Pengumuman

Di atas kesibukan pengajian, saya menumpukan perhatian dan fokus kepada pengajian saya ketika ini. InsyaAllah di lain masa saya akan aktif semula di dalam perawatan ini. Terima kasih. Salam kejayaan buat semua.

Selamat datang dan sudi-sudikan....

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh buat semua...

Diharapkan blog ini dapat membantu individu, pelajar mahupun ibu bapa atau guru/ pensyarah/ pengajar dalam memahami potensi diri dengan mengenali rahsia Warna Diri dan bagaimana Colour Vibration Therapy membantu dalam penyelesaian ke arah kecemerlangan diri.

Saya juga berharap blog saya ini yang dipenuhi ilmu dan maklumat dapat mengisi ruang ilmu. Sekurang-kurangnya bagi mencapai salah satu objektif saya iaitu pengisian masa dengan ilmu yang bermanfaat dan merangsang daya fikir kreatif.

Nota : Di dalam blog ini, saya banyak merujuk kepada pengisian pengkajian Dr Ariffaizal di blog RawatanKesihatan.

Sila layari juga sisi tepi kiri laman blog ini hingga ke bawah bagi koleksi siri motivasi.

Sila membaca menggunakan susunatur pembacaan seperti yang dinyatakan di sisi tepi kiri ini....

Isnin, 2008 Mei 19

Cabaran Kepada Pemajuan Kecemerlangan Akademik Dan Sahsiah Pelajar Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi

CABARAN KEPADA PEMAJUAN KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH PELAJAR MELAYU DI INSITUSI PENGAJIAN TINGGI


PENDAHULUAN

Isu mengenai prestasi pelajar Melayu di Institusi Pengajian Tinggi telah lama menarik perhatian banyak pihak. Kajian dan seminar diadakan bagi mencari sebab mengapa pelajar Melayu tidak mencapai tahap kecemerlangan seperti yang diharapkan. Terlalu banyak faktor yang dikemukakan dan dianalisis mengapa perkara ini berlaku. Ada yang mengaitkannya dengan faktor genetik, persekitaran, budaya, sikap kebergantungan, orientasi hidup, pola psikik, tekanan (stress) dan berbagai lagi. Dan, bagi saya sendiri merasakan terdapat korelasi yang rapat di antara sikap, perwatakan dan sahsiah mengenai kecemerlangan pelajar Melayu itu sendiri adalah masalah-akar yang perlu ditangani.


FOKUS SUBJEK

Berbicara tentang sahsiah dan personalia, ianya tidak harus disempitkan dalam batas yang bersifat zahiri atau fizikal semata. Sahsiah dan personalia bukan hanya memperlihatkan bentuk luaran tetapi merangkumi aspek isi (dalaman) dan kelakuan. Sahsiah dan personalia mencakup pembentukan watak yang menampilkan kecemerlangan intelek dan ilmu, keteguhan rohaniah dan ketangkasan jasmaniah. Faktor-faktor ini sangat penting kerana corak cabaran kini dan masa depan bukan berligar sekitar persoalan ilmu dan sains sahaja tetapi menyangkut faktor-faktor kemanusiaan, nilai, etika dan juga peradaban. Secara kuantitatif faktor akademik boleh diukur tetapi faktor kualitatif yang bersifat kelakuan memerlukan pendekatan yang tersendiri untuk mengukurnya.

Lazimnya pencapaian akademik menjadi ukur tara mutlak bagi subjek ini. Tumpuan lebih banyak diberikan kepada gejala (simptom) daripada suatu proses. Tidak banyak fokus diberi kepada akar-masalah kepada isu berbangkit. Biasanya pendekatan gejala ini lebih menghasilkan kecenderungan menghukum dan menyalah. Pendekatan akar-masalah tidak selalu dijadikan asas sehingga menyebabkan kita hilang simpati dan ianya memberi kesan psikik yang parah kepada umat Melayu.

Pendekatan akar-masalah sekiranya dilakukan dengan lebih komprehensif tidak sahaja boleh memberi jawapan terhadap subjek yang berbangkit tetapi dalam masa yang sama mengundang pendekatan holistik iaitu menyeluruh secara jangka pendek mahupun jangka panjang.

