Penyakit dan Penyembuhan
Sistem organ atau fisiologi dalam tubuh manusia akan terganggu fungsinya sekiranya ia mengalami keresahan (gangguan emosi) yang berterusan. Sebenarnya keresahan mengujudkan keracunan atau bebanan toksin kepada sistem limfatik dan sistem saraf.
Ini bermaksud bahawa tenaga hanya boleh bekerja pada tahap yang harmoni melalui tarikan elektromagnet di dalam darah.
Ini bermakna walaupun penyakit dianggap sebagai takdir, tetapi sebenarnya manusia itu sendiri yang mencipta penyakit kerana membiarkan jiwanya dilanda keresahan dan bebanan emosi secara berterusan.
Alasannya ialah keresahan adalah tabiat dan kelakuan yang sebenarnya dapat dikawal oleh otak. Umpamanya, semangat jiwa mengganggu perasaan. Perasaan atau emosi pula akan mengganggu mental dan fikiran. Fikiran inlah yang akan membawa kepada keresahan.
Keresahan ini pula akan mengganggu sistem fisiologi tubuh badan yang lama-kelamaan akan menyumbangkan kepada penyakit.
Penyembuhan datang dari dalam tubuh manusia itu sendiri, tetapi hukum alam tidak menafikan bahawa kita perlu ketepatan dalam mencari penawar. Ketepatan itu sebenarnya ialah tenaga dalam bentuk getaran warna yang ada di dalam tumbuh-tumbuhan yang sebenarnya ialah zat tenaga cahaya matahari yang beredar di persekitaran tubuh (aura) sebagai pengimbang aliran tenaga melalui berbagai sistem deria seseorang.
Tabiat Dan Penyakit
(Sumber dari Blog Dr Ariffaizal)KEBOSANAN
Seseorang yang kerap mengeluh berkata seperti
"Bosan" atau
"Bosanlah" atau
"Bosannya" atau
"Boring" atau "I am bored...."
KETIDAKPUASAN
Mereka yang kerap mengeluarkan comment complaint atau
Mengadu domba atau
Sering meluahkan ketiakpuasan hati atau
Melihat sesuatu seperti tidak sempurna atau tidak betul
Menggerakkan jari-jari tangan
Behaviour Therapy yang terbaik sebenarnya ialah melalui solat yang dilakukan dengan tomakninah.
FIKIRKAN : Kenapa terjadi bebanan atau penyakit atau masalah?
Sikap (Sifat) Spiritual, Emosi Dan Mental
Sikap Spiritual, Emosi dan Mental adalah lebih penting dalam memulihkan penyakit fizikal daripada sebarang faktor lain. Malah sikap Spiritual adalah faktor penentu. Faktor terpenting ini jika diselitkan di dalam doa atau sembahyang yang masih dikuasai oleh ketakutan, keraguan atau rasa bersalah hanya akan menghasilkan keputusan yang negatif. Hanya doa di dalam sembahyang yang disokong atau disertai dengan kekuatan spiritual yang mendalam untuk membawa hasil yang positif.
Sikap Spiritual, Emosi dan Mental yang positif sebenarnya akan menentukan anda mengharungi satu suasana kehidupan yang penuh ketenangan atau anda mengharungi di dalam kehidupan yang penuh kesal dan marah.
Cuba anda kaji semula sejarah atau analisa hidup anda.
Adakah anda kekosongan?
Kecederaan lama yang dilupakan
Trauma - emosi
Alahan kepada pemakanan
Penyakit Bosan / Bingung / Fikir Berulang Kali / Hasad Dengki
Resah / Memendam Perasaan / Tidak Sabar / Baran / Putus Asa
Gelisah / Kecewa / Merana / Tidak Cekal / Putus Harapan
Keliru / Tidak Tahu Matlamat / Hilang Arah dan Punca / Buntu
Penyakit dianggap sebagai takdir. Tetapi andalah pencipta penyakit kerana anda membiarkan jiwa anda dilanda keresahan secara berterusan.
Alasannya ialah keresahan adalah tabiat dan kelakuan yang sebenarnya dapat dikawal oleh otak. Umpamanya, semangat jiwa menggangu perasaan. Perasaan atau emosi pula akan mengganggu mental dan fikiran. Fikiran inilah yang akan membawa kepada keresahan. Keresahan ini pula akan mengganggu sistem fisiologi tubuh badan yang lama kelamaan akan menyumbangkan kepada penyakit.
