Bumi Dan Tubuh Adalah Magnet
Kita adalah sebatang magnet. Manakala bumi adalah magnet yang besar kerana ada graviti dan daya. Manusia juga mempunyai daya atau graviti. Sifat magnet mempunyai dua kutub iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan. Di bahagian tengah magnet tidak mempunyai daya tarikan. Daya magnet akan hilang apabila diketuk, dipanaskan atau dibakar. Untuk mengembalikan tenaga magnet ianya perlu disejukkan semula. Teori ini ada persamaan dengan tubuh kita.
Sistem kederiaan manusia sebenarnya mempunyai daya tarikan seperti magnet juga. Otak atau akal yang menguasai Kutub Utara akan menguasai nafsu atau alat kelamin di bahagian Kutub Selatan.
Kuasa kemagnetan di dalam tubuh anda akan dicemarkan oleh kepincangan akal (otak) dan nafsu (seksual). Akal dan nafsu pula tercemar dan hilang kuasa kemagnetan apabila kita mencemarkan perut kita dengan
Kuasa magnet ini juga adalah bersifat sementara. Mengekalkan kemagnetan bergantung pada bahan makanan yang anda akan makan. Kurang atau lebihan makanan yang berzat akan mencemarkan kuasa atau daya tenaga kemagnetan yang ada di dalam tubuh anda.
Sebagai contoh, bagi seorang yang mempunyai level diri Spiritual Mental iaitu warna luaran Putih (level diri Spiritual) dan warna dalaman Hijau (level diri Mental). Walaubagaimanapun, 20% level diri Mental sangat mempengaruhi kemagnetan pada akal iaitu 80% level diri Spiritual. Walau perut di tengah dikatakan tidak mempunyai medan magnet, tetapi ia berupaya menjejaskan kedua-dua medan Kutub Utara dan Kutub Selatan apabila tubuh hilang kemagnetannya.
Oleh kerana level diri Spiritual sangat terkesan oleh tekanan, dan apabila tertekan selalunya berlaku sama ada hilang selera makan hingga mengakibatkan masalah gastrik dan angin, atau terlalu tinggi nafsu makan (tidak berhenti makan segala jenis makanan). Mana-mana keadaan ini akan membuatkan diri terus tertekan kerana berfikir-fikir penyelesaian yang tiada jawapan sehingga berhadapan dengan kebuntuan, malah boleh menyebabkan hilang pertimbangan, hilang arah dan hilang punca (bergantung kepada tahap kritikal permasalahan yang dihadapi).
Saranan Tidur Menghadap Kiblat Mempertenagakan Magnet Tubuh
Terapi pada cara tidur mengikut kedudukan arah kompas dapat banyak membantu sistem graviti dan tekanan di dalam tubuh menjadi lebih stabil. Sunnah juga menganjurkan kita agar tidur mengiring ke kanan menghadap ke arah kiblat bagi memastikan jantung yang terletak di sebelah kiri tidak terhimpit dan aliran atau pusingan darah dapat dihantar ke semua bahagian tubuh. Kedudukan mengiring ke kanan juga akan menyebabkan perut yang terletak di sebelah kanan terhimpit di bawah bagi menjalankan kerja-kerja pencernaannya lebih lancar.
Hubungan antara Hati (Jiwa) dan Otak (Akal)
Hati adalah organ terbesar dalam tubuh yang berfungsi untuk memproses segala nutrien dalam tubuh dan kemudian menghantarkan ke nutrien-nutrien tertentu kepada organ-organ tertentu yang lain di dalam tubuh. Sebahagian nutrien yang telah diproses oleh hati akan dihantar ke otak dan diproses pula sebagai isyarat-isyarat elektromagnetik yang kemudian dijana oleh organ itu. Namun begitu, terdapat juga nutrien-nutrien tertentu yang akan membahayakan daya pemikiran manusia iaitu lemak. Telah diketahui umum bahawa otak manusia sendiri adalah merupakan terdiri daripada unsur-unsur lemak. Dalam masa yang sama, di dalam otak juga terdapat begitu banyak salurdarah-salurdarah yang amat halus.