Faktor genetik, persekitaran keluarga dan tempat tinggal, sistem penjadualan dan ulangkaji, masalah sosio-ekonomi, kualiti makanan dan pemakanan, kualiti guru atau pengajar, metodologi pengajaran-pembelajaran, proses pemantauan pelajar yang bermasalah, faktor-faktor gangguan dalam diri dan luar diri pelajar, kekuatan dalaman yang dimiliki, faktor daya-saing dan daya-tahan, sindrom kebergantungan, perangai selesa dan sikap secukup hidup adalah faktor akar-masalah di kalangan pelajar Melayu yang memerlukan kajian mendalam. Dapatan daripada kajian-kajian ini pasti ada kaitannya dengan proses pembudayaan yang dilalui oleh oleh para pelajar. Kesan pembudayaan ini banyak mempengaruhi gaya, sikap, keyakinan dan halatuju mereka di dalam dunia pendidikan dan pembelajaran.

Faktor kedua yang seharusnya ditumpukan terhadap faktor berbanding di kalangan pelajar Bukan Melayu khususnya pelajar Cina. Apakah yang telah menyebabkan pelajar Cina selalu dikatakan cemerlang dan mempunyai daya saing, daya tahan dan komitmen yang tinggi terhadap pelajaran. Apakah faktor-faktor yang menyumbang terhadap kejayaan mereka dalam subjek Matematik dan Sains. Apakah ia berpunca dari tradisi, pembudayaan, sajarah, sosio-politik-ekonomi, psikik bangsa ‘kelas-kedua’, budaya kerja, genetik, makanan dan pemakanan atau sebab-sebab lain. Hal ini sangat penting dikaji supaya faktor-faktor berbanding yang positif boleh kita jadikan asas membentuk dasar dan pendekatan ke arah mencapai kecemerlangan di kalangan pelajar Melayu.

Pernah kedengaran isu pelajar Melayu di sekolah Cina menunjukkan percubaan di kalangan ibu bapa dan pelajar Melayu meninggalkan aliran kebangsaan memasuki budaya pengajaran-pembelajaran yang mereka percaya mampu menjadikan mereka berjaya dalam subjek Sains dan Matematik. Katakan kajian dibuat dan didapati sebahagian besar pelajar Melayu mendapat markah cemerlang, bukanlah faktor Melayulah yang menjadi pelajar Melayu lemah tetapi faktor budaya kerjalah yang sebenarnya mengubah keadaan. Sebaliknya jika kajian mendapati tahap pencapaian pelajar Melayu masih juga di tahap lama walaupun menerima pendedahan di sekolah Cina, bukanlah faktor budaya kerja yang menjadi isu, tetapi faktor pelajar Melayu itu sendiri yang harus dilihat.

Fokus ketiga dalam subjek ini ialah melihat natijah pendidikan secara holistik. Pendidikan bukan sekadar suatu proses pemindahan ilmu, ketrampilan dan pengalaman semata. Lebih jauh dari itu, pendidikan adalah proses transformasi diri. Proses ini adalah penting bagi matlamat pendidikan di negara kita yang ingin menjadikan seseorang itu berilmu, berketrampilan dan bersahsiah tinggi. Menghasilkan watak dan personalia begini memerlukan pendekatan yang amat integratif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya suatu kerja besar yang memerlukan perancangan dan proses bina insan yang tersusun rapi. Matlamat melahirkan ‘insan seimbang dan harmonis’ melibatkan natijah pendidikan yang holistik yang mengambil kira kecemerlangan akademik, bakat kepimpinan dan kepengikutan yang tinggi, potensi berfikir dan berimaginasi kreatif yang baik, kekuatan nilai yang mantap dan bersikap terbuka terhadap faktor-faktor perubahan.

Perkara pemajuan prestasi kecemerlangan di peringkat Pelajar di Institusi pengajian Tinggi ini pula, sekiranya faktor di atas menjadi matlamat pendidikan kita, maka harus disemak kembali pula setakat mana keberkesanan proses pendidikan yang berlaku di tahap Taman Asuhan Kanak-Kanak, di Sekolah Rendah dan juga di Sekolah Menengah. Pendidikan di peringkat awal dan Menengah ini amat penting bagi menanam dan mengukuhkan asas dan proses pengajaran dan pembelajaran. Minat dan bakat mudah dipupuk di peringkat awal pendidikan . Keciciran sering berlaku di peringkat ini lagi hingga menyebabkan pelajar Melayu terus lemah atau gagal di peringkat tinggi. Di Barat, tumpuan dan kajian banyak diberikan kepada aspek pedagogi dan perkembangan kurikulum di peringkat paling Rendah hingga Menengah supaya ianya mengurangkan faktor keciciran dan dalam masa yang sama ianya menghasilkan proses kesinambungan yang baik di peringkat yang lebih tinggi nanti.

