Unsur-Unsur Bahan Sebagai Rujukan Perawatan CVT
Sebahagian unsur-unsur bahan yang terdapat pada alam sekitar, makanan dan lain-lain mempunyai perkaitan cukup menarik dengan tubuh badan dan apabila kita bercakap mengenai perubatan dan perawatan, di mana peranannya cukup jelas dengan melihat kepada kapasiti unsur-unsur tersebut. Setiap elemen kimia dan benda-benda di dunia ini mempunyai ciri-ciri rajah tenaga warnanya tersendiri dan berkaitan dengan frekuensi warna yang diperlukan untuk menyeimbangkan tenaga aliran tubuh.
Cahaya dan warna adalah sebahagian daripada spektrum elektromagnetik yang peka pada mata manusia dan juga merupakan sebahagian daripada spektra tenaga yang membolehkan kehidupan di bumi berterusan.
Di antara unsur tersebut ialah ‘neutron’ iaitu suatu bentuk cas-cas yang bertujuan mewujudkan pengesanan terbaik. Unsur neutron yang sebenar ialah ‘air’ yang kini didapati sangat berkesan digunakan untuk perawatan melalui kaedah rendaman ais (hidroterapi ais).
Air atau H2O mempunyai berat jisim atom 1 (satu) iaitu yang paling kecil di dunia terdiri daripada 1 elektron, 1 proton dan 1 neutron. Unsur yang sedemikian rupa menjadikan air sebagai pengesan terbaik sewaktu perawatan selain sebagai pengimbang kepada segala bentuk kepincangan melalui kaedah-kaedah tertentu.
Unsur-unsur lain adalah seperti unsur atom oksigen, nitrogen, karbon dan hidrogen. Terdapat unsur-unsur yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia seperti karbon berat pada bahan makanan tertentu yang menyebabkan keadaan tidak seimbang apabila karbon berat mempunyai radiasi-radiasi yang diserap oleh sel-sel mewujudkan ketidakstabilan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa unsur-unsur tertentu mempunyai pertalian khusus dengan tubuh manusia yang dengan itulah tubuh dapat berfungsi dengan keadaan asalnya apabila kehadiran unsur tersebut cukup kapasitinya dan betul pada tempatnya.
==========================================================
Mengenali Rawatan Hidroterapi dalam CVT
Oleh: Prof Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab
Pengenalan
Colour Vibration Therapy membongkar rahsia penyakit dengan keajaiban alam melalui tanda-tanda warna.
Setiap penyakit itu ada penawarnya dan itulah ketetapan Ilahi. Syaratnya manusia perlu mengkaji ilmu dan memahami ketetapan dan peraturanNya maka akan terbukalah rahsia yang perlu diketahui. Percayakah anda bahawa ubat atau penawar telah sedia wujud dalam tubuh anda? Rahsia penawar sesuatu penyakit itu sebenarnya berpunca daripada apa yang anda lihat, dengar, fikirkan dan rasa (perbuatan/ amalan). Itulah racun dan itulah juga penawarnya.
Colour Vibration Therapy Mengajak Anda Berfikir
Penyelidikan dan kajian telah menggabungkan pakar-pakar sains fizik dan kimia, juga telah melibatkan petua-petua tradisional dan para pengkaji Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya melibatkan pengaruh dalaman dan kerohanian. Walau apapun pendekatan yang
Penyakit juga merupakan salah satu bentuk tenaga mengikut falsafah CVT. Walaupun ia melibatkan serangan bakteria, virus, fungus (kulat) atau apa sahaja ia tetap merupakan salah satu bentuk tenaga. Oleh itu CVT percaya tenaga yang dikenali sebagai penyakit itu boleh diubah bentuk atau dipindahkan bagi mengembalikan semula hak tenaga asal pada kedudukan atau tempat yang telah ditetapkan..
Penyelidikan dan kajian Colour Vibration Therapy akhirnya membongkar rahsia kebesaran air. Kajian asas secara perubatan Terapi Getaran Warna (CVT) ini telah membongkar banyak rahsia-rahsia ketetapan dan peraturan hukum alam. Ketetapan dan peraturan (syariat) ini berkait rapat dengan unsur-unsur kejadian (hakikat) angin, api, air dan tanah bermula dari cakerawala sehingga ke bawah (bumi) dan kejadian manusia.
Keempat-empat unsur ini dari istilah sains kimia dikenali Nitrogen, Oksigen, Hidrogen dan Karbon manakala dari istilah fiziknya pula dikenali sebagai cahaya, haba, kimia dan magnet. CVT telah mengkaji empat unsur tadi tentang kedudukannya daripada cakerawala sehingga bumi dari perspektif kimia dan fizik yang tiada batasannya.
Jika berlaku sesuatu pencerobohan maka berlakulah juga iktibarnya iaitu bencana atau penyakit samada kepada alam mahupun kepada manusia.
Aura Atau Warna-Warna Kehidupan Ada di Mana-mana
Aura atau pun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup. Aura berbentuk seperti telur raksasa. Aura adalah sebuah
Air, Air Sejuk dan Ais
Air merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua benda jika dikaji dari sudut sains adalah terjadi daripada unsur air. Semua benda itu pula amat alah dan akan kembali menjadi air. Air yang baik dan hidup ialah air yang mengalir. Jika air itu kaku disuatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Maka di situlah peranan pergerakan (sembahyang) amat penting dalam penjagaan kesihatan. Bagi air yang beku atau ais, ia sebenarnya memiliki struktur yang amat kukuh dan stabil dan inilah sebabnya kenapa mandian ais dan Seri Wajah juga akan memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar serta boleh meningkatkan kandungan Oksigen dalam tubuh.
Air, udara dan angin merupakan unsur hidup yang bercas negetif atau elektron yang jika ini tiada didalam tubuh maka manusia yang mempunyai cas positif atau proton tidak dapat digetarkan atau meneruskan kehidupan. Tubuh manusia memegang kunci kepada rahsia tanah yang sebenarnya unsur mati yang tidak boleh tidak memerlukan unsur air dan angin sebagai tenaga luaran.
Fakta Al-Quran mengenai peratusan air dan tanah bumi ini adalah sejajar dengan fakta saintifik. Ini terbukti Islam dalam pandangan Al-Quran menyebut sebanyak 32 kali tentang lautan (air) dan 13 kali tentang daratan (tanah). Jika ini dihitung maka peratusan air juga adalah memenuhi 71.111% ruangan tubuh. Iaitu 32 ditambah dengan 13 persamaan dengan 45. Maka peratusan air adalah 32/45 x 100 iaitu 71.111% dan tanah 13/45 x 100 bersamaan dengan 28.888%.