Salurdarah-salurdarah ini berfungsi sebagai penghantar sel-sel darah merah yang membawa oksigen untuk diserapkan ke dalam otak. Dengan kadar isipadu oksigen yang mencukupi, otak akan berfungsi dengan sempurna di mana manusia dapat melakukan aktiviti-aktiviti berfikir dengan lancar secara maksimum. Jika salurdarah-salurdarah ini dipenuhi dengan lipid/lemak, maka kelancaran perjalanan sel-sel darah yang membawa oksigen akan terganggu menyebabkan aktiviti-aktiviti pemikiran juga akan turut terjejas; daya pemikiran akan menjadi lembab dan ingatan juga akan menjadi lemah.
Oleh yang demikian pemakanan yang mengandungi kadar lemak tinggi seperti daging ayam dan lembu tidak digalakkan kepada kanak-kanak yang berumur
Daripada sudut psikologinya pula, anak-anak yang terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak agak sukar untuk mempelajari dan menghayati ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pembangunan kerohanian seperti ilmu agama dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa hati dan otak mempunyai hubungan yang amat rapat serta saling menghantar isyarat tindakbalas sebagai sebuah sistem. Setiap yang berpunca daripada hati akan memberikan kesan kepada otak yang seterusnya akan melahirkan kelakuan-kelakuan yang tertentu. Jika bersih hati, maka bersihlah pemikiran dan ini akan melahirkan tindakan-tindakan atau kelakuan-kelakuan budi pekerti yang mulia; begitu juga sebaliknya, jika hati kotor, maka ini akan melahirkan kelakuan-kelakuan yang buruk yang akan memberikan kesan bukan sahaja pada manusia malah kepada alam keseluruhannya.
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' ...... dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ' (Hadis riwayat Bulkhari dan Muslim)
Melihat daripada sudut gelombang warna, kedudukan hati ialah pada meridien atau gelombang warna kuning sementara otak pada kedudukan tenaga warna putih maka dapat difahami bahawa apabila warna kuning dipertenagakan pada keseimbangan asal sudah tentu akan menghasilkan idea kreatif yang dapat digunakan oleh otak. Sebaliknya apabila hati terbeban oleh tenaga kuning yang berlebihan hasil daripada nutrien dengan mineral berat, maka ketika itu otak tidak dapat menerima isyarat yang bersifat kreatif tetapi lebih kepada keadaan negatif seperti sifat-sifat dengki, khianat, tidak amanah dan sebagainya.
Oleh kerana hati adalah salah satu daripada organ-organ pencernaan, maka ia akan menghasilkan haba. Haba ini akan terhasil daripada masa ke semasa. Apabila ini berlaku, maka otak akan mengimbangi kepanasan hati ini dengan menyebarkan haba tersebut ke seluruh sistem tubuh sehingga mencapai homeostasis. Untuk mengimbangi kepanasan hati ini, otak (medulla oblongata) akan menghantar rentak isyarat tertentu kepada jantung (yang bersifat sejuk) agar mampu berdenyut dengan kadar yang tertentu untuk mengimbangi kepanasan hati. Dengan kemampuan otak mengimbangi kepanasan hati, ia akan memperbaiki kelapan-lapan zon otak di mana manusia mampu melakukan penumpuan, visualisasi, persepsi, penelitian, penghayatan, pemahaman, pemekaan dan pengubahsuaian.
Apabila kita mengaitkan fungsi hati dan otak, kita tidak akan terlepas daripada persoalan pemakanan yang sebenarnya memberi kesan besar kepada kedua-dua organ tersebut.