Hubungan Antara Tekanan Dan Sikap Manusia
Tekanan jika dihubungkan kepada sikap manusia adalah lebih kepada bentuk mental dan emosi yang akan mencetuskan tindakan (gerakan / gerak laku) tertentu sama ada yang positif atau negatif. Tekanan yang positif akan memotivasikan seseorang kepada melakukan sesuatu perkara dengan lebih bersemangat, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dengan penuh bertenaga. Dengan ini, imuniti dan sistem antibodi tubuh akan lebih meningkat dan tubuh tidak akan mudah dihinggapi penyakit dan tenaga-tenaga asing yang negatif. Tekanan yang negatif pula akan menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan murung, tidak bersemangat dan putus asa. Tindaknya dalam satu-satu perkara amat lambat dan hidupnya pasif. Jika situasinya semakin tertekan, mungkin ia akan bertindak agresif dan mengganggu orang-orang awam. Keadaan tertekan ini menyebabkan tahap imuniti tubuh menurun dan justeru itu amat mudah dihinggapi penyakit dan diganggu oleh tenaga-tenaga asing yang negatif.
Kajian mendapati penyakit moden yang dihidapi oleh pesakit disebabkan cara berfikir yang negatif seperti melakukan perkara remeh-temeh, berangan-angan dan memikirkan perkara yang sama berulang-ulang kali tanpa mencapai rasa kepuasan yang sebenarnya.
Konsep CVT Dalam Merawat Sel

Pada hakikatnya, semua penyakit boleh sembuh hanya dengan menggunakan kekuatan fikiran (tanpa pengambilan ubat). Dengan menggunakan kekuatan fokus, si pesakit boleh sembuh dengan sendirinya dalam tempoh tertentu. Namun begitu, tidak semua manusia mampu melakukan demikian. Oleh kerana itulah Colour Vibration Therapy menyediakan formula yang dapat memberikan pesakit kekuatan dalam membantunya untuk fokus agar penyembuhan berlaku dari masa ke samasa.

Untuk fokus, seseorang itu perlu sentiasa berada dalam keadaan atau bersifat hening, sabar, ikhlas dan setiap formula yang dirumuskan oleh Colour Vibration Therapy adalah bertujuan untuk menuju ke arah sifat-sifat ini. Apabila si pesakit mempunyai sifat-sifat tersebut, segala kesusahan atau kepayahan yang dilaluinya akan bertukar kepada kesengsaraan kepada kenikmatan. Kehidupan ini akan dilalui dengan lebih seronok dan tidak membebankan.
Apabila pesakit itu menjalani kehidupan ini dengan penuh rasa kesengsaraan, maka masa sel-sel tadi telah dilambatkan, dengan demikian penyakit yang dialaminya terasa seolah-olah sangat lambat untuk sembuh. Sebaliknya jika pesakit itu menjalani kehidupan ini dengan rasa penuh kenikmatan dan keseronokan, maka masa sel-sel tubuhnya dipercepatkan lalu penyakit yang dialaminya akan cepat sembuh kerana sel-sel tubuhnya mendapat tenaga atau motivasi untuk membaiki diri masing-masing.
Sifat Sel
Setiap sel tubuh mempunyai tugas-tugas yang tertentu dan spesifik. Setiap sel tubuh amat faham akan tugas masing-masing berdasarkan ilmu masing-masing. Ini menunjukkan bahawa sel-sel tubuh amat fokus dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya. Walaupun begitu, sel-sel tubuh juga sangat peka (alert) terhadap pengaruh sekeliling. Ia bersedia pada bila-bila masa untuk menerima dan menjalankan arahan mengejut (interrupt) atau ini akan diberikan oleh hipothalamus melalui isyarat (hormon) yang dihantarkan kepadanya. Jika sel-sel tubuh tidak bersifat hening, segala aktivitinya akan menjadi kacau-bilau dan fungsi-fungsi organ tubuh terganggu. Ini akan menyebabkan berlakunya penyakit (sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit)







Hening
Keheningan (ketenangan) sel-sel tubuh berkerja dapat diperhatikan pada ketika ia menghasilakan antibodi-antibodi yang tepat apabila tubuh diserang bakteria berbahaya. Tidak mungkin sel-sel tubuh dapat melakukan aktiviti-aktivitinya dengan tepat jika ia tidak berada dalam keheningan.
Sabar
Kesabaran sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara sangat teliti dalam aktiviti-aktiviti yang sagat kompleks. Walaubagaimana berat atau sukar sekalipun kerja-kerja itu, sel-sel tubuh tetap akan melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan sehingga berjaya.
Ikhlas
Keikhlasan sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten, sepanjang masa hingga ke akhir hayat tubuh.
