Pengumuman

Di atas kesibukan pengajian, saya menumpukan perhatian dan fokus kepada pengajian saya ketika ini. InsyaAllah di lain masa saya akan aktif semula di dalam perawatan ini. Terima kasih. Salam kejayaan buat semua.

Selamat datang dan sudi-sudikan....

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh buat semua...

Diharapkan blog ini dapat membantu individu, pelajar mahupun ibu bapa atau guru/ pensyarah/ pengajar dalam memahami potensi diri dengan mengenali rahsia Warna Diri dan bagaimana Colour Vibration Therapy membantu dalam penyelesaian ke arah kecemerlangan diri.

Saya juga berharap blog saya ini yang dipenuhi ilmu dan maklumat dapat mengisi ruang ilmu. Sekurang-kurangnya bagi mencapai salah satu objektif saya iaitu pengisian masa dengan ilmu yang bermanfaat dan merangsang daya fikir kreatif.

Nota : Di dalam blog ini, saya banyak merujuk kepada pengisian pengkajian Dr Ariffaizal di blog RawatanKesihatan.

Sila layari juga sisi tepi kiri laman blog ini hingga ke bawah bagi koleksi siri motivasi.

Sila membaca menggunakan susunatur pembacaan seperti yang dinyatakan di sisi tepi kiri ini....

Jumaat, 2008 Mei 09

Aplikasi Perawatan Pelajar, Ibu Bapa, Guru dan Individu

Pengenalan

Aplikasi Perawatan Pelajar

KENALI WARNA DIRI... PENGENALAN KEPADA PELAJAR

PENGENALAN

WARNA DIRI
–Ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran, yang tanpa disedari itulah lambang kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.
–Pemakaian warna kegemaran ini akan menambahpendamkan getaran warna dalaman samada secara berlebihan atau berkurangan yang menimbulkan berbagai simptom atau gangguan tenaga menjadi terlalu tinggi atau rendah.
–Ragam, perangai, tingkahlaku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna.


Manfaat Mengenal Warna Diri

Secara tidak langsung anda telah mengetahui berbagai ragam (karektor,minat, kecenderungan, bakat dan jua kelemahan) setiap individu. Komunikasi biasanya akan menjadi lebih mudah kerana kepekaan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan orang-orang yang saling berhubungan dengan kita.
•Rasa hormat dan prihatin akan lebih mudah terpelihara kerana kita telah mengetahui kelemahan-kelemahan & kebaikan-kebaikan orang yang akan berurusan dengan kita
•Kita tidak mungkin mengambil kesempatan yang boleh melukakan atau menjatuhkan nilai diri orang yang sedang berhadapan dengan kita
•Kita juga takkan keliru dan bersedia apabila berhadapan dengan telatah atau sikap negatif yang akan berlaku secara keterlanjuran apabila rakan-rakan kita hilang kawalan dan kesabaran misalnya.
•Pastinya orang yang telah mengetahui watak dan ragam rakan-rakannya akan menggunakan sepenuh rasa tolak ansurnya bagi maksud mencapai keharmonian dalam komunikasi.
•Rakan yang bijak yang dapat mengawal suasana pergaulan dan pasti dapat mewujudkan minat atau kebolehan rakan-rakannya yang berkemungkinan tidak begitu agresif atau sebaliknya (dapat memotivasi orang lain). Kita dapat membakitkan rasa minat dan keyakinan diri seseorang dalam keadaan normal dan semulajadi, tanpa rasa kekok sewaktu komunikasi sedang berjalan.
•Kita juga dapat menghargai dan memberi peluang dan pendedahan yang bersesuaian dengan kecenderungan dan bakat terpendam pada diri seseorang.
•Hubungan kemesraan dan rasa hormat menghormati akan lebih terjamin dan berpanjangan
•Sebenarnya bukan mudah untuk menjaga hati seseorang apatah lagi untuk menjaga hati diri sendiri melainkan adanya ilmu kemahiran mengenal personaliti yang sebenarnya amat praktikal dalam kehidupan seharian.

Ilmu rahsia mengenal diri dan individu-individu yang berlainan adalah amat perlu dipelajari agar konflik ketidakpercayaan semasa komunikasi dapat dikurangkan bagi menjadikan komunikasi lebih berjaya.