Bermula daripada makanan yang dikunyah di dalam mulut akan dikenalpasti terlebih dahulu oleh gigi yang akan menghantar isyarat ke otak untuk ditafsirkan jenis-jenis pemakanan yang diambil ketika itu, supaya proses selanjutnya dalam keadaan bersedia. Makanan yang dikunyah sehingga hadam atau lumat sebenarnya memberi kesan kepada hati kerana ia akan lebih mudah diserap. Kunyahan juga akan memastikan otak berfungsi, dengan syarat makanan yang diambil menurut keperluannnya.
Gigi dikatakan sebagai suatu jasad kenyal yang berfungsi untuk menghasilkan resonans setiap kali kunyahan berlaku. Apabila gigi melakukan kunyahan sebanyak 44 kali, frekuensi yang terbentuk mewujudkan resonans sebagai suatu bentuk isyarat yang diterima oleh otak. Dalam masa yang sama bahan makanan yang dikunyah tadi turut mengalami resonans dan ini dikatakan sebagai benar-benar diperhalusi supaya hati mudah menerima dan memproses bahan tersebut.
Makanan yang sukar dihadam akan menyebabkan proses penghalusan tidak berlaku di dalam perut, maka hati akan terbeban dengan mineral-mineral berat. Ia tidak dapat ditukar menjadi tenaga yang sebenarnya diperlukan oleh otak. Walau pun sebahagian besar zat seperti protein dan lemak diperlukan oleh otak, namun apabila ia tidak dihadam melalui proses yang betul, maka ia akan tersimpan di dalam hati sebagai bebanan sebelum bertukar menjadi asid apabila kadar bebanan menjadi terlalu tinggi. Selain itu, terlalu kenyang juga mencipta keadaan tekanan perasaan dan keliru kerana isyarat dari perut juga bersambung dengan bahagian tengkuk (medula oblongata).
Otak adalah unsur lemak yang terdiri daripada berbilion sel yang sangat halus. Oleh itu adalah benar bahawa lemak dan zat-zat lain yang diperlukan juga perlu dalam keadaan yang sangat halus. Maka apabila zat-zat tadi telah diperhalusi, ia sebenarnya adalah suatu bentuk tenaga yang akan diserap oleh nukleus otak sebagai keperluan untuk otak kanan berfikir secara visual atau imaginasi. Ini sebenarnya akan meningkatkan keupayaan manusia berbanding berfikir dengan otak kiri yang sebenarnya akan memberi kesan pemikiran vertikal di atas dasar logik yang meletihkan.
Mereka yang berfikir secara logik dan banyak bergantung kepada fakta sebenarnya menggunakan otak kiri yang berpunca daripada pemakanan yang tidak sempurna prosesnya.
Sepatutnya setiap makanan yang diambil dapat digunakan oleh otak kanan sebagai tenaga untuk berfikir mencari jalan penyelesaian yang mudah, bersahaja dan bertenaga tanpa perlu bersusah payah memikirkan sesuatu fakta yang sebenarnya akan mencipta kepenatan. Tubuh yang letih menandakan otak sebenarnya dalam keletihan apabila otak sebelah kiri yang telah banyak digunakan untuk memikirkan perkara yang akhirnya menemui kebuntuan. Ketika itu, otak akan menafsirkan keletihan kepada tubuh. Sebaliknya apabila otak kanan digunakan, tafsiran badan sihat akan dihasilkan.
Bagi merehatkan otak kiri yang keletihan, latihan ringan atau bersantai boleh dilakukan. Selepas itu, tubuh perlu tidur dalam keadaan mengiring ke kanan supaya otak kanan dapat bersedia dengan imaginasi. Apabila sedar, otak kanan akan dapat memainkan peranan. Namun pastikan pemakanan yang sihat telah diambil terlebih dahulu.
Otak kanan yang menghasilkan pemikiran secara visual secara tidak langsung juga dapat menyingkirkan bebanan mineral dan lemak berlebihan seperti kolestrol. Kekuatan berfikir secara visual atau imaginasi adalah rahsia pengawalan keseimbangan diri dengan kefahaman dan penghayatan. Sifat-sifat seperti keyakinan, ketabahan, kecekalan dan kepercayaan kepada diri sendiri akan wujud dalam diri.
