukan. Ia tidak harus diberikan secara umum. Misalannya dalam contoh di atas, penyemakan tugasan matematik oleh rakan sebaya adalah khusus kepada aktiviti yang sedang dilakukan iaitu tugasan matematik.
Interaksi dalam kumpulan boleh memberi maklum balas interaktif. Lazimnya, maklum balas paling berguna kepada pelajar sekiranya diberi dengan segera. Namun begitu, pelajar yang menghadapi tekanan atau berasa terancam (seperti mendapat keputusan peperiksaan yang teruk), lebih suka sekiranya maklum balas itu ditangguhkan.
Kandungan dan Aktiviti Pengkayaan
Persoalan seterusnya ialah apakah kandungan yang harus disertakan dalam aktiviti pengkayaan? Pengkayaan boleh dicapai melalui :
- Bacaan dan bahasa
- Rangsangan motor
- Pemikiran dan penyelesai masalah
- Kesenian; dan
- Persekitaran fizikal.
Pengkayaan Melalui Bacaan dan Bahasa
Ramai pakar kanak-kanak percaya bahawa kanak-kanak yang dilahirkan akan menjadi pandai dengan asuhan dan bimbingan awal. Pada awal usia mereka, kanak-kanak adalah seperti sponge yang boleh menyerap kuantiti maklumat yang banyak. Mereka juga lazimnya mempunyai keinginan belajar semula jadi atau daya ingin tahu yang tinggi, meneroka dan menyiasat segala aspek persekitaran walaupun kebolehan mereka terhad. Jadi ibu bapa harus memainkan peranan sebagai guru kepada anak-anak mereka. Peranan ini amatlah penting dan harus dimulakan di rumah dan bukannya di sekolah.
Persekitaran pembelajaran yang paling penting juga adalah di rumah dan bukannya di sekolah seperti yang disangkakan oleh orang ramai. Oleh itu, di samping menyediakan persekitaran pembelajaran yang paling memberangsangkan dan menyeronokkan di rumah, ibu bapa juga harus merangsang kesedaran dan kebolehan belajar anak-anak mereka. Lebih awal langkah ini dimulakan, maka lebih yakin anak-anak mereka akan mencapai potensi optimanya dalam hidup kelak.
Antara kesedaran awal yang biasa diberi kepada kanak-kanak ialah pembelajaran bahasa ibunda sendiri. Malah kelaziman di Malaysia seorang kanak-kanak dikehendaki mempelajari sekurang-kurangnya satu lagi bahasa yang lain.
Terdapat empat peringkat dalam pembelajaran bahasa : mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Pendengaran dan pertuturan
Dalam perkembangan perbendaharaan kata dan pertuturan bahasa, ibu bapa dan guru memainkan peranan amat penting sebagai model. Kebanyakan masa, kanak-kanak belajar menggunakan bahasa melalui pendengaran dan mengikuti cara sebutan orang sekelilingnya - terutama daripada ibu bapa - dalam lima tahun pertama hidup kanak-kanak itu. Ini menerangkan bagaimana seorang budak India yang menetap di kawasan perumahan orang Cina akan dapat bertutur dalam loghat Kantonis. Lebih banyak dan kerap dia mendengar, maka lebih cepat dia akan mempelajari bahasa tersebut.
Melalui pendedahan kepada perkataan baru, seorang kanak-kanak boleh mengembangkan sel-sel dalam korteks auditori untuk membezakan antara bunyi dan jenis bunyi dengan jelas. Oleh itu, ibu bapa harus kerap bercakap dengan anak-anak mereka dan mula membaca kepada mereka pada enam bulan dan tidak perlu menunggu sehingga mereka berumur empat atau lima tahun (malah di UK ini, didapati bukan setakat usia enam bulan, malah kemahiran pertuturan dimulakan seawal usia di dalam kandungan lagi). Didapati budak yang sering bercakap dengan ibunya akan mempelajari bilangan perkataan yang jauh lebih banyak daripada kanak-kanak yang mempunyai ibu pendiam. Selain itu, pendedahan kerap kepada perbendaharaan kata akan meninggikan pengusaan bahasa mereka.
Sebelum mencapai umur 12 tahun, kebanyakan kanak-kanak boleh mempelajari sebarang bahasa. Sekiranya di rumah dua jenis bahasa digunakan, kemungkinan besar kanak-kanak boleh mengusai kedua-duanya. Begitu juga sekiranya tiga jenis bahasa digunakan di rumah. Ini adalah kerana kerana sel-sel dan hubungan otak sedia untuk mempelajarinya. Tetapi selepas akil baligh, hubungan ini hampir hilang dan potensi sel otak untuk bahasa diambilalih dan diguna untuk fungsi lain oleh sel-sel otak. Kehilangan neuron dan sinap beransur-ansur menyebabkan pengusaan bahasa semakin susah dengan peningkatan setiap tahun.