PENDAHULUAN

•Sejarah Pelajar :
–Pendidikan
–Latarbelakang
•Latar akademik
•Latar Sosial / Ekonomi


Kenapa Pendidikan?

•Menjadi sumber manusia untuk mencapai wawasan / hasrat negara
–Mencorakkan sosio-ekonomi
–Persaingan global
•Membangunkan minda yang berkualiti untuk memajukan masyarakat
–Berakhlak, berperibadi tinggi dan seimbang


Cabaran Pelajar

•Pencapaian akademik yang tinggi
•Kemahiran ICT
•Kemahiran komunikasi dan bahasa Inggeris
•Peluang pekerjaan
•Sahsiah


Faktor Prestasi Lemah

•Asas akademik yang lemah / rendah cth: semasa memasuki IPTA
•Pengusaan bidang
•Kemahiran bahasa Inggeris
•Kaedah pembelajaran
•Motivasi
•Daya Saing
•Sikap dan budaya


Gaya Pemikiran Pelajar Melayu

Gaya berfikir pelajar Melayu mempengaruhi cara hidup dan sosio ekonomi masyarakat Melayu secara keseluruhan yang jelas sekali berlainan dengan yang bukan Bumiputera.

•Kajian Prof Dato Dr Abdul Samad Hadi dalam Senario Semasa Pelajar Melayu di IPTA
–Tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas sekiranya ibu bapa atau orang lain tidak melakukannya untuk mereka
–Kebanyakannya sedar setelah terhantuk. Mereka mula meletakkan sasaran setelah mereka dicabar
–Dilihat sebagai tidak dinamik dan tidak sanggup bersaing
–Lebih berminat untuk kerja makan gaji daripada menceburkan diri dalam dunia usahawan yang penuh cabaran dan liku. Bolehlah disimpulkan lebih suka mengambil jalan mudah
–Kebanyakan punca kelemahan ialah tidak pandai untuk mengutamakan mana yang lebih penting dalam melakukan gerak kerja dan aktiviti


•Kajian oleh Aminudin Mohd Yusof (1997)
–Pelajar Melayu lebih banyak menggunakan cara belajar pemerhatian dan renungan. Pelajar Cina pula mempunyai pemikiran tertumpu yang lebih banyak menggunakan strategi belajar eksperimen secara aktif dan pengalaman konkrit.
–Pelajar Melayu juga mempunyai falsafah jangan menyusahkan orang tua. ( Dalam kes ini orang tua merujuk kepada pensyarah, guru )


Pencapaian Akademik Pelajar Melayu

Senario kecemerlangan akademik pelajar Melayu IPTA adalah suatu isu yang banyak dibincangkan di mana-mana. Banyak yang telah dikaji punca kelemahan yang menyumbang kepada pencapaian yang tidak memberangsangkan pelajar Melayu terutama sikap-sikap mereka yang :

•Sikap tidak mengutamakan kecemerlangan
–Sekadar lulus cukup makan
–Budaya “last-minute”
•Malas berfikir
•Teknik pembelajaran lemah
•Kurang daya inisiatif / daya usaha
•Kurang pengetahuan / isu-isu semasa


Sosial Pelajar Melayu

•Lebih suka bergaul dalam kelompok mereka iaitu kelompok Melayu
–Ikut negeri. Juga dari kelompok sekolah yang sama
•Mudah jatuh cinta dari peringkat awal lagi
•Kurang keyakinan diri
•Pengurusan masa yang kurang efektif
•Mudah terpengaruh dengan budaya negatif
–Melepak
–Membuang masa


Berdasarkan pemerhatian & pengalaman…

•Kurang pendedahan dari ahli keluarga terdekat atau rakan
–Bertuahlah mereka yang dapat mengikut jejak langkah ahli keluarga mereka (persamaan warna diri dengan ahli keluarga) VS hanya mengikut-ikut sahaja hasrat keluarga
•Kursus kurang sesuai / tidak bertepatan – tidak tahu potensi diri / tiada matlamat
•Kurang menitikberatkan kesihatan
–Amalan makanan yang tidak seimbang
–Tidur yang tidak mencukupi
–Kurang menjalani aktiviti / latihan jasmani
–Takut / malas pergi ke klinik
–Tidak menjaga kebersihan
–Tabiat suka merokok


Kenapa ia berlaku?