Latihan atau aktiviti ringan akan menyebabkan tenaga yang berlebihan dapat digunakan supaya tidak diambil oleh otak kiri. Tidur pula akan menyebabkan tenaga yang berlebihan dapat diserap oleh otak kanan. Tidur dengan mengiring ke kanan pada waktu yang tertentu akan mewujudkan keadaan di mana hati dan otak kanan terhimpit atau berlaku tekanan yang akan merembeskan enzim yang diperlukan oleh tubuh. Namun tidur yang berlebihan pula akan mencipta kebuntuan, trauma, kekeliruan dan penyakit berkaitan kejiwaan.
Susu ibu adalah mineral terbaik yang telah diperhalusi supaya mudah diserap oleh hati sebelum ditukar menjadi tenaga untuk otak kanak-kanak. Proses kematangan dan kebijaksanaan akan lebih mudah terbentuk selain dapat membina kanak-kanak yang bebas daripada pelbagai penyakit. Kanak-kanak yang giginya cepat rosak menandakan banyak sifat-sifat negatif yang akan membantutkan proses kematangan dan kebijaksanaan mereka. Kanak-kanak sepatutnya perlu banyak latihan atau aktiviti ringan supaya keperluan otak kiri dihadkan dan otak kanan dapat berfungsi dengan lebih sempurna.
Artikel yang berkaitan dengan pemakanan anak-anak hari ini (sumber Utusan Malaysia- 12 Jun 2008)
Betulkan tabiat pemakanan kanak-kanak
![]() |
| MAKANAN rapu tidak mengandungi khasiat makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak. – Gambar hiasan |
TABIAT pemakanan antara faktor yang menentukan tumbesaran yang sihat dan sempurna di kalangan kana-kanak.
Ibu bapa sebagai individu yang paling hampir dengan kanak-kanak, berpengaruh besar dalam mencorakkan tabiat pemakanan mereka.
Begitupun, mencorakkan tabiat pemakanan di kalangan anak-anak boleh menjadi cabaran yang besar pada ibu bapa, lebih-lebih lagi dengan pengaruh daripada media yang begitu meluas.
Cabaran itu bertambah sukar dengan kekangan waktu di mana kesibukan berkerja membuatkan tumpuan kepada tanggungjawab menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang kepada anak-anak gagal dilakukan.
Makanan segera
Justeru, kita melihat hari ini kanak-kanak lebih cenderung memilih makanan segera, berbanding makanan berkhasiat yang sepatutnya diambil sesuai perkembangan usia mereka.
Situasi ini turut diakui oleh Pengurus Kanan Dietetik dan Perkhidmatan Makanan, di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw-John, yang berpendapat ibu bapa perlu bertanggungjawab menghidangkan makanan berkhasiat dan seimbang bagi memastikan generasi pelapis membesar sihat dan pintar.
Katanya, ibu bapa perlu lebih tegas dalam mengawal tabiat pemakanan anak masing-masing yang gemarkan makanan ringan sekiranya tidak mahu anak mereka menderita akibat masalah obesiti di peringkat kanak-kanak lagi.
Sebagai ibu bapa mereka perlu menetapkan garis panduan kepada anak-anak, makanan yang boleh diambil dengan kerap dan makanan yang perlu diambil sekali-sekala sahaja.
‘‘Jika sayangkan anak, kita harus meletakkan aspek disiplin sebagai perkara penting. Sebaiknya sentiasa jadikan diri sebagai contoh,’’ ujarnya. ketika ditemui Mega, baru-baru ini.
Mary berkata, kunci pemakanan baik sebenarnya bermula daripada perancangan teratur ketika membeli makanan untuk keluarga.
Oleh kerana itu, ibu bapa digalakkan agar membawa bersama anak mereka ke pasar atau pasar raya bagi mendidik mereka bagaimana memilih makanan yang berkhasiat.