Ini membuktikan air menguasai alam dan tubuh. Tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam. Maka air adalah amat penting dalam konsep rawatan manakala tanah atau daratan pula amat penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan diri kita. Atas tamadun Islam inilah dijadikan titik tolak (panduan) kepada ahli-ahli sains untuk membuat pemerhatian dan kajian agar ilmu tetap membawa amal dan pengajaran yang menguntungkan.
Air mengimbangi kawanan tekanan rendah
Orang yang kekurangan air adalah terdedah kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan dan secara tidak langsung kemampuan otak untuk berfikir atau berfungsi menjadi lambat dan lemah. Dengan bekalan air yang sedemikian, maka air tadi akan dapat mengesan dan mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas-gas lengai di dalam tubuh yang memberikan tanda-tanda sengal, kebas, bisa-bisa dan seumpamanya. Tubuh atau jasad adalah seumpama unsur yang mati jika kekurangan air. Jika ini berlanjutan, maka kita sebenarnya menuju ke arah kemerosotan nilai kehidupan.
Daya hidup yang mementingkan kebersihan belum dapat menentukan
Kemulian Air Pada Pandangan Islam
Air juga adalah makhluk atau hamba Allah SWT seperti kita. Allah SWT menciptakan segala sesuatu yang hidup daripada air. Air akan taat kepada perintah manusia yang sentiasa patuh kepada Allah SWT. Contohnya Saidina Omar Al-Khatab di zaman pemerintahannya pernah mengarahkan air sungai Nil supaya mengalir semula secara ‘vibration’. Ini boleh terjadi kerana ia mempunyai gelombang yang bertindak mengikut niat kita.
Air dan niat
Air sebenarnaya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.
Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan mahluk-mahluk yang lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai ‘signal’ yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya. Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air daengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat.
Rahsia kehebatan air sembahyang
Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan. Air sembahyang atau wudhu’ sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wudhu’ dapat memelihara semua deria atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air wudhu memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening). Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhu dan mandi.
Konsep Mandian (Hidroterapi) Sebagai Rawatan
Fakta Saintifik
Dalam kehidupan seharian kita terdedah kepada pelbagai bentuk gelombang di sekeliling kita sama ada yang baik atau sebaliknya. Gelombang tersebut adalah bersifat ghaib atau ‘visual’ iaitu tidak mampu dilihat oleh mata kasar kita. Kita perlu mencuci aura tubuh supaya tidak dipengaruhi oleh radiasi yang terdapat di persekitaran tubuh. Radiasi yang tidak didingini ini wujud disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada sinar matahari dan pemakanan yang berlebihan yang gagal dicernakan dengan sempurna bagi pertukaran karbon dalam usus. Ini secara tidak langsung menyebabkan merosotnya kandungan air atau Hidrogen yang turut mencemarkan aura kita dari dalam tubuh.
Air Pembersih Aliran Tenaga Yang Kotor
Campuran dan pencemaran tenaga dengan peralatan elektrik dan elektronik seperti ketuhar letrik, aliran elektrik, gelombang radio, komputer, televisyen dan seumpamanya boleh diukur dengan peralatan moden. Ini telah diketahui oleh orang-orang zaman dahulu sebelum penemuan alat-alat pengukur bahawa kesemua kecanggihan tersebut perlu dikawal. Pengawalan ini perlu untuk mengharmonikan gelombang yang amat kuat pengaruhnya terhadap keseimbangan dalaman sel-sel tubuh di tahap spiritual, emosi dan mental.
Air dan Keabadian Tenaga
Gelombang atau segala bentuk tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diputuskan. Bentuk tenaga atau gelombang yang buruk ini memerlukan air sebagai kuasa pemutus yang baik. Walaubagaimanapun gelombang-gelombang ini tetap akan bertemu atau bersambung semula.
"Kerja-kerja pembersihan aura atau gelombang ini perlu dilakukan secara konsisten seperti pengambilan air sembahyang atau wudhu’ sebanyak
Kita mempunyai pilihan untuk menentukan tenaga atau daya hidup yang paling selamat dan semulajadi untuk kita guna atau amalkan dalam rawatan atau penjagaan kesihatan kita pada semua tahap spiritual, emosi dan mental.
Di zaman teknologi ilmiah, kini Aroma Therapy dengan komponen air adalah kesatuan vital yang paling selamat dan semulajadi untuk rawatan penyakit secara menyeluruh sehingga ke tahap gangguan spiritual.
Penggunaan di waktu malam berkesan
Aroma Therapy Vibration amat berkesan digunakan apabila pesakit menggunakannya di waktu malam dan amat menakjubkan kesannya jika pesakit tidur di tempat yang tidak disinari cahaya. Rahsia air sejuk (kombinasi air dan ais) serta Aroma Therapy sebagai penghantar isyarat getaran dengan kelajuan gelombang yang tinggi menjadi penawar dan mampu menguasai pelbagai bentuk gelombang yang rendah yang telah gagal berinteraksi dengan tujuh sistem cakra yang mengikut susunan warna pelangi di dalam tubuh kita.
Mengapa Anda Harus Menggunakan Aroma Therapy Vibration?
Kerana cara penggunaannya amat mudah dan ringkas serta keupayaannya bertindak sebagai agen pencegahan, pertahanan dan penyembuhan yang paling sesuai untuk seisi keluarga.
Teknologi tinggi Colour Vibration Therapy berupaya meniru, menyerap, merakam dan memerangkap getaran gelombang berfrekuensi tinggi dan laju ke dalam pati Aroma Therapy Vibration.
Mandian ais suatu kehebatan
Mandian ais dengan Aroma Therapy Vibration akan meningkatkan jumlah Oksigen di dalam darah dan meneutralkan gas-gas lengai yang mengganggu tahap kecerdasan seseorang. Kuasa air sejuk (air dan ais) serta Seri Wajah bertindak sebagai peneutral yang ideal dan dapat menghantar isyarat gelombang dengan laju kedalam sistem tubuh.
Air yang mempunyai kuasa semulajadi dapat menentukan kelajuan penghantaran gelombang bergantung kepada keperluan tenaga yang diperlukan oleh tubuh seseorang. Suatu perkara yang harus diingat iaitu air yang mengalir dan jernih juga mempunyai rahsia kelajuan cahaya yang menyerlahkan lagi sinar cantik pada aura anda. Mandi bagi orang yang demam akan dapat mengimbangi sistem organ atau pergerakan cecair atau limfatik tubuh dan juga darah yang cukup bekalan Oksigen.