Redha
Keredhaan sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa walupun ia dianiaya oleh tuan tubuh. Walau apa pun yang dimakan atau diminum oleh tuannya, tidak kira sama ada makanan atau minuman itu barkhasiat atau tidak, sel-sel tubuh akan tetep menjalankan segala aktivitinya seperti biasa mengikut kemampuannya (dengan penuh redha).


Nukleus Sel dan Gema

Walaubagaimanapun, kerja-kerja sel tetap akan terganggu apabila tuan tubuh tidak dapat mengawal pemikiran dan emosinya pada keadaan yang stabil. Tidak kira sama ada tuan tubuh itu adalah seorang yang paling baik akhlaknya atau yang paling buruk akhlaknya, jika ia sentiasa dpat menguasai atau megnawal pemikiran dan emoisinya, maka aktiviti-aktiviti sel tetap akan dapat berjalan seperti biasa.

Ramses (firaun) ialah satu contoh penzalim yang sentiasa sihat (aktiviti sel berjalan lancar) walaupun dia telah banyak melakukan kekejaman, beliau tidak pernah rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan terhadap orang-orang di sekeliling dan rakyatnya. Kematiannya bukan disebabkan oleh penyakit tetapi disebabkan oleh kemalangan (lemas di Laut Merah).

Sel-sel tubuh akan terus melakukan aktiviti-aktivitinya walaupun ia dimanipulasikan untuk tujuan tertentu. Sebagai contohnya ialah seperti apa yang berlaku dalam proses pengklonan gen. Dalam proses pengklonan, DNA daripada haiwan dewasa diambil dan disenyawakan dalam rahum ibu tumpang haiwan betina. Pada waktu ii sel yang telah disenyawakan itu akant erus membahagi sehingga terbentuklah janin yang serupa dengan haiwan dewasa yang telah diambil DNA nya tadi.
Para saintis sehingga sekarang merasa pelik bagaimana sel yang telah disenyawakan tadi boleh membahagi sehingga terbentuknya janin. Kekeliruan pada saintis ini adalah disebabkan mereka tidak menyedari bahawa setiap sel mempunyai rohnya dan roh ini akan terus menjalankan aktiviti-aktivitinya apabila sampai waktu resonan.

Jestru bagaimana tindakan-tindakan itu berlaku tanpa arahan atau isyarat dari luar yang sebenarnya adalah gema yang suci. Jika tidak sesuatu ruang yang mampu ditembusi sehingga mampu memantulkan semua gema menjadi cahaya, bunyi dan kristal, maka itulah nukleus sel atau roh! Jelaskan masa itulah roh dan nukleus sel.
Asas Sistem Tubuh Manusia
Kajian dan penemuan terhadap sistem anatomy tubuh manusia oleh Colour Vibration Therapy tanpa perlu menolak ilmu biology adalah faktor utama yang menjadikan ikhtiar untuk merawat penyakit menjadi mudah dan memecah kebuntuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan kesihatan. Berbeza dengan rawatan klasik (allopathic medicine), mereka terpaksa menolak sebahagian teori dan fakta biology untuk memenuhi disiplin dan etika amalan farmasutikal. Akibatnya akan berlaku kecelaruan atau sukar untuk memahami bidang fisiology tubuh kerana setiap sel itu bernyawa, berfikir, mempunyai karektor dan mempunyai tenaga (yang diistilahkan dengan "masa"). Elemen ini (nyawa, fikir, karektor, tenaga) mempengaruhi keadaan kesihatan sel (tisu, organ, sistem, tubuh) itu sendiri.
Cuba kita lihat sebatang pokok, umpamanya. Sebatang pokok kita melihat ianya sebagai sebatang pokok yang lengkap. Tetapi jika kita benar-benar melihat secara dekat, sebatang pokok itu terdiri daripada cabang-cabang dahan. Dan sebatang dahan itu pula terdapat begitu banyak pula ranting-ranting. Dan daripada ranting-ranting itu tumbuhnya dedaun yang merimbum hijaunya. Maka, analogi yang sama digunakan apabila melihat sistem tubuh manusia.Sistem tubuh manusia adalah terdiri daripada sistem yang mengandungi organ-organ, yang mana setiap organ terdiri daripada pelbagai jenis tisu. Dan jika kita ambil satu contoh tisu, dan apabila kita melihatnya di bawah misroskop, kita akan dapat melihat berjuta sel pula. Dan sel ini sebenarnya boleh dibesarkan lagi untuk dilihat dengan lebih dekat lagi. Setiap sel mengandungi molekul yang terdiri daripada komponen yang lebih kecil lagi iaitu atom.