Dalam usaha mendisiplinkan anak-anak juga, Mary berkata, ibu bapa juga perlu mempelbagaikan jenis masakan supaya anak-anak boleh membuat pilihan sekali gus membuka selera untuk mencuba.
Katanya juga, sentiasa jadikan hidangan yang disediakan itu menarik dengan mempelbagai jenis pilihan hidangan dan cara masakan.
Beliau tidak menafikan penyediaan makanan yang tidak bersih selain pilihan makanan yang tidak sesuai, menjadi penyebab utama kepada kejadian keracunan makanan kalangan kanak-kanak sekolah boleh berlaku.
Ini kerana katanya, berbanding dewasa, perut kanak-kanak lebih kecil dan sensitif. Jika kanak-kanak ini tersalah makan, impak lebih besar mungkin berlaku sehingga boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk dan perlu dimasukkan ke hospital.
Oleh kerana itu, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sepanjang lima hari persekolahan. Pastikan mereka mencuci tangan sebelum makan, selepas makan, selepas mengunakan tandas dan selepas pendidikan jasmani.
Selain itu juga ibu bapa boleh mencorakkan amalan pemakanan yang baik kepada anak-anak apabila melibatkan perjalanan jauh seperti balik kampung atau makan angin.
Mary berkata sikap ibu bapa yang ‘tidak kisah’ atau ‘terlalu memanjakan anak’ menyebabkan usaha mendisiplinkan anak-anak dengan corak pemakanan yang baik tidak berhasil.
Sebelum itu ingin saya menerangkan terlebih dahulu akan suatu sistem yang begitu penting iaitu DARAH. Saya ingin kita semua melihat semula akan perjalanan sistem darah di dalam tubuh badan manusia. Ini kerana di dalam darah inilah pengangkutan segala keperluan makanan untuk dibekalkan ke otak dan sistem tubuh yang lain. Dan darah inilah juga yang membawa gas oksigen dan karbon dioksida.

Apa yang ingin saya kaitkan di sini adalah akan bagaiman sistem kitaran darah ini memainkan peranannya di dalam membekalkan keperluan tenaga yang diperlukan oleh sistem tubuh.
Mari kita lihat pula bagaimana kah perjalanan makanan yang bermula dari mulut hingga ke mana ianya dibekalkan kepada otak dan sistem tubuh yang lain.

Anda ingin mendapatkan gambaran perjalanan apakah yang berlaku kepada makanan yang dimakan dengan lebih jelas lagi? Saya memperolehi sumber bagaimana menjelaskan ini di dalam buku anak saya yang bertajuk Inside the Human Body di dalam siri The Magic School Bus. Penceritaan di dalam buku ini yang kononnya bas sekolah mereka yang dapat memasuki sistem tubuh di dalam pengembaraan mereka dan guru kelas mereka untuk mempelajari Sistem Tubuh Manusia.
Tubuh manusia merupakan mesin yang menakjubkan. Tubuh memerlukan udara, air dan makanan untuk terus berfungsi sebagai bahan api kepada tubuh manusia. Tetapi bahan api hanya boleh menghasilkan tenaga hanya jika makanan dipecahkan kepada struktur halus dan kecil supaya darah boleh menggunakannya untuk disalurkan ke seluruh tubuh untuk digunakan. Proses memecahkan makanan kepada zarah-zarah kecil disebut pencernaan makanan.
Proses pencernaan ini, makanan harus bergerak melalui salur yang panjangnya berukuran 9.5 meter (31 kaki) dari mulut hingga ke anus, tempat najis keluar dari badan. Makanan mengambil masa 24 jam atau lebih untuk bergerak menerusi keseluruhan trek pencernaan. Ini membuktikan apa yang kita makan hari ini, tenaganya akan diperlukan untuk hari yang lain. Tenaga yang kita gunakan hari ini diperolehi hasil daripada makanan yang kita makan sebelum ini yang disimpan di tempat-tempat simpanan khas di dalam tubuh kita.