Oleh kerana aspek sahsiah dan personalia mempunyai hubungan rapat dengan faktor falsafah dan nilai dalam pendidikan, matlamat pendidikan tidak hanya ingin melahirkan kecemerlangan akademik di kertas sahaja tetapi didukung bersama dengan kecintaan kepada ilmu dan kepentingan sahsiah yang tinggi bagi membina personalia yang mampu menghadapi cabaran.


TITIPAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN DIDIKAN AGAMA

Falsafah Pendidikan Negara menggariskan dengan jelas matlamat pendidikan berhasrat melahirkan watak ‘insan seimbang dan harmonis’. Pendidikan agama yang diajarkan kepada para pelajar sejak dari awal sistem pendidikan lagi mempunyai matlamat bagi melahirkan pelajar yang teguh akhlaknya dan dalam masa yang sama cemerlang ilmunya. Soalnya dalam realiti pengajaran-pembelajaran setakat mana kesan pembangunan sahsiah berkait rapat dengan faktor falsafah dan didikan agama?

Faktor falsafah memberi arah tuju terhadap matlamat pendidikan dan pendidikan agama adalah sebagai alat mengolah sahsiah dan personalia supaya ilmu dan ketrampilan yang dipindahkan mampu membentuk watak yang teguh dan kukuh. Watak yang teguh dan kukuh adalah perlu bagi menghadapi pelbagai bentuk cabaran terutama di dunia yang semakin moden ini. Tanpa kekuatan ini ia akan terus meletakkan umat Melayu terus berada dalam mediokriti dan akhirnya menjadi parasit kepada perubahan dan kemajuan.

Meski faktor Falsafah Pendidikan Negara dimetrikan sebagai asas dalam Akta Pendidikan Negara 1996, kesan menyuluruh daripada pelaksanaannya belum dilihat secara secara jelas terutamanya dalam pembentukan watak biarkan 16 nilai-nilai murni telah dijadikan paksi merentasi kurikulum dan ko-kurikulum. Peruntukan waktu belajar subjek Agama Islam yang agak wajar dan keperluan lulus Fardhu Ain sebagai syarat lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih belum mampu melahirkan peribadi teguh yang tahan mendepani karenah zaman. Faktor falsafah dalam setiap subjek yang diajar dan kurikulum yang disampaikan masih bersifat konsep dan tidak dapat dihayati dan difahami sepenuhnya. Pendekatan ‘down to earth’ yang lebih realistik harus menumpu ke arah pendekatan yang lebih transformatif dan mampu membentuk sahsiah tinggi.

Adakah perkara ini berlaku lantaran kelemahan dan metodologikal di peringkat proses pengajaran dan pembelajaran dalam menyampaikan maksud falsafah, nilai dan agama? Pendekatan yang bercorak konsep dan bukan pemahaman malah amat sedikit yang berbentuk model contoh yang mampu menjadi sumber ikutan dan teladanan. Faktor falsafah tidak diterjemah dengan baik dalam konteks sahsiah pendidik, kualiti kurikulum, buku teks dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Faktor agama dan nilai lebih banyak diungkapkan secara terbatas dan kurang mampu membentuk sahsiah dan personalia.

Adakah isu ini harus disemak kembali dengan Kementerian Pendidikan menyusun semula kurikulum dan pendekatan Pendidikan Islam agar konteks membangun semula skima pendidikan ini berlaku di semua peringkat dengan mengambil kira aspek-aspek yang disebutkan di atas?