Suatu atom adalah unit terkecil yang membentuk sesuatu benda. Beginilah rupa bentuk atom : (gambar mempunyai kesilapan - akan dibetulkan kemudian)
Bulatan hijau dan merah di tengah-tengah adalah neutron dan proton. Kedua-duanya membentuk nukleus. Bulatan biru pula adalah elektron dan cincin hitam menunjukkan bagaimana eletron mengelilingi nukleus.
Proton mempunyai caj elektrik positif dan neutron pula mempunyai caj elektrik neutral. Nukleus ini iaitu gabungan proton dan neutron inilah membentuk berat bagi atom. Kitaran yang sangat laju mengelilingi nukleus oleh elektron yang sangat kecil dan ringan mempunyai caj elektrik negatif. Suatu atom akan mempunyai jumlah yang sama akan eletron (caj negatif) dan proton (caj positif) bagi menjadikan atom ini secara elektriknya neutral. Suatu tenaga yang sangat kuat, yang dikenali sebagai tenaga nuklear, akan memegang proton di dalam nukleus.
Elektron ini membuat kitaran mengelilingi orbitnya sebagaimana bumi mengelilingi matahari.
Atom bagi berbagai elemen mempunyai berbagai beza nukleus. Atom hidrogen hanya mempunyai 1 proton dan tiada neutron. Atom nitrogen pula mempunyai 7 proton and 7 neutron.Elemen berat mempunyai jumlah proton dan neutron yang besar. Sebagai contoh, uranium-238 mempunyai 92 proton and 146 neutron bagi membentuk nukleusnya. Gambar di bawah adalah atom karbon dengan 6 proton, 6 neutron and 6 electron.
Gambar di atas adalah contoh bagi satu atom oksigen. Terdapat 8 elektron yang mengelilingi nukleus. 8 elektron ini, 6 elektron berada di orbit luar, dan 2 elektron di dalam.
Perkaitan Kehilangan Elektron dengan Radikal Bebas
Maka bagi atom oksigen ini, caj eletriknya neutral dan seimbang apabila eletron (caj negatif) dan proton (caj positif) adalah sama. Atom oksigen seimbang caj eletriknya di dalam keadaan 8 elektronnya yang mengelilingi nukleus yang terdiri daripada 8 proton. Tetapi, apabila atom oksigen ini kehilangan satu elektron, maka hanya tinggal 7 elektron dan 8 proton - ini membentuk caj positif. Apabila berlaku lebihan 1 elektron pula, maka atom oksigen mempunyai 9 elektron dan 8 proton - maka ini membentuk caj elektrik negatif pula.
Berlaku radikal bebas apabila berlaku kehilangan elektron. Bagi contoh atom oksigen ini, berlaku radikal bebas oksigen. Ini bermakna radikal bebas ini akan berupaya untuk menarik elektron daripada atom yang lain pula. Pengambilan atau rompakan elektron ini akan menyeimbangkan semula radikal bebas tadi dan tidak lagi bersifat radikal bebas.Radikal bebas bersifat sangat reaktif kerana perlu melengkapkan semula elektron yang telah kehilangan. Maka radikal bebas akan bertindak dengan menyerang atom dan molekul lain. Tindakan yang begitu agresif inilah yang memberikan bahaya kepada sisten kehidupan.
Sifat radikal bebas yang sangat reaktif dan agresif yang begitu mementingkan dirinya untuk memenuhi keperluan dirinya. Berlaku rompak merompak hingga tidak dapat dikawal. Ini kerana, atom dan molekul lain yang telah dirompak akan kehilangan elektron dan menjadi radikal bebas atau berlaku kerosakan kepada dirinya.
Maka akan terus meneruslah berlaku rompakan antara satu sama lain.Salah satu kerosakan utama yang disebabkan oleh radikal bebas ini berbalik semula kepada radiasi. Dalam erti kata lain, sinar matahari, x-ray atau lain-lain radiasi yang terkena secara terus ke atas tubuh manusia akan membentuk radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini kemudiannya akan merompak elektron daripada atom dan molekul lain untuk meneutralkan diri tetapi membentuk radikal bebas yang lain pula.