Dipendekkan cerita, setiap makanan yang masuk ke dalam perut akan dikisar sepertimana menggunakan alat pengisar menjadi sup dan dicampur dengan jus pencernaan. Makanan akan berada di dalam perut selama empat jam. Dalam sejam atau dua, otot di dinding perut akan mengisarkan makanan dan mencampurkan makanan dengan asid (asid ini dapat membunuh kebanyakan kuman yang berada dalam makanan) dan enzim sehingga menjadi sup yang tebal yang dipanggil kimus. (Enzim ini terdapat dalam air liur dan jus pencernaan).
Kimus ini akan keluar darin perut sedikit demi sedikit dan masuk ke dalam usus kecil, lebih banyak enzim yang akan memecahkan makanan kepada bentuk yang lebih kecil supaya mudah melepasi dinding usus kecil untuk diserap ke dalam darah. Pankreas akan mengeluarkan jus pencernaan yang mengalir ke usus kecil. Cecair hempedu pula yang disimpan dalam pundi hempedu, dan apabila diperlukan cecair hempedu akan dipancutkan ke bahagian pertama usus kecil.
Di dalam dinding usus kecil yang dipenuhi jejari-jajari villi.
Di dalam villi ini terdapatnya salur darah yang sangat halus. Maka molekul kecil makanan akan diserap masuk ke dalam villi dan memasuki salur darah yang sangat halus ini. (Di sinilah dinyatakan betapa pentingnya sesuatu makanan itu mudah hadam iaitu diuraikan kepada molekul halus. Jika makanan sukar dihadam, maka akan berlaku proses penghadaman yang lebih lama, maka ini memberikan bebanan kepada perut dan juga usus kecil).
Di dalam proses mendapatkan tenaga ini daripada makanan yang kita makan, sistem tubuh perlu menggabungkan terlebih dahulu makanan tersebut dengan gas oksigen iaitu gas yang kita sedut semasa bernafas.
Apabila kita menarik nafas masuk menerusi hidung dan seterusnya ke paru-paru, maka darah akan kemudiannya membawanya dari situ ke semua sel-sel di dalam tubuh. Di dalam setiap sel inilah, gas oksigen akan bergabung dengan glukosa yang diperolehi daripada makanan, dan hasil gabungan ini tenaga dibebaskan. Proses ini dikenali sebagai respirasi. Dua bahan buangan akan dihasilkan oleh proses respirasi - iaitu gas karbon dioksida dan air. Kedua bahan buangan ini akan dibawa semula ke paru-paru dan dikeluarkan daripada sistem tubuh menerusi nafas yang dikeluarkan.
Proses yang berlaku seterusnya adalah pengaliran darah dan molekul makanan ini ke paru-paru bagi mendapatkan oksigen bagi proses pembakaran tenaga. Tetapi sebelum ke paru-paru, darah perlu memasuki jantung terlebih dahulu sebelum dipam ke paru-paru.
Maklumat tambahan : Ini mempunyai perkaitan dengan saiz tubuh badan menggunakan teori log jantung.Log 1 – Sederhana kurus
Log 2 – Sangat kurus
Log 3 – Sederhana gempal
Log 4 – Sangat gemuk
(Mereka yang gemuk tetapi log badannya log 1 atau 2, maka boleh menguruskan badannya. Tetapi jika log anda log 3, maka hanya sedikit penurunan kerana saiz anda adalah gempal. Jika log anda log 4 tetapi berjaya juga menjadi kurus, bermakna kurus anda itu hanya akan membawa padah malah penyakit kepada anda.)
Apakah yang berlaku di dalam paru-paru?
Di dalam paru-paru, sel darah merah akan mendapatkan bekalan gas oksigen yang baru daripada udara yang kita sedut masuk semasa bernafas. Di sinilah gas karbon dioksida akan disingkirkan semasa pernafasan keluar.