Bulu Roma sebagai deria yang tercanggih bagi mengesan isyarat gelombang dalam wap-wap air
Deria atau antena yang mempunyai cas-cas neutron bertindak sebagai reseptor penganalisa dan penerimaan getaran gelombang (Elektromagnetik) terletak dalam rahsia bulu roma kita yang terdapat di mata, di dalam hidung dan telinga. Manakala gigi sebagai pengesan elektrokimia untuk kekuatan tulang (Struktural). Bulu roma adalah pancaindera yang unggul sebagai mata minda atau mata batin yang menghubung dan mengimbangi antara kita dan kebesaran alam. Adalah sangat efektif untuk pelbagai jenis penyakit jika kita menambahkan sedikit sulfur dan garam kepada air mandian. Ais dapat menyerap elektron dari udara sekitarnya dan melepaskannya semula ke bahagian luar tubuh kita.
Air yang ditambah tenaga sebagai kuasa pemangkinan di dalam Aroma Therapy Vibration
Manusia memiliki 99 peratus tenaga atom dan tubuh manusia boleh menyimpan tenaga serta boleh bertindak sebagai reaktor nuklear yang hebat. Aroma Therapy Vibration dirumus secara khusus dengan ditambah tenaga ‘partikal pemercepatan pemangkinan’ bagi mengekplotasi kehbatan ini. Mandian ais yang telah dititiskan beberapa titik Seri wajah dapat meningkatkan tenaga yang rendah pada tubuh dan melepaskan tenaga tersekat serta mengubah pola atau
Mandian yang kerap dan konsisten selama tujuh hari dengan menggunakan Aroma Therapy Vibration akan mengubah spiritual, emosi dan mental ke tahap yang lebih menceriakan. Secara perlahan-lahan anda akan mengalami perubahan fizikal sehingga ke tahap yang lebih bertenaga , mengurangkan tanda-tanda keskitan seperti kebas, kejang, ngilu dan akhirnya anda akan pulih daripada gangguan kesihataaan yang mengelirukan.
Mandian air yang ditambah dengan Aroma Therapy Vibration serta ais dapat memutuskan gelombang radiasi luaran yang mana jika selagi tidak diputuskan ianya akan menjadi tarikan kepada kebocoran radiasi dari dalam tubuh. Bahagian perut dan usus dikenalplasti menjadi sumber radiasi tersebut dengan kemunculan asid sebagai kuasa tarikan kerana ia mewujudkan kawasan tekanan paling rendah. Aromatherapy berupaya merangsang kelenjar pineal melalui isyarat deria bulu roma melalui konsep media (Hidroterapi) menuju ke sasaran mahkota teratas di pusat kawalan iaitu kelenjar pineal dan ini akan meningkatkan paras melatonin.
AIR DAN KEAJAIBAN MELATONIN
Alami perasan awet muda dengan pengambilan jumlah air yang mencukupi dan tingkatkan tahap immunisasi tubuh untuk mementang segala jenis alahan.
Penggunaan Aroma Therapy Vibration akan mencuci aura-aura yang buruk di persekitaran tubuh dan menjadi benteng atau perisai halus agar tubuh tidak ditembusi oleh gelombang-gelombang yang merugikan. Colour Vibration Therapy mengenalpasti bahawa 75% penyakit sebenarnya bermula daripada gangguan kerohanian.
Ramai yang menggunakan Aroma Therapy Vibration untuk mendapatkan kesan Teraupatik memperbaiki diri dan kualiti kehidupan yang mengalami kemerosotan nilai seperti (sedih, kecewa, putus-asa, keliru, patah hati, terperanjat, melatah, gelisah, murung, bingung, tertekan, dan sebagainya.
Mata dan Kulit sebagai Reseptor
- Mata adalah kristal di siang hari
Warna yang terpancar melalui cahaya terang (puteh) akan memberi fokus ke mata di siang hari. Mata sebagai kristal akan membias dan memantulkan semula pembahagi warna ke pusat kawalan (otak) sebagaimesej atau rangsangan melalui sistem saraf ke kelenjar untuk menjana semula hormon-hormon pengimbang yang terpendam untuk menjalankan fungsinya.
Bagaimana pun keadaan ini gagal dilalui kerana manusia telah dicemari dengan berbagai keresahan yang tidak harmonis. Umpamanya kemurungan, dendam, buruk sangka dan lesu.Semua pengalaman hidup yang negatif ini tidak akan memberi manfaat untuk cahaya dan warna mengharmonikan hidup kita.
Secara berterusan dan tanpa disedari kita akan menyukai satu-satu warna yang menambahkan beban kelemahan yang kita alami.
- Kulit adalah reseptor di malam hari
Apabila kita tidur di malam hari, mata tidak lagi memainkan peranan. Pada waktu ini kulit yang dianugerahkan sebagai peneutral (neuron) akan mengambilalih keseimbangan kehidupan kita.
Tidur yang merehatkan akan memberikan tenaga dan keceriaan hidup kita di esok hari. Keceriaan akanmeningkatkan bekalan oksigen dalam darah. Keceriaan dan ketenangan akan mengimbangi tekanan dan rentak jantung.
Keceriaan akan meninggikan sistem immune tubuh untuk ketahanan daripada serangan maklumat atau getaran yang negatif.
Bermulalah keajaiban bulu roma, rambut dan kuku yang mempunyai persamaan dengan frekuensi kulit sebagai penerima (reseptor) yang paling sensasi bagi meningkatkan aktiviti otak sebagai pengimbang ketenangan yang paling semulajadi.
Misteri malam dengan cahaya kegelapan mempunyai sinar UV yang begitu relevan dalam manusia mencari ketenangan.
- Mandi bunga dan getaran warna
Tidak hairanlah konsep mandi bunga yang merangsang deria atau antena kulit melalui reseptor bulu roma itu jika dibuat secara berperaturan, amat berkesan dalam menangani berbagai keadaan ketidakharmonian ramai individu.
Begitulah juga tradisi atau petua penggunaan nila yang disapukan pada kulit luar amat efektif sebagai penawar yang paling tepat untuk kelemahan warna indigo atau kebiru-biruan di bahagian leher yang menjadi kawalan immune tubuh seseorang dari serangan virus.
Ais
Ais yang merupakan struktur utama bagi meletakkan paksi bumi pada tempatnya semasa berkitar. Bumi kita yang di kutub utara dan selatan yang terdiri daripada ais, pernahkah kita berfikir apakah peranannya? Ais ini dikaitkan dengan tekanan. Jika kita melihat persamaan ini dengan diri manusia, maka kita memerlukan tekanan ais juga dalam membantu mengekalkan keseimbangan diri manusia.
Sumber dari blog Dr Ariffaizal :
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais merupakan rahsia Teori Tekanan. Teori Tekanan memberi kesan paradigma
yang besar apabila diaplikasikan bagi tujuan rawatan kesihatan terutamanya sebagai booster bagi medium kekonduksian gema. Colour Vibration Therapy cvt