Proses ini dipanggil 'kitaran reaksi' kerana satu radikal bebas akan dineutralkan dan membentuk radikal bebas yang lain yang juga akan menetralkan dirinya pula, dan seterusnya. Perlakuan ini walaupun hanya mengambil masa yang sangat kecil ukuran masanya - kurang 1 per berjuta-juta saat bagi setiap atom radikal bebas meneutralkan dirinya, tetapi satu radikal bebas inilah yang membentuk 'kitaran reaksi' bagi berjuta-juta lagi radikal bebas lain yang terbentuk. Setiap kali suatu atom radikal bebas meneutralkan dirinya, maka berlakulah kerosakan kepada sistem tubuh manusia.
(Fikirkan akan radiasi tahap rendah oleh peralatan elektrik yang semakin tidak mampu kita elakkan di dalam dunia serba moden ini. Jangan bimbang... saya juga terdedah kepada peralatan komputer ini sepanjang masa. Saya meminta anda berfikir bukan maksudkan untuk menakut-nakutkan anda. Tetapi untuk membuka ruang kepada pemikiran akan penyelesaian yang akan saya jelaskan nanti.)
Radikal bebas inilah yang menjadi punca kepada semua penyakit, permasalahan (tekanan, kemurungan, bersedih, kecewa, marah, cemburu dan sebagainya), malah proses tua (aging). Di dalam perubatan moden, mereka mengetahui akan hal ini, tetapi oleh kerana tiada ubatan (dadah) bagi merawat radikal bebas ini (melainkan membuang organ yang mengalami kerosakan), maka pakar perubatan terus menerus mengeluarkan ubatan (dadah) yang mana punca kepada bertambahnya lagi radikal bebas dengan pengambilan ubatan tersebut. (Juga bukan untuk menakutkan anda bagi yang sedang mengambil ubatan hospital. Saya juga pernah mengalaminya sendiri.)
Kerosakan Sel
Apabila memikirkan tentang penyakit kronik dan merbahaya, kita selalunya tidak terfikir akan bagaimana ianya berlaku, tetapi hanya melihat kepada luaran yang kita dapat lihat dan rasai. Penyakit yang kita lihat dan rasai tu sebenarnya pada peringkat awalnya adalah apa yang kita bincangkan seperti di atas. Sel adalah unit kehidupan yang terkecil. Ia menjalankan kerja-kerja bagi semua proses yang diperlukan untuk hidup. Sel adalah terdiri daripada molekul dan tubuh kita terdiri daripada sel-sel ini, maka bolehlah dikatakan kita ini adalah terdiri daripada atom dan molekul. Maka apabila berlaku rompakan ke atas atom dan molekul oleh radikal bebas, maka berlaku kerosakan ke atas sel kerana atom adalah unit asas sel.

Sel mempunyai berbagai bahagian, antaranya - nukleus, mitokondria, golgi, ribosomes dan lysosomes.
Setiap bahagian ini mempunyai fungsi tertentu yang sangat penting dalam memastikan sistem tubuh manusia bekerja setiap masa. Semua bahagian di dalam sel ini berada di dalam membran, iaitu dinding sel. Namun begitu, sel boleh mengalami kerosakan apabila radikal bebas dapat menembusi membran ini dan merosakkan DNA dan sistem enzim. Maka berlakulah penyakit.
Masalah terlebih protein
Bagi ahli sukan terutama ahli bina badan, terdapat susu compounded atau yang telah diformulakan supaya kandungan protein di dalamnya menjadi antara 2,000mg ke 10,000mg protein bagi setiap gelas. Kebanyakkannya mereka selesa mengambil 5,000mg sehari.
Mitos teori penyerapan makanan
Kebanyakkan pakar nutrisi klasik mendakwa bahawa setiap kali kita mengambil sesuatu makanan, cuma 1/7 atau 14% sahaja yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, mereka akan mencadangkan pengambilan sesuatu makanan digandakan kepada 7 kali. Jika kita mengambil keperluan susu setiap hari yang memerlukan 20mg sehari, maka 14% daripada segelas susu ialah 28mg. Kemudian mereka menyarankan agar ia diambil dua kali ganda untuk mendapatkan jumlah yang sama diperlukan oleh ahli sukan dan buruh kasar dengan alasan supaya kita menjadi cergas seperti mereka. Akhirnya mereka mencadangkan pengambilan dua gelas susu sehari. Oleh itu, kiraannya menjadi 56mg sehari! Jumlah ini melebihi keperluan seorang ahli sukan dan buruh kasar.
Tubuh memproses dan menyahkan lebihan protein
Protein yang mencukupi akan digunakan untuk membina sel. Tetapi protein yang berlebihan akan diproses untuk menukar bentuk ikatannya dan dihantar ke tempat-tempat tertentu.Organ yang sihat akan dapat menyingkirkan protein dalam bentuk urin (air kecing) di dalam darah melalui buah pinggang. Kegagalan tubuh untuk memproses protein dengan baik akan menyebabkan ia menjejaskan tubuh.