Di dalam contoh budak India di atas, sekiranya dia tidak dapat pendedahan berterusan kepada loghat Kantonis kerana telah berpindah ke kawasan perumahan lain, dia akan kehilangan kemahiran berbahasa dalam Kantonis. Ini juga menerangkan mengapa pelajar-pelajar Melayu yang belajar di sekolah rendah kebangsaan Cina boleh mengusai bahasa Mandarin tetapi setelah berpindah ke sekolah menengah dan tidak wujudnya pengamalan berterusan akan semakin kehilangan kemahiran tersebut.
(Juga menerangkan ramai anak yang datang ke luar negara mengikuti ibu bapa mereka begitu cepat mengusai bahasa Inggeris, tetapi apabila pulang dan tidak berterusan pendedahan, kebolehan berbahasa Inggeris itu lama kelamaan akan hilang juga. Ini saya dapati kepada anak saya sendiri yang berada hanya beberapa bulan sahaja di Malaysia mampu membuatkan mereka lupa untuk menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi apabila pulang ke UK, mereka belajar dan lebih cepat mengusai bahasa Inggeris. Malah kedua bahasa Melayu dan Inggeris dapat dituturkan dengan baik kini).
Dalam kes di atas, kebanyakan pelajar Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina mula belajar bahasa Mandarin pada umur tujuh tahun mendapati susah untuk mengusainya. Ini adalah kerana peta perseptual mengenai bahasa pertamanya (bahasa Melayu) mendominasi dan menghalang pembelajaran bahasa kedua. Kemungkinan besar, pelajar yang mempelajari bahasa kedua itu pada umur 10 tahun (seperti pelajar Cina di sekolah rendah Cina atau pelajar Tamil di sekolah rendah Tamil mempelajari bahasa Inggeris), tidak akan dapat bertutur dan mengusainya sebaik kanak-kanak sekolah kebangsaan yang mempelajarinya pada umur 7 tahun dan mereka yang mempelajarinya sebelum umur 5 tahun.
Jadi mengapakah institusi pendidikan tidak menggalakkan pembelajaran bahasa kedua dan ketiga lebih awal daripada yang ditetapkan sekarang? Oleh demikian, sekolah harus mendedahkan pelajar kepada pelbagai jenis perbendaharaan kata dan bahasa yang lebih mencabar sebelum mencapai usia 12 tahun. Pengusaan bahasa sebelum usia 12 tahun akan kekal sepanjang hidup kanak-kanak tersebut dan adalah susah untuk mengubahnya. Ini adalah kerana, pembelajaran itu telah disemai dalam laluan utamaneuron otak yang berkaitan dengan bahasa. Walaupun perbendaharaan kata akan memperbanyakkan dendrit tetapi cara sebutan perkataan dan struktur ayat telah pun ditentukan dalam tahun-tahun awal usia kanak-kanak.
Sekiranya kanak-kanak tidak dapat mengusai pertuturan bahasa dalam lima tahun pertama apabila mereka ke sekolah, mereka akan jauh ketinggalan dalam kesemua subjek. Ini adalah kerana kesemua subjek memerlukan bahasa untuk menyampaikan isi kandungannya dan jurang bahasa ini amatlah susah untuk dikecilkan.
Bagi saya sendiri, kejayaan masalah bahasa Inggeris untuk diaplikasikan di peringkat awal bukanlah kerana bahasa itu yang menjadikan gagalnya kejayaan program itu untuk dilaksanakan. Tetapi ianya lebih kepada tekanan yang diberikan kepada ibu bapa, pelajar dan guru sehingga berlebihan sehingga menjadikan pelajar sangat tertekan dan mengakibatkan mereka tidak menemui keseronokan untuk mempelajari bahasa itu apatah lagi subjek yang disampaikan.
Bacaan
Bacaan juga adalah cara yang baik untuk memperkembangkan perbendaharaan kata tetapi ia tidak harus dipaksa ke atas pelajar. Tabiat membaca sering diikuti oleh pelajar sekiranya ibu bapa mengamalkan budaya menbaca di rumah. Bagi sesetengah pelajar, pada umur tiga hingga empat tahun adalah umur normal belajar membaca, makala bagi yang lain, umur yang biasa membaca ialah lapan tahun.