Otak akan mentafsirkan gema melalui bahagian yang dinamakan limbik. Dari bahagian tersebut, gema akan dihantar dalam bentuk ransangan tenaga infrasonik ke sel tubuh yang memerlukannya. Tenaga infrasonik ini akan merangsang molekul dalan DNA dan memasatikan sel bertindak dengan betul dalam skala resonan schumenn (takrifan harmoni atau semulajadi atau hening).
Therapy cvt
terus ke atas ais atau air yang disejukkan dengan ais.Dengan mematuhi Hukum Keabadian Tenaga, maka gema merupakan satu bentuk akan terus bergerak. Pergerakan gema hanya berlaku melalui lompatan antara satu zarah ke zarah yang lain. Kecekapan lompatan ini bergantung kepada keadaan susunan dan kedudukan zarah. Semakin rapat kedudukan zarah maka semakin laju pergerakan gema. Kedudukan yang rapat dipengaruhi oleh susunan zarah yang teratur. Semakin sempurna ikatan molekul, maka semakin tersusun zarah. Tandanya dapat dilihat daripada kejernihan sesuatu objek. Ais merupakan contoh zarah yang tersusun dengan teratur. Semakin sempurna ikanan molekul air, maka semakin jernih dan bersinar ais tersebut. Karbon yang tersusun zarahnya akan kelihatan jernih dan bersinar dan dikenali sebagai berlian. Karbon yang tidak tersusun zarahnya akan menjadi pudar atau hitam tidak telus cahaya dan dikenali sebagai arang.
Rajah 5 di sebelah kiri menunjukkan zarah air dalam keadaan normal yang tidak mendapat tekanan. Gema boleh bergerak di dalamnya. Zarah yang ditandakan dengan warna merah tidak terlibat mengutuskan gema. Terdapat dua contoh koordinasi gema dalam air ini yang tidandakan dengan anak panah warna biru.
Rajah 6 di sebelah kiri menunjukkan air yang mendapat tekanan hingga membentuk ais. Gema akan bergerak dengan lebih cekap di dalam ais berbanding air biasa. Hampir semua zarah air terlibat mengutus gema. Terdapat enam contoh koordinasi gema dalam ais berbanding air dalam bekas yang sama. Bermaksud gema begerak dengan lebih banyak, serta dengan kepantasan yang tinggi.
Rajah 7 di sebelah kanan menunjukkan sel saraf dalam keadaan normal atau panas. Saraf ditunjukkan dengan warna hitan. Saraf mati diwarnakan perang dan gema ditandakan dengan anak panah biru. Gema masih boleh melalui saraf dalam keadaan normal tanpa tekanan.
Rajah 8 di sebelah kanan menunjukkan saraf yang sihat atau mendapat tekanan. Terdapat empat koordinasi gema dalam ruang yang sama. Impuls bergerak dengan cepat dan amat cekap kerana saraf tersusun dengan rapi. Walaupun terdapat saraf yang mati, Impuls masih boleh bergerak dengan cekap melalui lencongan saraf. Lencongan hanya dapat berlaku jika berlaku tekanan.
Rajah 9 di sebelah kiri menunjukkan sel kapilari darah dalam keadaan panas atau tidak sihat. Salurannya sempit. Gambar atas ialah potongan dari pandangan atas, dan gambar bawah ialah potongan dari pandangan sisi.2. Serangan strok.
3. Obesiti atau kegemukkan.
4. Keletihan.
5. Kekurangan oksigen.
6. Deposit urik asid.