Pendidikan Islam sewajarnya menjadi teras dalam membangunkan sikap mental, cara berfikir, keinsafan diri, ketahanan perjuangan dan faham tentang halatuju realiti zaman yang pantas berubah. Faktor Pendidikan Islam harus mampu mencetuskan pemikiran ke arah idea-idea tamadun di mana faktor akidah tidak hanya difahami sebagai asas kepercayaan yang abstrak sifatnya tetapi dihubungkaitkan dengan faktor alamiah dengan segala macam dimensi. Penerapan Pendidikan Islam tidak hanya dalam batas bahasa Al Quran iaitu Bahasa Arab tetapi sebagai alat keteguhan berbahasa yang mampu menukil ilmu (pentingnya kefahaman tafsiran Al Quran), yang mampu merentasi disiplin ilmu yang lain, yang membolehkan konsep Sains Quran dan Sunnah Hadith releven dengan perkembangan semasa, agar dapat dikembangkan bagi menangani persoalan supaya pelajar Melayu mempunyai persiapan yang cukup mendepani gejala kerosakan akidah. Pendidikan Islam juga haruslah mampu menyediakan minda pelajar dengan input ilmu yang berkembang sehingga memiliki keupayaan menjawab persoalan baru yang sedang berkembang dalam dunia Sains yang semakin menceroboh alamiah ini.

Oleh itu titipan falsafah dan didikan agama mestilah merentasi sifatnya. Ianya harus diolah secara bijak dan menyeluruh supaya kesannya mampu mengembangkan aspek kurikulum sehingga pelajar Melayu merasakan ada kekuatan dalaman yang mempu merubah cara berfikir, keinsafan diri dan persiapan menghadapi faktor-faktor persaingan setempat dan antarabangsa.


KOMPOSISI KURIKULUM MEMBANGUN SAHSIAH

Komposisi kurikulum yang ideal bagi melahirkan pelajar Melayu bersahsiah tinggi terbahagi kepada lima komponen :

  1. Komponen agama dan sistem nilai yang sifatnya merentasi
  2. Komponen bahasa yang tidak terbatas
  3. Komponen sejarah dan budaya
  4. Komponen Matematik dan falsafahnya
  5. Komponen Sains, teknologi dan ilmu kemanusiaan berteraskan nilai

Komponen agama amat penting dalam apa peringkat pendidikan apa pun. Cabaran kemanusiaan hari ini mesti bersandarkan kepada pendidikan agama yang menyeluruh dan bersifat penghayatan dan pemahaman sebenar sifatnya. Darinya akan lahir nilai-nilai yang sifatnya merentasi dan mampu menghadapi cabaran globalisasi.

Komponen bahasa juga adalah penting sebagai alat ilmu. Kepentingan Bahasa Melayu yang juga dikatakan juga sebagai Bahasa Islam amat penting sebagai asas perkembangan ilmu setempat dan serantau. Bahasa adalah alat dan darinya memungkinkan pelajar Melayu mengetahui dan mempelajari jalur pemikiran dan kekuatan budaya orang lain.

Komponen sejarah dan budaya adalah asas memahami kesinambungan peradaban. Pendidikan pemahaman sejarah dalam pengertian teladanan menginsafkan kita mengapa kita jadi begini dan mengapa kita dulu menjadi umat Melayu yang bertamadun. Pendidikan budaya juga memberi asas kepada faktor perubahan dan kemajuan yang mana pendidikan budaya yang bijaksana menjadikan pelajar Melayu mempunyai jatidiri yang cemerlang.

Komponen Matematik merupakan asas penting ke arah menjana perubahan dan kemajuan supaya kemampuan berfikir pelajar Melayu berkembang atas asas rasionaliti dan saintifik. Matematik dalam pengertian Ilmu Hisab bukan sekadar pengiraan biasa sifatnya tetapi mengandungi falsafah tinggi yang memberikan asas ketepatan, keseimbangan dan kesempurnaan. Ianya diperlukan dalam pembinaan ‘world view’ supaya faktor Matematik yang membawa kita memahami fakor manusiawi yang terbatas, dapat membawa kita ke arah konsep kosmologi rahsia penciptaan Tuhan yang maha luas.

Komponen sains dan teknologi juga adalah alat ilmu yang penting dalam kehidupan. Seperti juga disiplin ekonomi dan pengurusan, komponen sains dan teknologi adalah asas kepada faktor perubahan dan kemajuan. Ianya harus dikembangkan bersama-sama dengan falsafah dan nilai supaya faktor etika dan nilai-nilai kemanusiaan sentiasa menjadi pertimbangan para saintis dan teknologis.