Kebanyakan kanak-kanak tidak memulakan bacaan awal kerana buku-buku yang sedia ada mempunyai saiz tulisan yang begitu kecil untuk mata mereka yang sedang berkembang. Selain itu, sesetengah buku juga mempunyai terlalu banyak perkataan, perkataan yang terlalu susah dan tidak mempunyai gambar berwarna warni. Jadi ibu bapa yang ingin menggalak tabiat membaca di kalangan anak-anak mereka harus pandai memilih buku-buku bacaan yang dapat menarik perhatian anak-anak mereka.
(Galakan membaca ini, ingin saya ceritakan dengan sangat panjang bagaimana pengusaan ini begitu penting ditekankan oleh guru-guru bagi pendidikan di UK ini. Inilah nanti akan cuba saya luahkan melalui Catatan Kembara di majalah Konsep berkenaan pemerhatian saya dalam hal ini.)
Jumaat, 2008 Jun 06
Bagaimana untuk mendapatkan perawatan Warna Diri dan Pengamalannya
Peringkat kerja | Perlaksanan / Langkah-langkah yang perlu diikuti | ||||
Pencetus akan langkah pertama yang menentukan tindakan kedua dan seterusnya. Dalam bentuk niat daripada hasrat/cita-cita/ tujuan/keinginan dalam mencapai sesuatu.
Keinginan dan semangat untuk BERJAYA. | Jika anda bersetuju untuk diagnosis, perlu isikan terlebih dahulu Format Pengisian History Permasalahan : Merupakan keperluan bagi saya mendapatkan maklumat lebih jelas akan permasalahan. | Saya akan meneliti permasalahan anda.
Setelah itu saya akan menghantar email ‘invitation’ kepada anda memaklumkan bahawa blog atas nama anda telah saya buatkan berserta Diagnosis Pengenalan. Ini adalah LAYANAN ISTIMEWA yang dapat saya berikan. | Kemudian anda boleh membuat tempahan di Tempahan Diagnosis dan Formula :
| Email kepada saya bukti pembayaran. Pembayaran perlulah dibuat atas nama : ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN Bank : Maybank No Akaun: 1581 2701 1381 Saya akan sediakan Diagnosis seperti mana yang ditempah dan dipaparkan di blog anda sendiri (capaian hanya saya dan anda sahaja melalui kebenaran yang saya setkan). | |
Menemui jalan/ kaedah/ cara/ metod Berikan sepenuh jiwa dan minat | | Segala maklumat kesihatan terkandung di dalam blog anda sendiri. Malah sekiranya anda ingin aktif di blog anda ini, saya akan berikan kebenaran bagi membolehkan anda mengendalikan blog anda ini. Sebagai contoh anda ingin memetik ilmu daripada blog Warna Diri dan Rawatan Kesihatan yang mempunyai perkaitan dengan diri anda. Maka dengan ini saya dapat merawat anda dan membantu anda menyusun diri dengan ilmu. | | ||
Tenaga konsisten. Melalui usaha yang konstan, tetap, diulang-ulang dan berterusan (istiqamah) dengan ilmu tanpa had. Juga tidak menghadkan keupayaan diri. Tidak berganjak dari landasan.
Ilmu dalam menyusun dan analisis apa sahaja yang dilihat. | Pemahaman potensi diri melalui Warna Diri dan Nombor Diri. Pengembalian penguasaan keempat–empat level (Spiritual, Emosi, Mental dan Fizikal) | Pemahaman sistem tubuh dan fungsinya. Pemahaman bagaimana perkaitan fungsi antara satu sama lain yang berperanan menentukan apa yang dihasilkan membuahkan kejayaan. | |||
|
| Diri dan 7 warna pelangi | ||||
| Kecepatan di dalam perlaksanaan yang menjadikan hasil sepertimana diniatkan, diimpikan dan diusahakan (apa yang dilakukan semua menjadi - berlaku kecepatan luar biasa) Perancangan dan disiplinkan diri (sikap terus buat). Perlu serius di dalam aspek masa, mengikut arahan dan disiplin yang telah ditetapkan Beranikan diri berhadapan apa jua. Tabah dan cekalkan hati. Penyerahan sepenuhnya setelah berusaha dan tidak resah menunggu hasil.
| Pemahaman dan Penggunaan Perspektif Warna dalam Pemakanan | Pemakaian warna mengikut hari yang mewujudkan keperbagaian warna yang harmoni pada alam Tidak berlaku terlalu terbeban kepada hanya satu warna yang mengganggu keseimbangan sel | |||
| Melakukan kerja-kerja yang resonan dengan waktunya bagi hasil yang maksimum dan bertenaga. | Tubuh akan akur akan kehendak diri yang inginkan kejayaan dan kecemerlangan tetapi perlu melalui peringkat Spiritual (Magnitud), Emosional (Amplitud), Mental (Frekuensi), dan Fizikal (Resonan).