Selain itu, isipadu darah juga akan berkurang ketika dalam keadaan bertekanan (aplikasi termoneter). Oleh itu, masalah migrain dan tekanan darah tinggi akan berkurang. Darah yang mendapat tenaga daripada tekanan akan bekerja dengan lebih cekap. Tekanan darah yang stabil akan meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara optimum.
Hidrotherapi Ais merupakan kaedah yang pertama seumpamanya diperkenalkan bagi tujuan penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit secara keseluruhan merangkumi aspek spiritual, emosional, menatal dan fizikal. Hidrotherapy Ais telah dipertingkatkan teknologinya dengan penggunaan elemen-elemen air ionik beralkali (ionized-alkaline), ozon, garam potassium dan lain-lain yang membantu merawat penyakit selain mengekalkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

1. Lesu, lemah semangat, halusinasi, ketakutan.
2. Daya ingatan, awet muda, kawalan hormon.
3. Migrain, kasih sayang, menipu, mencuri.
4. Tidur, imsonia, tumpuan.
5. Antibiotik semulajadi, keceriaan.
6. Sinus, resdung, deria baru.
7. Demam, telinga, mulut, lidah, gigi, gusi.
Tahukah anda, mayat manusia yang dijumpai dalam ais glasier, bekas tasik garam, pergunungan batu kapur dan lembah belerang bekas lohong gunung berapi tidak reput selama beribu-ribu tahun. Bahan ini bertindak mengawetkan sel manusia yang terperangkap di dalammnya. Dalam dunia perubatan, ia diaplikasikan sebagai medium antibiotik dan medium unsur senyawa.
Gambar sebelah kanan ialah "iceman" iaitu manusia pra-sejarah yang ditemui di pergunungan Alps iaitu sempadan antara Austria Italy. Dan kita mungkin terlupa akan peranan peti sejuk di mana makanan kita selalu disimpan agar bertahan lama. Sedangkan jika dibiarkan makanan diletakkan di luar, udara panas lebih memudahkan makanan cepat rosak, begitu juga dengan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
Dalam mandian Hidtrotheapy Ice, belerang berperanan membantu memberi kekuatan kepada sistem penghadaman. Sulfur boleh bertindak sebagai peransang atau menguja rembesan enzim untuk penghadaman.
Semua keempat-empat bahan ini dibaurkan bersama dalam satu campuran. Ia tidak mampu bertindak sebagai sebatian sebaliknya tetap dalam bentuk tersendiri dan tidak mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, ia hanya akan mensenyawakan bahagian yang terlibat dengan gema yang dibawa oleh bahan tersebut masing-masing.
Rahsia Piramid Dari Perspektif Teori Tekanan.