Kelima-lima komponen ini memerlukan metodologi yang integratif supaya asas agama dan nilai yang dikembangkan menjadi pemangkin perkembangan ilmu itu sendiri. Tanpa pendekatan integratif, ilmu dan nilaipasti terpisah, maka alat dan matlamat menjadi bercanggah.

Berdasarkan lima komponen inilah bagaimana saya melihat pendekatan ilmu Colour Vibration Therapy begitu seiring dan sejalan. Penyelesaian akar-masalah dapat diperoleh menggunakan kaedah Warna Diri dan juga penyelesaian kepada permasalahan dengan menggunakan kaedah Keseimbangan Diri.


PEMANTAUAN

Di Institusi Pengajian Tinggi, pembangunan sahsiah dan personalia tidak hanya tertumpu kepada pencapaian dan perkembangan akademik semata. Kepentingan akademik harus merangkum sama kepentingan sikap, nilai-nilai murni, etika dan akauntabiliti terhadap diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah.

Oleh itu pendidikan di kuliah tidak hanya dalam batas ‘exam-oriented’. Pendidikan dalam konteks yang mengambil kira pembangunan hati dan sahsiah agar kekuatan akliah sentiasa dipandu. Pendekatan sebegini yang sepatutnya dituntut kerana cabaran kepimpinan dan kepengikutan, cabaran profesionalisme, cabaran pengurusan dan penyelidikan menuntut personalia yang mampu menghasilkan kecemerlangan. Oleh itu universiti sewajarnya dapat melakukan integrasi antara keduanya.

Dalam konteks kuliah, harus ada pemantauan sejak awal lagi akan prestasi pelajar Melayu. Apabila keputusan semester 1 pada tahun 1 dikeluarkan baik di peringkat Matrikulasi atau Ijazah, perhatian harus diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah dan menghadapi masalah. Mereka mesti dipantau, dibimbing, dikenalpasti akar-masalah dan kemudian sistem ‘mentor-mentee’ atau ‘penasihat akademik-pelajar’ berfungsi dengan baik supaya pelajar yang bermasalah terus dibimbing ke arah yang lebih baik. Begitu juga dengan kemudahan kaunseling dan motivasi juga perlu dilaksanakan dengan kaedah yang lebih berkesan memahami permasalahan pelajar dan meningkatkan semangat pelajar. Bagi pelajar yang cemerlang, mereka juga harus dipantau supaya asas kecemerlangan itu membolehkan mereka mendapatkan ijazah yang terbaik.

Dalam usaha pemantauan ini, penerapan ilmu Warna Diri dan kaedah perawatan Colour Vibration Therapy dapat dilihat dapat memainkan peranan yang penting.


PENUTUP

Subjek pembinaan sahsiah ke arah membangun personalia berwibawa bagi menghasilkan pelajar Melayu yang berpotensi tinggi dalam akademik hendaklah dikaji secara lebih menyeluruh. Memang benar kecemerlangan akademik adalah ukuran terhadap pencapaian, namun pencapaian itu akan lebih bermakna lagi sekiranya kecemerlangan akademik seiring dengan upaya kepimpinan, sikap yang dinamik, budaya tinggi yang menjadi prasyarat kepada kecemerlangan yang sebenarnya di tengah-tengah gelanggang kehidupan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel di atas sumbernya yang saya perolehi sewaktu seketika dulu saya menyertai KOLOKIUM PEMAJUAN AKADEMIK PELAJAR MELAYU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGI 7-10 MEI 2001 DI AWANA GENTING HIGHLAND GOLF & COUNTRY RESORT yang membincangkan permasalahan pelajar Melayu di IPTA. Ianya penulisan Prof Sidek Baba, UIA yang saya tambah sedikit mengenai peranan CVT dan Warna Diri (dalam tulisan italic)

0 ulasan:

Bagaimana untuk mendapatkan perawatan Warna Diri dan Pengamalannya

Peringkat kerja

Perlaksanan / Langkah-langkah yang perlu diikuti

Pencetus akan langkah pertama yang menentukan tindakan kedua dan seterusnya. Dalam bentuk niat daripada hasrat/cita-cita/ tujuan/keinginan dalam mencapai sesuatu. Keinginan dan semangat untuk BERJAYA.

Jika anda bersetuju untuk diagnosis, perlu isikan terlebih dahulu Format Pengisian History Permasalahan :

Merupakan keperluan bagi saya mendapatkan maklumat lebih jelas akan permasalahan.