Sakit bawah lengan

Protein yang kekurangan unsur hydrogen (daripada sumber air) akan menjadi tepu. Protein tepu akan mudah membentuk lemak. Lemak daripada protein akan disimpan di bawah kulit. Tetapi terdapat juga lemak yang terkumpul di saluran darah. Bahagian yang paling utama menerima darah ialah bahu dan lengan. Biasanya mereka yang mengambil protein berlebihan akan merasa sakit di bawah lengan terutama lengan sebelah kanan. Jika masalah protein berlebihan disertai dengan masalah kolestrol berlebihan, maka ia akan menyebabkan sakit di lengan sebelah kiri.
Punca kutil, ketuat dan tahi lalat

Ikatan proten yang membentuk lemak di dalam system limpatik boleh tersekat di bahagian bawah kulit. Akibatnya terbentuklan tahi lalat. Penimbunan yang lebih besar akan membentuk ketuat dan kutil. Pembetukan ini biasanya sukar untuk surut semula atau ia dipanggil pembentukan kekal. Sebaliknya ia akan terus bertambah besar sekiranya pengambilan protein berterusan.
Faktor jerawat
Pembentukan jerawat tidak sama seperti punca kutil, ketuat dan tahi lalat. Jerawat terbentuk didalam liang roma di bawah kulit. Kulit sebenarnya berkeupayaan mengawal penghasilan kelembapan dan minyak. Hempedu (NW14) yang lemah akan menyebabkan kulit gagal mengawal kelembapan dan penghasilan minyak. Akibatnya apabila liang roma tersekat degan habuk dan kotoran, pembiakan bacteria terjadi dan system limpa akan mengalirkan sejumlah protein untuk mengawalnya. Tetapi kandungan protein yang berlebihan akan menjadikan proses penstabilan tidak berlaku dengan baik malah bacteria akan terus membiak hingga menyebabkan protein akan ditambah di bawah kulit. Akibatnya terbentuklah jerawat yang besar. Saiz dan jenis jerawat bergantung kepada jumlah protein yang sihasilkan. Sepatutnya protein membantu bertindak sebagai antibiotic tetapi sebaliknya bertindak sebagai makanan kepada bacteria hingga mengakibatkan jerawat terbentuk dengan lebih besar.
Selaran cahaya matahari atau kegelapan kulit

Protein yang berlebihan yang disimpan di bawah kulit dalam bentuk asid lemak ialah bahan yang mudah teroksida. Cahaya matahari boleh menyababkan protein teroksida dengan mudah. Pengiksidaan protein akan menjadikannya mudah bertukar kepada warna yang gelap atau kehitaman.
Mereka yang mengambil makanan tinggi protein akan mudah terselar atau menjadi gelap apabila trededah dengan cahaya matahari.
Obesiti dan masalah berat badan

Lemak yang berlebihan terkumpul di bawah kulit lama-kelamaan akan turut bertimbun jauh dari kulit. Kegagalan hati untuk memproses semula lemak yang tebentuk boleh menyebabkan berat badan bertambah dan menyebabkan masalah obesity.
Masalah buah pinggang
Organ yang pertama akan menyahkan protein ialah Buah Pinggang (NW13). Kehadiran protein yang terlalu tinggi akan menyebabkan buah pinggang terbeban dan tidak cekap. Akibatnya akan terbentuk plug atau karang di bahagian dalam buah pinggang. Selain buah pinggang, saluran uretra dan ureter serta pundi kencing dan prostat akan terganggu. Antara symptom yang muncul akibat daripada masalah ini ialah masalah membuang air kecil seperti kerap kencing, tidak tahan untuk membuang air kecil dan kencing malam. Jika masalah prostat terganggu disertai dengan kelemahan kelenjar adrenal, maka akan terjadi masalah kencing tidak lawas dan terkucil.
Kekuatan kelenjar adrenal bergantung kepada tenaga daripada Buah Pinggang (NW13). Kelenjar adrenal yang terjajas akibat daripada bebanan protein di buah pinggang akan menyebabkan isyarat elektrik yang berfungsi menjaga kecemasan tidak dapat dikawal oleh kelenjar adrenal. Masalah daripada kelenjar adrenal akan menyebabkan symptom berkaitan dengan kecemasan dan masalah berkaitan seksual. Jika berlaku kebocoran isyarat elektrik, seseorang akan mudah klimaks. Jika kehabisan isyrat elektrik, seseorang tidak dapat klimaks atau lemas.