Setiap bentuk mempengarui aliran tenaga. Piramid mempunyai rahsia penjagaan gema agar tidak hilang. Piramid mempunyai sukatan tertentu yang juga mempengaruhi keadaan tertentu. Di bawah ialah kajian terhadap pergerak tenaga berdasarkan bentuk tertentu.
Rahsia mumia yang ditemui di dalam piramid adalah satu fenomena yang boleh diterangkan secara saintifik malah boleh diaplikasikan bagi tujuan rawatan. Rajah di bawah menunjukkan pegerakan tenaga dalam sesuatu bentuk. Anak panah warna merak menunjukkan tenaga yang dibebaskan, anak panah warna biru putus-putus menunjukkan tenaga yang kembali.
Gambar di sebelah ialah salah satu daripada kaedah Pyramid Therapy. Sebenarnya anda boleh mendapatkan keadaan seperti ini dengan hanya mandi dengan menitiskan setitik Arimatherapy Seri Wajah ke dalam air mandian. Melalui kaedah mandian hidrotherapy Ice, setitik Aromatherapy Seri Wajah akan dititiskan setiap 10 minit ke dalam tub mandi. colour vibration therapy cvt
colour vibration therapy cvt
Menyedari arah pengaliran tenaga di dalam ruang, maka bentuk terbaik untuk mendapatkan rawatan mandian Hidrotherapy Ice ialah dengan berendam di dalam tub mandi yang berbentuk segi empat. Bentuk segi empat akan lebih memfokuskan tenaga berdasarkan niat dan doa.
Teori Tekanan Dan Suhu
Sumber blog Dr AriffaizalTherapy panas sejuk
Therapy ini sangat popular diamalkan. Kaedahnya ialah berendam dalam air panas, kemudian berendam pula dalam air sejuk. Dengan pertukaran yang drastik ini, tekanan dapat berlaku dengan lebih berkesan. Kaedah ini amat sesuai dilakukan di kawasan beriklim sejuk kerana dengan persekitaran yang sejuk, rendaman kali pertama di dalam air sejuk tidak memberikan tekanan.
Satu lagi kelebihan therapy panas sejuk ialah dengan tekanan rendah (panas) pada peringkat pertama, ikatan molekul dan zarah menjadi renggang. Toksik dalam tubuh akan dapat dikeluarkan ketika itu. Apabila dikenakan tekanan tinggi (sejuk) ikatan molekul dan zarah akan tersusun semula dalam keadaan yang lebih teratur.
Kaedah tekanan rendah dan tekanan sejuk ini digunakan dalam teknologi nano bagi penghasilan ramuan yang menghasilkan campuran yang jernih melalui kaedah tekanan sejuk "cool compressed". Campuran bahan cecair yang melebihi 3 jenis akan menghasilan campuran yang keruh, tetapi dengan cool compressed, campuran tersebut bukan sahaja jernih, malah bersinar. Bahan-bahan untuk menghasilkan Aromahterapy Seri Wajah ialah dengan kaedah cool compressed. Hasilnya Aromatherapy Seri Wajah tidak keruh walaupun terdapat lebih 7 campuran pati bunga dan ia bersinar.
Minyak zaitun ialah contoh hasil cool compressed secara semula jadi. Minyak zaitun amat bersinar dan terdapat dua lapisan molekul yang berbeza vibration dan memancarkan sinaran yang berbeza atau mempunyai dua sinaran.
Terdapat sejuk bertekanan tinggi, terdapat juga sejuk tekanan rendah. Bagitu juga panas, terdapat panas tekanan tinggi dan panas tekanan rendah.
Sejuk tekanan rendah

Sejuk tekanan rendah ialah sejuk yang disebabkan oleh magnitud atau ketinggian. Kawasan tanah tinggi ialah contoh sejuk bertekanan rendah. Kawasan bertekanan rendah walaupun sejuk ia tidak dapat membentuk semula susunan molekul dan zarah. Akibatnya pembongkaran yang berlaku tidak terbendung. Mereka yang bermasalah urik asid tinggi mudah mendapat lelah apabila berada di kawasan tanah tinggi.
Di kawasan tanah tinggi, mandi air panas amat tidak digalakkan kerana ia akan lebih memudaratkan. Sebaiknya cubalah mandi air sejuk. Mandi air panas di tanah tinggi akan merendahkan lagi tekanan yang tidak mampu ditampung oleh tubuh. Selepas mandi air panas, tubuh terdedah dalam keadaan bertekanan rendah, bermaksud tubuh mengalami dua kali ganda tekanan rendah. Mandi pada waktu malam dalam kegelapan amat digalakkan. Tempoh untuk mandi yang terbaik hendaklah kira-kira 10 minit. Tetapi, tabiat tidak mengeringkan badan dan terdedah kepada angin malam akan mengakibatkan wujudnya fenomena sejuk tekanan rendah. Sejuk tekanan rendah akan mengganggu tenaga paru-paru kerana paru-paru memerlukan panas tekanan tinggi.
Sejuk tekanan tinggi
Contoh sejuk tekanan tinggi ialah pembentukan ais batu. Rendaman dalam air berais ialah kaedah untuk mendapatkan situasi sejuk tekanan tinggi. Tekanan akan mengeluarkan segala bentuk toksik dan bendasing