Daripada paru-paru ini darah akan dibawa ke jantung semula bagi di pam ke sistem tubuh semula (ada yang ke otak, ke tangan dan sistem tubuh yang lain). Lihat gambar kitaran peredaran darah di atas.
Apakah yang berlaku kepada makanan berlebihan yang tidak digunakan?
Sel-sel tubuh hanya menggunakan tenaga mengikut keperluan. Maka mana tenaga yang berlebihan akan disimpan. Hati akan menyimpan sebahagian daripadanya seperti vitamin.Tetapi kebanyakan makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak, yang disimpan di bawah lapisan kulit. Kita mempunyai begitu banyak sel lemak di bawah kulit kita yang bersedia membesar bagi menampung lebihan lemak bagi kegunaan bila perlu.
Maka inilah yang berlaku kepada masalah perut buncit iaitu lemak tidak ditukarkan kepada tenaga bagi kegunaan tubuh badan. Lemak berlebihan berterusan disimpan dan terus disimpan. (Ini bukan sekadar pendapat semata-mata. Sumber saya perolehi daripada The Complete Book Of The Human Body ms 71).
Kita memang memerlukan sejumlah lemak di bawah kulit untuk memanaskan tubuh badan kita dan perlindungan kepada tulang, tetapi menjadi sangat gemuk boleh menjadi sangat tidak sihat.
Adalah lebih baik lemak ini selalu berkitar dan diurai kepada tenaga berbanding berkepuk lama dan tidak langsung digunakan, bukan? Malah makin ditambah lagi dengan lemak-lemak yang baru.
Maka bagaimana untuk menukarkan lemak ini kepada tenaga? Adakah dengan melakukan aktiviti lasak dan senaman yang berterusan? Kerana di atas tadi dinyatakan akan latihan atau aktiviti ringan, tetapi tidak pula menyatakan aktiviti sukan yang berlebihan.... Bukan di sini saya tidak menggalakkan anda beraktiviti sukan, malah di kalangan rakan saya sendiri terdiri daripada ahli sukan dan atlit. Saya sendiri dahulu adalah pelari jarak jauh dan bermain badminton dan bola jaring. Abah saya juga seorang yang sangat aktif bersukan. Malah anak-anak juga saya galakkan mereka menyertai pelbagai aktiviti. Apa yang ingin saya tekankan adalah pemahaman akan keseimbangan dalam melakukan aktiviti dan pemahaman bahawa ada perkara lain yang dapat menjana lemak yang tersimpan di bawah kulit ini untuk ditukarkan menjadi tenaga...
Saya ingin anda memahami dahulu akan mengapa berlaku kekejangan otot semasa bersukan dan Sistem Respirasi Di Dalam Tubuh.
Sistem Respirasi Dalam tubuh
Asid laktik yang berkumpul dalam otot ini akan berkumpul dalam otot hingga menyebabkan otot menjadi lesu. Oleh kerana respirasi anaerob yang berlaku pada otot dalam kadar yang lebih tinggi daripada kadar pembekalan atau kebolehan badan untuk membekalkan oksigen, maka otot berada dalam keadaan hutang oksigen. Hutang oksigen ini akan dibayar semula dengan bernafas secara kuat selepas senaman dilakukan. Pernafasan yang kuat itu hanya akan dipulihkan kepada kadar normal selepas kekurangan oksigen diatasi iaitu apabila 1/6 daripada asid laktik dioksidakan kepada karbon dioksida, air dan tenaga dalam hati. Proses pengoksidaan ini ditunjukkan pada persamaan di bawah:
Tenaga yang terhasil pula akan digunakan untuk menukarkan 5/6 daripada asid laktik kepada glukosa yang kemudiannya diangkut daripada hati ke otot untuk disimpan dalam bentuk glikogen.Pada kebiasaannya, para atlit disarankan dan disediakan diet yang seimbang dengan kerjaya mereka sebagai ahli sukan yang profesional. Memang benar bahawa dengan diet pemakanan yang betul akan memberikan tenaga yang cukup kepada para atlit. Namun tanpa disedari sama ada secara langsung atau tidak langsung para atlit sentiasa menegangkan otot mereka pada setiap hari. Bagi sesetengah atlit yang benar-benar memberikan komitmen dalam bidang sukan, ada yang sanggup selama 8 jam setiap hari untuk mencapai kemenangan. Tindakan sebegini pada hakikatnya amat membahayakan tubuh badan; bersenam hanya akan menegangkan otot-otot dan urat-urat dalam tubuh. Apabila penegangan otot berlaku secara berterusan, ia boleh mengakibatkan otot menjadi kejang akibat kekurangan garam mineral. Seandainya seumur hidup kita mengalami kekurangan garam mineral pada otot, bagaimana boleh dikatakan bahawa bersenam itu boleh menambahkan kesihatan ? Sudah tentu tidak mungkin.