Anda boleh menguji tenaga elektrik di kelenjar adrenal dengan cara menyucuk pinggang seseorang. Jika dia mudah terkejut, ia menunjukkan tenaga elektrik mencukupi. Jika tiada tindak balas, ia menunjukkan kelenjar adenal terjejas akibat terlebih protein.
Masalah IQ tinggi
Hati (NW12) ialah organ yang pertama memproses protein. Tetapi apablia protein berlebihan, hati akan terbeban dan mengganggu pemikiran kreatif. Akibatnya tahap IQ akan meningkat. Antara tanda disebabkan oleh masalah ini ialah pemikiran menjadi buntu, lurus bendul dan setiap yang dilakukan tidak mendatangkan hasil.
Apabila IQ (intelligent quotient) tinggi, maka akan berlaku masalah kekurangan EQ (emotional quotient). IQ ialah keupayaan menggingat dalam bentuk trouma. Ingatannya menjadi kekal dan tidak dapat diperbaharui. Jika keupayaan IQ digunakan untuk menghafal, hafalan tersebut kuat tetapi bersifat sementara.
Bagi pelajar, mereka yang mengambil protein berlebihan tidak seimbang pencapaian bagi semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang terbaik pula tidak menacapai tahap cemerlang dan sempurna. Walaupun mereka mendapat markah tinggi dalam sesuatu mata pelajaran, tetapi mereka tidak memahami hakikat sebenar tentang apa yang dipelajari dan ia tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
IQ yang tinggi akan menyebabkan seseorang kurang penhayatan dan menghargai orang lain. Pelajar yang tinggi IQ nya akan mudah menjadi keras kepala dan degil. Di dalam kelas mereka suka mencari kesalahan gurunya.
Walaupun IQ menjadikan seseorang itu dapat mengingat melalui hafalan, tetapi hafalan tersebut ialah kesan trouma akibat daripada paksaan. Kesan ini tidak dapat diperbaharui dan boleh menjadi ingatan jangka pendek, tetapi akan terimbas kembali dalam tempoh jangka panjang apabila berlaku rangsangan peristiwa.
Sebagai kesimpulan, di bawah ini ialah jadual perbezaan antara IQ dan EQ;
| Emotional Quotient | Intellectual Quotient |
| Belajar melalui penghayatan dan pemahaman | Belajar melalui hafalan |
| Pengalaman jangka panjang | Ingatan jangka pendek |
| Menghargai dan memahami orang lain | Memberi keutamaan kepada diri sendiri dahulu |
| Tidak begitu terserlah dalam pelajaran tetapi bekerja dengan rajin sebelum diminta | Cemerlang dalam pelajaran tetapi keras kepala dan degil |
| Turut mencadangkan jalan kerja dengan kreatif | Lurus bendul jika menurut perintah |
| Bekerja lebih masa dan menggandakan kerja | Bekerja dengan jalan pantas atau seperti yang dikehendaki sahaja |
| Memperbaharui pengalaman | Dihantui peristiwa |
| Menganalisa dengan terpeinci | Mengekstrak isi penting |
| Yakin dengan pengorbanan | Terpaksa menipu untuk selamat |
| Perkara yang jelas salah, dihindari | Matlamat menghalalkan cara |
Pelupa
Kebanyakan sumber protein mempunyai radioisotope 12 iaitu sifat logam berat yang mudah teroksida, punca kanser dan membebankan kelenjar untuk menghasilkan hormone. Kelenjar memerlukan mineral untuk membantu menghasilan hormone. Tetapi kehadiran logam berat akan mengganggu fungsi kelenjar. Kelanjar yang paling terjejas ialah kelanjar Pituitary (NW2). Kelenjar Pituitary (NW2) berperanan menjaga ingatan jangka panjang yang boleh diperbaharui.
Pengambilan protein berlebihan akan menyebabkan penigkatan IQ tetapi hakikat sebenarnya kurang daya ingatan segar atau ingatan mutlak yang boleh diperbaharui dan tertakluk kepada penghayatan dan rasa menghargai orang lain.
Mata silau
Faktor Gout
Protein adalah besifat asid. Apabila protein hadir berlebihan dalam darah, ia akan ditukar menjadi asid lemak untuk disimpan. Tetapi asid lemak berlebihan akan ditukar menjadi uric asid dalam darah untuk disingkirkan oleh tubuh.