Negara beriklim sejuk pada altitud yang rendah (kawasan tanah pamah) ialah kawasan yang sejuk bertekanan tinggi. Di kawasan ini, mandi air panas adalah kaedah terbaik untuk mengekalkan kesegaran kerana mandi panas, kemudian terdedah kepada iklim sejuk ialah rawatan therapy panas sejuk yang semula jadi.
Kaedah Hidrotherapy Ice yang diperkenalkan oleh Colour Vibration Therapy ialah kaedah sejuk bertekanan tinggi yang paling efisyen.
Secara semula jadi, sejuk tekanan tinggi boleh didapati melalui mandi air sungai yang mengalir deras atau air terjun pada waktu subuh sebelum syuruk.
Panas tekanan rendah
Contoh panas tekanan rendah ialah mandi air panas di kawasan beraltitud tinggi (kawasan tanah tinggi). Ini adalah situasi yang amat bahaya.
Panas tekanan tinggi

Contoh panas tekanan tinggi ialah mandi air laut di kawasan beriklim khatulistiwa / tropika. Mandi air bergaram ini baik untuk kesihatan tubuh terutama untuk kesihatan kulit, tetapi disebabkan air laut itu panas, pembentukan semula molekul dan zarah tidak berlaku. Tetapi tubuh masih segar. Mandi air laut ketika waktu tengah hari boleh menyebabkan kekejangan. Mandi air laut yang sesuai ialah ketika waktu subuh.
Kesan Tekanan Terhadap Kesihatan
Sesiapa yang jarang mengambil air sejuk atau ais sebagai amalan dalam minuman atau mandian, kemungkinan besar akan berlaku kesan tekanan (kesan pembongkaran) terhadap bentuk tenaga yang bertekanan rendah (tenaga bertekanan rendah ialah penyakit).
Kesan tekanan pasti akan berlaku sekiranya tekanan (ais) yang diambil tidak cukup kuat atau diambil sedikit tanpa berlaku resonan (maksudnya diambil sekali sekala atau tidak kerap).
Kesan tekanan akan berlaku berulang kali sekiranya setiap kali tekanan (ais) diambil, tekanan tersebut tidak mencapai tahap resonan.
Tekanan (ais) memberi kesan rawatan dan juga kesan pembongkaran secara serentak pada peringkat magnitud (iaitu peringkat awal atau fasa satu). Berikut ialah kesan akibat tekanan (iaitu pengambilan ais atau air sejuk) terhadap sesuatu kawasan organ;
| KEADAAN SEMASA | ORGAN TERLIBAT | KESAN TEKANAN (PEMBONGKARAN) | KESAN TEKANAN (RAWATAN) |
| Lesu, tiada mood | NW1 Kelenjar Pineal | Sakit pada keseluruhan badan | Kuat semangat, berkeyakinan |
| Pelupa, kelam kabut | NW2 Kelenjar Pitutary | Lenguh, kejang | Kuat daya ingatan |
| Trouma emosi, menipu, mencuri | NW3 Thalamus | Kebas | Penghayatan tinggi, kasih sayang, memahami |
| Imsonia, hilang tumpuan, gangguan tidur | NW4 Hipothalamus | Sembelit | Lena pada tahap delta |
| Alahan, kebosanan | NW5 Kawalan Biotik | Dingin seksual | Ceria, alahan kebengkakkan pulih |
| Resdung, sinus | NW6 Sinus | Selsema, dingin seksual | Damai di waktu pagi |
| Demam, suhu tidak seimbang, telinga, mulut | NW7 Kawalan Suhu | Demam, dingin seksual, kesejukkan | Tenang di waktu petang |
| Keliru, tekanan perasaan | NW8 Medulla Ablongata | Keliru, murung | Tenteram di waktu tengah hari |
| Kahak, gatal tekak, kehausan | NW9 Tyroid | Payau, masin, pahid, masam, batuk | Selera makan mulai ada dan terkawal |
| Sesak nafas, batuk, perokok | NW10 Paru-Paru | Batuk, air liur banyak | Puas menarik nafas |
| Mengah, risau, panik | NW11 Jantung | Denyutan nadi capat | Hilang dukacita, badan rasa ringan |
| Keliru, was-was, hepatetis, kolestrol | NW12 Hati, Perut, Limpa | Hilang selara makan tetapi bernafsu tinggi terhadap makanan tinggi protein | Kulit cerah, hilang rabun |
| Stress, kerap kencing | NW13 Buah Pinggang | Keletihan | Kekuatan mental |
| Masalah kulit | NW14 Hempedu | Cepat lapar | Kekuatan emosi |
| Pedih perut, gas | NW15 Pankreas | Cekap dahaga | Kekuatan emosi |
| Hypo seks, hiper seks, dingin seks, hernia | NW16 Ovari, Testis | Tidak dapat kawal klimaks, tidak subur, masalah haid | Hernia hilang, penyabar, kurang marah |
| Lemah tenaga batin, prostat | NW17 Alat Kelamin, Organ Kencing | Hilang keinginan seksual, zakar tidak begitu tegang | Deria seksual sensitif |
| Kebas, darah tinggi, lukimia | NW18 Darah, Otot | Rasa mengantuk, berat kepala, pening | Berkuderat, bibir dan gusi pink, kulit muka cerah, kebengkakan pulih, pendarahan pulih |
| Cirit-bitir, buasir, sembelit | NW19 Usus, Apandiks | Tidak rasa ingin buang air besar, berak berdarah | Tidur lena ke tahap delta |
| Kejang, kesakitan, hilang deria rasa, sentuhan | NW20 Tulang, Saraf | Ruam, sakit lutut atau sendi, bangun pagi lesu, percakapan dan pergerakan tidak lancar | Deria sentuhan pulih |
Cara Mengatasi Kesan Tekanan Pembongkaran
Apabila tekanan dikenakan hingga ke tahap resonan, seluruh bentuk tenaga bertekanan rendah akan dinyahkan. Sekiranya tekanan mencapai resonan, tenaga bertekanan rendah ditukar bentuknya kepada bentuk tenaga bertekanan tinggi.
Resonan boleh dicapai melalui pengambilan yang banyak, amplitud (amplitud bermaksud pengambilan berulang-ulang dengan kuantiti yang seragam dan dalam tempoh masa yang seragam) dan tekanan perlulah cukup kuat (ais mesti betul-betul sejuk).
Fenomena Mitos Ais
"Orang tua" dulu-dulu tidak membenarkan pengambilan ais kerana takut "cepat tua" dan "bengkak urat" adalah mitos.
Perubatan antik tiruan (rawatan konvensional/hospital) tidak membenarkan pengambilan ais kerana kesan pembongkaran terhadap bahan kimia atau menjadikan bahan tersebut gagal bertindak-balas untuk merawat penyakit. Ini juga adalah mitos.
Biasanya, mereka yang jarang atau tidak pernah mengambil minuman atau mandian ais akan mengalami masalah kesan tekanan yang mengakibatkan pembongkaran. Contonya (kita ambil orang lemah paru-paru) jarang minum ais, sekali dia minum, dia akan batuk. Kemudian dia berhenti minum. Maksudnya tekanan pada peringkat fasa satu (magnitud) tidak berterusan ke tahap resonan. Tenaga bertekanan rendah akan kembali semula. Maksudnya dia masih lagi lemah paru-paru. Pada masa yang lain, sekiranya orang ini minum sekali lagi minuman sejuk, dia akan batuk semula, kemudian berhenti minum. Akhirnya akan keluar persepsi bahaya ais memudaratkan dirinya.
Ikan Dan Sayur Simpan Di Mana?
Apa jadi jika ikan dan sayur didedahkan ke cuaca panas?
Jawapan: Insya Allah ikan dan sayur akan rosak jika tidak disimpan ke peti sejuk atau kotak berisi ais.
Rahsia Hydrotherapy Ice
Niat membantu memfokuskan NW 7 Pusat Kawalan Suhu
Langkah Sebelum Dan Selepas Rawatan Hidrotherapy Ice
Masalah Ketika Hidrotherapy Ice
Hypothermia, Hyperthermia, Thermodynamic
NW 7 Kawalan Suhu.
Hypothermia
Hyperthermia
Thermodynamic
| Telinga | Kerap demam |
| Demam tiba-tiba | |
| Suhu badan tinggi | |
| Kurang pendengaran | |
| Sakit telinga, telinga bernanah, gegendang telinga pecah | |
| Buta warna | |
| Tekanan darah tinggi / tidak stabil | |
| Sakit kepala | |
| Berpeluh dan menggigil | |
| Rahang | Penyakit gusi |
| Sendi rahang berbunyi ketika mengunyah | |
| Kancing gigi | |
| Mulut | Bibir kering / pecah |
| Lidah bengkak / merekah |
Tindak Balas Penyembuhan
Colour Vibration Therapy mencipta frekuensi rendah yang mana setiap satu formula tidak akan memberi reaksi yang tidak menyenangkan jika cara pengambilan formula dilakukan secara kerap, konsisten dan berterusan. Sekiranya pengambilan tidak dilakukan dengan cara yang dicadangkan maka kemungkinan tindak balas pengambilan masih boleh berlaku.
| Reaksi Tindak Balas | Kemungkinan Sebab |
| Mengantuk, kelesuan | Keracunan pada hati yang menyebabkan kesan-kesan keasidan pada darah. Sejarah pengambilan ubat-ubatan dadah yang dibongkar semula menyebabkan darah semakin kotor sehingga formula darah disertakan gejala ini akan lega dan hilang |
| Kerap sendawa, mual, senak hendak muntah, perut terasa pedih, tersedu dan tubuh terasa ringan seperti terasa terhoyong hayang. | Masalah pada sistem penghadaman di mana perut mengeluarkan asid / kadar asid tinggi dan tidak dapat dikeluarkan dengan cara bersendawa. |
| Pusingan haid terganggu, darah haid sentiasa banyak dan tidak terhenti-henti, kesakitan semasa haid, pedih dan terasa tercengkam pada bahagian bawah pusat, lebih banyak cecair putih dan kekuningan yang mengeluarkan bau keluar pada alat kelamin, darah haid semakin pukat, keluar darah haid berketul-ketul. | Ketidakseimbangan hormon seksual yang bermula daripada gangguan tidur, hilang selera makan atau sebaliknya. Fungsi-fungsi kelenjar tyroid dan adrenal amat berkait rapat bagi mengelakkan sterss. |
| Muka, tangan dan kaki berlaku kebengkakan, kejang pada bahagian urat leher hingga ke tengkuk dan urat belikat terkehel selepas bangun tidur | Fungsi buah pinggang lemah kerana keadaan makanan yang berasid atau stress kerana keletihan. |
| Buang air besar berdarah, buasir lama keluar semula, pedih dan keluar cecair pada bahagian dubur. | Kesan formula yang disertai dengan pengambilan makanan yang pedas bercampu cuka. |
| Cepat pening, mudah pitam, pemarah, panik dan mudah terperanjat. | Kesan kelemahan pada buah pinggang kerana sterss dan keletihan. Rawatan pada bahagian perut tidak dijalankan terlebih dahulu. |
| Suhu badan tinggi, kesukaran tidur dan badan bertenaga aktif semakin larut malam. | Tenaga yang terperangkap pada bahagian usus besar dicemari keracunan yang terpendam semasa ia dibebaskan apabila formula ini diambil pada waktu malam. |
| Jerawat, gatal-gatal, ruam, kencing semakin kotor dan berbau, selsema dan gatal-gatal pada bahagian hidung | Fungsi hempedu lemah. Toksin dibebaskan dan masalah alahan dan ketidakceriaan yang telah lama dialami. |
| Kesakitan bertambah pada tempat atau anggota tubuh yang telah mengalami kesakitan | Urid asid yang berlebihan pada sendi dan tulang seperti gout. |
| Tiada sebarang reaksi /tindak balas |
|
| Semak semula tenaga vibration dalam formula sama ada telah rosak atau hilang. | |
| Pesakit yang yakin dan dimaklumkan tentang pembongkaran biasanya tidak mengalami sebarang reaksi pembongkaran |
Ozon Hidroterapi Ais Membina Tenaga

Pada ketika keadaan aktiviti berat dilakukan, otak sebenarnya telah banyak ditumpukan pada aktiviti fizikal seperti itu yang akhirnya mencipta keletihan dan kehilangan garam mineral yang berguna secara berlebihan melalui perpeluhan tadi.
Kadar metabolisma juga semakin menurun dan ketika itu nutrien yang jika banyak terbeban di dalam hati didapati akan bertukar menjadi racun. Lama-kelamaan keadaan ini sudah tentu akan mencipta penyakit pada organ yang tertentu. Kadar karbon dioksida akan bertambah manakala kadar oksigen semakin berkurangan.
Karbon dioksida akan menukar darah menjadi asid urik sedikit demi sedikit dan akhirnya pada suatu ketika kadar kesihatan tubuh menjadi rendah. Kerja-kerja sel akan terganggu dan terciptalah penyakit.