Jika alasan bersenam itu hanya sekadar ingin menggunakan tenaga yang terpendam dalam tubuh, aktiviti pertanian dan berkebun pun sudah cukup untuk tujuan itu. Sungguhpun begitu, perlu ditegaskan bahawa kadar resapan oksigen seharusnya lebih tinggi berbanding kadar penggunaannya di dalam tubuh. Untuk mengelakkan kekejangan otot ini, maka latihan ringan perlu selalu dilakukan dan dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu tidak terus mengejut. Maka proses memanaskan otot (warm-up) dilakukan dalam apa jua latihan sukan.
Orang yang sentiasa berfikir secara kreatif memerlukan tenaga untuk membakar lemak-lemak dalam tubuh, maka oksigen yang cukup akan membolehkan proses pembakaran sempurna berlaku. Kegiatan menggeliat di waktu pagi juga sudah cukup untuk meleraikan oksigen dan karbon dioksida daripada tubuh.
Maka aktiviti berfikir secara kreatif inilah yang saya maksud bagaimana untuk menukarkan lemak-lemak yang tersimpan di bawah kulit ditukarkan menjadi tenaga.
Makanan dan Pengaruh Karektor (Sumber dari blog Dr Ariffaizal)
Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.
Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga.
Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai.
Keberkatan Makanan
Gigi Sebagai Deria
| Sila klik di sini untuk mengetahui penjelasan mengenai Formula NW7 | Sila klik di sini untuk mengetahui penjelasan mengenai Formula NW5 |
Susunan molekul gigi yang teratur dan tekanan pada saraf gigi yang tinggi akan meningkatkan lagi kepekaan deria gigi mengesan isyarat nutrient. Tekanan boleh dikenakan terhadap gigi dengan cara mengamalkan mengunyah ais batu. Ais alah rahsia Teori Tekanan.
Prinsip keabadian tenaga
Makanan berasaskan kimia
Rahsia Nutrient
Makan Untuk Keberkatan
Antara adap makan adalah seperti berikut;
Cara terbaik untuk mendapatkan keberkatan makanan adalah seperti berikut;
Beberapa Fenomena Tentang Makan Dan Berat Badan
| Sila klik di sini untuk mengetahui tetang Teori Ruang dan Masa |
1. Kekayaan dan dimurahkan rezeki.
2. Kesihatan dan merawat penyakit.
3. Memecah kebuntuan.
4. Kemakmuran.
5. Kebahagiaan.
6. Mencapai matlamat dan hajat.
Sepatutnya semakin banyak seseorang itu makan, maka semakin berkat hidupnya, semakin bahagia hidupnya, semakin murah rezeki, semakin kaya, unggul BMI nya, semakin sihat, menjadi segala yang diusahakan, sentiasa sejahtera dan gembira dan sebagainya.


































0 ulasan:
Catat Ulasan