•Tidak mengenal diri
•Tidak memahami arah tujuan diri
•Apabila masalah berlaku misalnya hilang arah tujuan secara tiba-tiba, diri hilang kawalan semasa mencari diri semula. Tidak tahu di mana silapnya… dan pada siapa ingin bertanya, dan bagaimana ia boleh berlaku….


Fenomena Pelajar Bermasalah

•Pendiam & berahsia
•Tidak mempercayai
–Sejarah pernah dikhianati
•Selalunya masalah makin berpanjangan dan berterusan – tiada penyelesaian.

•Akan menghasilkan 2 keadaan :
–Redha : Dirinya semakin kuat, jiwa kental, tabah
–Sebaliknya : pekerja yang memberontak, bermasalah

–Kesan berterusan kepada keluarga, organisasi , komuniti, masyarakat, dan sebagainya


Kecemerlangan dalam akademik mengikut Teori Hukum Keseimbangan (HK) dalam CVT oleh Dr Ariffaizal :

Kejayaan dalam akademik ditentukan oleh keupayaan EQ. Semakin patuh kepada HK maka semakin tinggi tahap EQ. Pelajar yang patuh kepada HK ialah pelajar yang telah ada niat dan keinginan untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam lapangan kehidupan jangka panjang. Niat itu disandarkan kepada proses menuntut ilmu. Keinginan untuk mencapai cita-cita sebagai misalnya doktor, peguam, usahawan, jurutera dan sebagainya akan memberi rasa debaran dalam hati. Debaran akan menguja hati untuk berfikir dan bertindak untuk mencapainya. Hati akan membawa diri untuk belajar dengan penuh tumpuan.


Kebanyakan pelajar bermasalah datang daripada suasana yang kurang sihat. Kemungkinan keluarganya bermasalah, tekanan kemiskinan dan sebagainya. Masalah yang menimpa pelajar ini akan menghilangkan tumpuannya terhadap impiannya untuk mencapai cita-cita. Cita-cita adalah niat yang disetkan dalam minda untuk hati bertindak mendapatkannya. Jika seseorang pelajar mendapati dirinya bermasalah dalam pelajarannya, cara untuk merawatnya ialah dengan merenungkan masa hadapan yang cerah.

Jika kita memikirkan tentang cita-cita, maka cita-cita akan memikirkan tentang kita. Kita adalah cita-cita itu dan cita-cita itu adalah kita, maka kita akan teruja untuk bertindak seperti cita-cita itu. Sekiranya kita sabar dan redha dengan setiap yang dilakukan maka kita telah mematuhi HK yang akan membawa kepada kejayaan dalam akademik.


Tak berperanankah Kaunseling & Pusat Kesihatan?

•Bukan tidak berperanan tetapi tidak ke akar umbi…..
–Kaunseling
•Tidak dapat mengesan punca masalah secara mendalam dan menyeluruh
–Sekadar sesi kaunseling secara umum berdasarkan kes terdahulu sedangkan setiap kes adalah unik bagi setiap individu

–Pusat Kesihatan
Pusat Kesihatan apabila berlakunya masalah kesihatan kepada pelajar, pelajar yang dibekalkan ubatan kimia. Sebagai contoh semakin hampir peperiksaan, lebih ramai pelajar yang mengalami Demam yang akan dibekalkan oleh Pusat Kesihatan dengan panadol atau pil KK, bagi sakit kepala dibekalkan ubat migrain ataupun demam selsema dibekalkan Vitamin C

Masalah kesihatan pelajar yang kerap berulang setiap kali saat-saat menghadapi waktu penting iaitu waktu peperiksaan.


CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH MEMBANTU PELAJAR MELALUI KENALI WARNA DIRI KENALI POTENSI DIRI


•Mengetahui warna diri bakal pelajar semasa proses pemilihan kemasukan– berdasarkan nama, dan tarikh lahir.
•Tenaga akademik, pusat kaunseling dan pusat kesihatan pelajar berbekalkan ilmu Warna Diri (CVT) bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah. Masalah dapat dibantu dengan secara tepat dan menyeluruh.
•Ilmu warna diri dibekalkan kepada pelajar melalui kempen dan ceramah contohnya akan kesedaran potensi diri dari semasa ke semasa.
HELP STUDENT TO HELP THEMSELVES……..