Sebaliknya aktiviti bersantai dengan penuh kerehatan tanpa stress terhasil daripada pelbagai sumber sebenarnya menghasilkan oksigen yang mencukupi untuk sistem respirasi dan jantung. Oksigen yang cukup akan memecahkan kandungan gula yang berlebihan di dalam sel sebagai penghasilan respirasi sel bagi mencipta tenaga yang sebenar. Inilah kesesuaian tenaga daripada oksigen sebagai "nafas yang dipinjamkan" kepada setiap manusia yang hidup.
Kadar penyerapan oksigen ketika bersantai adalah lebih tinggi dan mencukupi untuk tubuh sementara karbon dioksida akan dibebaskan. Maka tubuh tidak lagi tercemar dengan gas karbon dioksida yang berlebihan serta beracun yang sebenarnya sebahagian daripada punca tubuh terasa ringan melayang-layang seperti ingin rebah. Kadar gas lengai ini di dalam tubuh sepatutnya hanya kurang 1% berbanding oksigen sebanyak 65%. Lemak yang berlebihan di dalam tubuh akan dapat dibakar dengan oksigen juga membentuk tenaga.

Seperti juga mandian sauna atau wap yang berlaku pada keadaan yang tidak sesuai seperti di kawasan iklim yang panas dan tempoh yang lebih daripada 5 minit serta kekerapan yang tinggi maka banyak oksigen akan dilepaskan daripada tubuh.
Kadar perpeluhan selepas aktiviti sauna juga berlebihan. Ketika itu kadar denyutan jantung sebenarnya semakin rendah, pernafasan juga berkurangan maka gas karbon dioksida terutamanya akan bertambah di dalam tubuh. Setelah itu asid urik akan mencipta masa berpenyakit di dalam tubuh.

Gambar di ats menunjukkan suhu badan normal

Gambar di atas menunjukkan suhu badan ketika sedang sauna

Gambar di atas menunjukkan suhu badan sejurus selepas sauna
Ketika menjalani proses sauna, suhu badan yang panas akan menyebabkan kematian lebih banyak sel-sel dorman. Kesan yang sama berlaku kepada mereka yang menjalani x-ray atau diagnosis radiology.
Bila boleh bersenam?
Apabila dikatakan bersenam itu membazir, sebenarnya gerak kerja tersebut ada kegunaan dan manfaat yang jauh lebih penting lagi. Gerak tubuh yang terbaik ialah gerakan yang harmoni beserta dengan fokus dan kekuatan semangat.
Sebenarnya mengerahkan diri untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh adalah salah satu gerakan yang membentuk fokus. Arahan berperang pula ialah gerakan yang dirangsang oleh kekuatan semangat.
Ketinggian fokus boleh dijana daripada petua keheningan iaitu mentelaah pada waktu malam atau tidur awal selepas waktu isyak atau sekurang-kurangnya sebelum pukul 9.30 malam. Mereka yang mendapat keheningan ini akan mendapati hasil kerja pada keesokan hari amat berganda dan berjalan lancar atau menjadi tanpa sebarang tekanan atau halangan.
Terdapat juga senaman yang merupakan bersantai dalam keadaan fokus. Antaranya ialah berenang, memanah dan menunggang kuda.


Kaedah rawatan secara ozon-hidrotherapi ais sebenarnya menjalankan aktiviti bersantai seperti yang dimaksudkan di atas. Kadar oksigen daripada mesen ozon dan garam akan menyihatkan tubuh manakala ais akan menghasilkan tekanan dan resapan.
Sel-sel tubuh akan menjalankan aktiviti respirasinya seperti semulajadi bagi mencipta tenaga. Maka tidak hairanlah selepas tubuh mendapat rawatan rendaman ais, tenaga akan diperolehi bukan keletihan seperti selepas penat bekerja (kerja yang diiringi rasa terbeban).
Jika kita melihat nanti bagaimana penyusan warna yang bertingkat bagi mengaitkan fungsi sistem tubuh manusia, ia menunjukkan peranannya yang begitu fokus bagi setiap susunan itu. Maksudnya, putih berada di bahagian atas sekali, diikuti warna-warna lain tetap pada kedudukannya. Apa yang berlaku apabila seseorang itu berada di dalam keadaan yang tidak seimbang apabila tidak lagi berlaku fokus akan susunan kerja sistem tubuh. Misalnya,putih sudah bertukar kedudukan di bahagian perut, dan kuning pada bahagian perut pula mengambil tempat putih di bahagian atas kepala (maka jika tidak hairanlah jika wujud panggilan 'otak kuning' bagi menggambarkan seseorang yang suka berfikiran kotor iaitu apabila tiada lagi kesucian akan putih yang telah diambilalih).
Maka mandian ais berperanan menyusun semula tingkat pelangi di dalam diri kepada susunan keseimbangannya.
Tenaga daripada makanan akan bergerak dengan lancar dan mudah resonan jika wujud tekanan.
Satu-satunya cara untuk mendapatkan tekanan ialah dengan mengamalkan meminum air berais.
Cuma perlu diingat, janganlah minum air ais ketika perut masih penuh dengan makanan atau sejurus selepas makan. Minunlah ais setelah sekurang-kurnagnya 10 minit selepas makan atau jika anda merasakan perut telah menghadamkan makanan yang baru diambil.













































0 ulasan:
Catat Ulasan