Saya akan meneliti permasalahan anda.

Setelah itu saya akan menghantar email ‘invitation’ kepada anda memaklumkan bahawa blog atas nama anda telah saya buatkan berserta Diagnosis Pengenalan. Ini adalah LAYANAN ISTIMEWA yang dapat saya berikan.

Kemudian anda boleh membuat tempahan di Tempahan Diagnosis dan Formula :

· Diagnosis : Keseluruhan (Warna Diri, Nombor Diri, Arah Kejayaan, Titik Lemah & Punca, & Konsultansi) RM 96

· Diagnosis : Warna Diri, Nombor Diri & Konsultansi RM 69

Email kepada saya bukti pembayaran.

Pembayaran perlulah dibuat atas nama :

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN

Bank : Maybank No Akaun: 1581 2701 1381

Saya akan sediakan Diagnosis seperti mana yang ditempah dan dipaparkan di blog anda sendiri (capaian hanya saya dan anda sahaja melalui kebenaran yang saya setkan).

Menemui jalan/ kaedah/ cara/ metod Berikan sepenuh jiwa dan minat

Memahami kecenderungan, kebolehan, personaliti positif & negatif kelemahan dan kebolehan diri, ragam dan perwatakan,serta terapi untuk diri. Potensi, kapasiti, ancaman dan peluang & strategi ke arah kejayaan.

Segala maklumat kesihatan terkandung di dalam blog anda sendiri. Malah sekiranya anda ingin aktif di blog anda ini, saya akan berikan kebenaran bagi membolehkan anda mengendalikan blog anda ini. Sebagai contoh anda ingin memetik ilmu daripada blog Warna Diri dan Rawatan Kesihatan yang mempunyai perkaitan dengan diri anda. Maka dengan ini saya dapat merawat anda dan membantu anda menyusun diri dengan ilmu.

Sebarang apa anda rasa atau sebarang perubahan pada diri, boleh ditulis di blog. Ini adalah kaedah moden bagi mengelakkan diri daripada berfikir-fikir berulang kali tanpa penyelesaian dan memendam rasa yang akhirnya mengganggu keseimbangan diri.

Tenaga konsisten. Melalui usaha yang konstan, tetap, diulang-ulang dan berterusan (istiqamah) dengan ilmu tanpa had. Juga tidak menghadkan keupayaan diri. Tidak berganjak dari landasan. Ilmu dalam menyusun dan analisis apa sahaja yang dilihat.

Pemahaman potensi diri melalui Warna Diri dan Nombor Diri. Pengembalian penguasaan keempat–empat level (Spiritual, Emosi, Mental dan Fizikal)

Pemahaman sistem tubuh dan fungsinya. Pemahaman bagaimana perkaitan fungsi antara satu sama lain yang berperanan menentukan apa yang dihasilkan membuahkan kejayaan.

WARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARANBSE, EQ dan Warna Diri menguja diri mencapai potensi diri yang sebenar melalui pemahaman ilmu yang jelas.

WARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARANWARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARAN WARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARANWARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARAN

Diri dan 7 warna pelangi

Keseimbangan organ dan karektor

Kecepatan di dalam perlaksanaan yang menjadikan hasil sepertimana diniatkan, diimpikan dan diusahakan (apa yang dilakukan semua menjadi - berlaku kecepatan luar biasa)

Perancangan dan disiplinkan diri (sikap terus buat). Perlu serius di dalam aspek masa, mengikut arahan dan disiplin yang telah ditetapkan

Beranikan diri berhadapan apa jua.

Tabah dan cekalkan hati.

Penyerahan sepenuhnya setelah berusaha dan tidak resah menunggu hasil.

Pemahaman dan Penggunaan Perspektif Warna dalam Pemakanan

Pemakaian warna mengikut hari yang mewujudkan keperbagaian warna yang harmoni pada alam

Tidak berlaku terlalu terbeban kepada hanya satu warna yang mengganggu keseimbangan sel

Melakukan kerja-kerja yang resonan dengan waktunya bagi hasil yang maksimum dan bertenaga.

Tubuh akan akur akan kehendak diri yang inginkan kejayaan dan kecemerlangan tetapi perlu melalui peringkat Spiritual (Magnitud), Emosional (Amplitud), Mental (Frekuensi), dan Fizikal (Resonan). Kitaran ini akan terus berlaku apabila kita memenuhi keperluan setiap peringkatnya. Namun jika tidak dipenuhi maka kita hanya akan berkitar pada peringkat itu sahaja.