Kitaran ini akan terus berlaku apabila kita memenuhi keperluan setiap peringkatnya. Namun jika tidak dipenuhi maka kita hanya akan berkitar pada peringkat itu sahaja. | ||||
Anda ingin berjaya dan bermacam cara telah anda lakukan, tetapi anda merasakan mengapa masih juga tidak menyebelahi di pihak anda. Anda tidak mahu semangat anda menjadi pudar dan patah semangat. Bukan diri anda yang mahu keadaan tak bermaya sebagaimana anda hadapi kini. Dulu anda seorang yang penuh bertenaga dan aktif. Kenapa kini seperti satu episod yang lain pula. Anda sendiri tidak memahami kenapa keadaan ini berlaku kepada anda.
Melihat orang lain berjaya, anda pun di dalam sudut hati yang paling dalam juga sebenarnya ingin mengecapi nikmat kejayaan itu. Tidak mampukah anda untuk berjaya seperti mereka juga?
Bagaimana saya ingin bermula?
Colour Vibration Therapy, atau CVT merupakan perawatan pertama seumpamanya di dunia yang dipelopori oleh Prof. Dr. Sir Norhisham Wahab. Beliau telah berjaya menggabung jalinkan getaran cahaya, warna dan bunyi sebagai kunci utama bagi merawat diri daripada hampir keseluruhan jenis permasalahan. Gangguan untuk ke arah kejayaan seperti tekanan, hilang arah dan matlamat, gangguan fokus, keletihan dan kelesuan, tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan lain-lain adalah dikategorikan sebagai penyakit juga.
Malah paling utama CVT bukan sahaja bersandarkan kepada fakta dan pengkajian sains, tetapi ia juga turut menerapkan unsur-unsur Islamisasi ilmu. Perawatan ini membenarkan diri untuk pulih secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Pada ketika perubatan konvensional lebih fokus kepada membuang atau memusnahkan penyakit dan penggunaan dadah yang mendatangkan kesan semula kepada tubuh, perawatan CVT menggunakan formula yang dikaitkan dengan konsep getaran cahaya, warna dan bunyi bagi membantu tubuh badan untuk mencetuskan rangsangan yang menghasilkan enzim dan asid amino yang diperlukan untuk merawat sel-sel yang rosak dan ketidakseimbangan fungsi sistem tubuh.
Penawar bagi permasalahan sebenarnya berada di dalam tubuh. Dan kita sebenarnya berlawan dengan dalam diri kita sendiri yang berupa tenaga negatif yang sentiasa berikhtiar mencari titik lemah agar kita tidak berjaya. Namun, penemuan CVT membuktikan dapat mengaktifkan tenaga negatif agar menjadi penawar dengan menghasilkan keseimbangan dan keharmonian di dalam tubuh secara keseluruhan. Ia membantu mencari titik keseimbangan bagi sel atau organ dan mengembalikan semula tenaga asalnya di mana akan memberikan kuasa penawar bagi sesuatu permasalahan itu.
Semoga anda dapat memanfaatkan setiap maklumat dan ilmu di dalam blog ini dan dapat menyampaikan kepada rakan dan keluarga yang lain.Bagaimana ingin menghubungi Dr Alya Zara ?Dr Alya Zara kini berada di United Kingdom. Namun perhubungan komunikasi melalui email dan chat sangat dialu-alukan. | atau, jika ingin terus menjalani diagnosis dan perawatan: Borang Pengisian History Permasalahan atau, juga Email : warnadiri@yahoo.com | Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, saya bekerjasama dengan Dr Ariffaizal. Maka beliau akan berurusan dengan pelbagai masalah penyakit. Dan saya akan lebih fokus kepada perawatan permasalahan yang melibatkan motivasi pelajar, ibu bapa, guru dan individu. Sila isikan Borang Pengisian History Permasalahan & PenyakitDr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru, 31350 Ipoh. Tel: 012-4008972 (HP) 05-3115859 (O) |



