Jika uric asid berlebihan tidak dapat disingkarkan, ia akan terkumpul di bahagian kaki. Ketika tidur, uric asid akan terperangkap di bahagian bawah tapak kaki. Simptom seperti sakit di tumit ketika bangun dari tidur ialah tanda awal terjadinya gout.
Mudah demam
Pankreas (NW15) akan merembeskan glycogen untuk menutralkan uric asid berlebihan. Tetapi jika uric asid wujud dalam kuantiti yang banyak, pancreas akan terbeban sehingga menyebabkannya menjadi lemah. Pankreas dikawal oleh bahagian otak yang juga berfungsi sebagai pusat Kawalan Suhu (NW7). Kelemahan di bahagian Pankreas (NW15) juga akan menyebabkan pusat Kawalan Suhu (NW7) menjadi lemah.
Kekuatan pusat kawalan suhu (NW7) akan memastikan tubuh mudah menghadapi perubahan suhu persekitaran. Jika suhu badan tidak dapat dikawal akibat terdedah dengan hujan atau panas terik akan menjadikan tubuh tidak dapat mencegah jangkitan bacteria punca selsema dan demam.
Mereka yang mengambil protein berlebihan akan kerap mendapat demam sekiranya terdedah kepada panas atau hujan. Sekiranya kelemahan di bahagian pusat Kawalan Suhu (NW7) disertai dengan system darah yang lemah, maka seseorang mudah mendapat jangkitan demam denggi, demam malaria, demam urat dan sebagainya.
Punca kemiskinan
Kemajuan terjadi serentak dengan daya pemikiran yang maju (The Law of Attraction dan Hukum Keseimbangan). Dengan cara pemikiran yang buntu seeorang itu amat jauh daripada daya pemikiran kreatif yang akan memajukan diri. Pengambilan protein tinggi hanya akan menyebabkan kesempitan hidup.
Masa akan menjadikan seseorang itu maju dan bebas daripada kongkongan. Protein ialah logam dan jisim yang akan terperangkap dengan tarikan gravity.
Protein yang diperlukan
Protein yang diperlukan oleh tubuh ialah protein radioisotope 14. Sumber protein 14 ialah ikan, susu kambing dan susu unta. Kandungan protein dalam sumber ini ialah ideal iaitu kurang daripada 50mg bagi setiap hidangan iaitu seekor ikan dan segelas susu kambing atau unta.
Mitos keperluan protein
Protein yang berlebihan dalam badan sebenarnya boleh meresap terus di dalam tubuh tetapi tidak akan bersenyawa dengan kromosom pada DNA dan RNA sel. Resapan protein ini akan menyebabkan sel akan kelihatan gemuk dan segar, tetapi tidak mempertenagakan sel. Sesuatu organ yang menerima protein yang banyak masih mampu merembeskan sesuatu enzim, contohnya rembesan insulin daripada pancreas. Inilah sebabnya sesetengah orang mendakwa susu awal lembu atau susu yang mengandungi lebih IGG ini membantu mencegah masalah diabetes atau kencing manis.
Insulin hendaklah dirembeskan mengukut isyarat rembesan yang dihantar oleh otak supaya gula dapat dicernakan dengan sempurna dan insulin dapat dirembeskan pada kadar yang tepat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kadar insulin didapati meningkat setelah pengambilan susu tinggi protein, tetapi insulin ini tidak dapat mencernakan keseluruhan gula yang terdapat dalam tubuh secara semua jadi disebabkan rembesannya tidak secara semula jadi.
Insulin yang dihasilkan terlalu banyak dalam tubuh akibat daripada masalah ini bukan sahaja tidak dapat mencernakan gula dengan efisyen, malah lebihannya akan menjadi punca gastric kerana ia bersifat menghakis dinding-dinding perut.
Selain pancreas, organ-organ lain seperti Perut, Hati dan Limpa (NW12), Buah Pinggang (NW13), Hempedu (NW14) juga akan menjadi (seperti yang paling sesuai diistilahkan sebagai) gemuk. Tetapi tidak bertertenaga malah menjadi lemah. “Kegemukan” organ-organ ini hanya akan menjadikan rasa sakit di bahagian tersebut menjadi terhalang. Hubungan organ ini dengan tulang belakang akan menjadikan rasa sakit belakang hilang untuk sementara waktu.
Janganlah jadikan kedua dua alasan ini (merawat diabetes dan sakit belakang) sebagai sebab untuk seseorang itu mengambil susu tinggi protein. Kemudaratannya lebih buruk daripada manfaat yang ada.




























0 ulasan:
Catat Ulasan