Bagaimana ingin menghubungi saya ?

Saya ingin berkongsi bersama anda untuk menuju kecemerlangan diri dengan membantu diri ke tahap keseimbangan diri.

Anda ingin berjaya dan bermacam cara telah anda lakukan, tetapi anda merasakan mengapa masih juga tidak menyebelahi di pihak anda. Anda tidak mahu semangat anda menjadi pudar dan patah semangat. Bukan diri anda yang mahu keadaan tak bermaya sebagaimana anda hadapi kini. Dulu anda seorang yang penuh bertenaga dan aktif. Kenapa kini seperti satu episod yang lain pula. Anda sendiri tidak memahami kenapa keadaan ini berlaku kepada anda.

Melihat orang lain berjaya, anda pun di dalam sudut hati yang paling dalam juga sebenarnya ingin mengecapi nikmat kejayaan itu. Tidak mampukah anda untuk berjaya seperti mereka juga?

Bagaimana saya ingin bermula?

Colour Vibration Therapy, atau CVT merupakan perawatan pertama seumpamanya di dunia yang dipelopori oleh Prof. Dr. Sir Norhisham Wahab. Beliau telah berjaya menggabung jalinkan getaran cahaya, warna dan bunyi sebagai kunci utama bagi merawat diri daripada hampir keseluruhan jenis permasalahan. Gangguan untuk ke arah kejayaan seperti tekanan, hilang arah dan matlamat, gangguan fokus, keletihan dan kelesuan, tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan lain-lain adalah dikategorikan sebagai penyakit juga.

Malah paling utama CVT bukan sahaja bersandarkan kepada fakta dan pengkajian sains, tetapi ia juga turut menerapkan unsur-unsur Islamisasi ilmu. Perawatan ini membenarkan diri untuk pulih secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Pada ketika perubatan konvensional lebih fokus kepada membuang atau memusnahkan penyakit dan penggunaan dadah yang mendatangkan kesan semula kepada tubuh, perawatan CVT menggunakan formula yang dikaitkan dengan konsep getaran cahaya, warna dan bunyi bagi membantu tubuh badan untuk mencetuskan rangsangan yang menghasilkan enzim dan asid amino yang diperlukan untuk merawat sel-sel yang rosak dan ketidakseimbangan fungsi sistem tubuh.

Penawar bagi permasalahan sebenarnya berada di dalam tubuh. Dan kita sebenarnya berlawan dengan dalam diri kita sendiri yang berupa tenaga negatif yang sentiasa berikhtiar mencari titik lemah agar kita tidak berjaya. Namun, penemuan CVT membuktikan dapat mengaktifkan tenaga negatif agar menjadi penawar dengan menghasilkan keseimbangan dan keharmonian di dalam tubuh secara keseluruhan. Ia membantu mencari titik keseimbangan bagi sel atau organ dan mengembalikan semula tenaga asalnya di mana akan memberikan kuasa penawar bagi sesuatu permasalahan itu.

Semoga anda dapat memanfaatkan setiap maklumat dan ilmu di dalam blog ini dan dapat menyampaikan kepada rakan dan keluarga yang lain.

Bagaimana ingin menghubungi Dr Alya Zara ?

Dr Alya Zara kini berada di United Kingdom. Namun perhubungan komunikasi melalui email dan chat sangat dialu-alukan.
Jika saya online, sila klik butang untuk Yahoo! Messenger
atau, boleh juga jika ingin mesej terus menerusi kotak pesanan: Klik Di Sini Untuk Mesej Kepada Saya
atau, jika ingin terus menjalani diagnosis dan perawatan: Borang Pengisian History Permasalahan atau, juga Email : warnadiri@yahoo.com

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, saya bekerjasama dengan Dr Ariffaizal. Maka beliau akan berurusan dengan pelbagai masalah penyakit. Dan saya akan lebih fokus kepada perawatan permasalahan yang melibatkan motivasi pelajar, ibu bapa, guru dan individu. Sila isikan Borang Pengisian History Permasalahan & Penyakit

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru, 31350 Ipoh. Tel: 012-4008972 (HP) 05-3115859 (O)