MENANGANI MASALAH

Kecemerlangan dalam akademik
Kejayaan dalam akademik ditentukan oleh keupayaan EQ. Semakin patuh kepada HK maka semakin tinggi tahap EQ. Pelajar yang patuh kepada HK ialah pelajar yang telah ada niat dan keinginan untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam lapangan kehidupan jangka panjang. Niat itu disandarkan kepada proses menuntut ilmu. Keinginan untuk mencapai cita-cita sebagai misalnya doktor, peguam, usahawan, jurutera dan sebagainya akan memberi rasa debaran dalam hati. Debaran akan menguja hati untuk berfikir dan bertindak untuk mencapainya. Hati akan membawa diri untuk belajar dengan penuh tumpuan.


HUKUM KESEIMBANGAN DALAM SOSIAL

Hubungan Pelajar dengan Pengajar

Hubungan terjadi jika ada rasa pemurah dan rasa kasih. Tanpa rasa tersebut maka hubungan tidak terjadi. Sesuatu perkara dapat disampaikan jika ada hubungan. Pelajar perlu ada rasa kasih terhadap pengajar, maka pengajar pula akan rasa kasih pada pelajar. Pelajar yang mengasihi pengajarnya akan menurut segala yang diajar oleh pengajarnya. Pengajar pula perlu ada rasa pemurah dengan pelajarnya kerana pelajar pelajar juga akan menyerahkan dirinya dengan penuh redha untuk diajari.


Pelajar tidak suka belajar kerana tidak ada hubungan dengan pengajar. Hubungan terjadi kerana tiadanya rasa pemurah dan rasa kasih. Pelajar yang ingin berjaya dalam pelajarannya akan mengasihi pengajarnya. Kasih kepada guru mendatangkan berkat kerana segala penyampaian dapat diterima. Pengajar yang mahu pelajarnya berjaya hendaklah ada rasa kasih kepada pelajarnya. Melalui rasa kasih maka hubungan akan berlaku. Hubungan akan membolehkan segala ilmu dapat disampaikan.


Jika pelajar masih tidak dapat mesej penyampaian, kemungkinan pelajar tersebut tidak konduktor sarafnya. Sarafnya telah dilapisi kotoran habuk dan kotoran radiasi daripada skrin TV atau komputer. Pengajar perlu menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengarahkan pelajarnya supaya membasuh muka, tangan dan kaki sebelum proses belajar dan pembelajaran.


KETAATAN YANG INDAH

Pelajar

Matlamat seorang pelajar ialah inginkan kecemerlangan dalam pelajaran. Pelajar yang bermotivasi akan bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Namun terdapat juga pelajar yang berada dalam keadaan tertekan hingga menemui kegagalan atau jika berjaya, kualiti pencapaian tidak begitu baik.


Kaedah terbaik untuk belajar ialah melalui proses pembelajaran dan pengajaran. Sewaktu belajar, pelajar akan memerah otak untuk memahami segala yang disampaikan. Semasa proses pengajaran, hanya pengajar yang memahami setiap apa yang ingin disampaikan. Dalam alam ilusi, manusia berhubung dengan cara lisan yang amat kompleks sedangkan manusia boleh berhubung dengan cara yang amat unik dan cukup berkesan iaitu antara hati ke hati. Cara lisan telah mengelirukan proses pengajaran dan pembelajaran.

Jika pelajar adalah guru, maka guru adalah pelajar. Hubungan ini hanya akan terjadi jika pelajar menghormati dan menyayangi gurunya. Setiap penyampaian yang hanya difahami oleh guru akan turut difahami oleh pelajar jika pelajar mencari keseimbangan dengan gurunya. Ilmu adalah tenaga yang mengalir, menghormati guru tanpa sebarang pertikaian akan mematuhi HK. Jika pelajar menghormati guru, pelajar akan memahami segala yang disampaikan melalui rasa hati ke hati.

Setiap manusia itu sama tetapi di dalam bentuk yang berlainan. Sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran, masa pelajar akan dipunyai oleh guru. Pelajar harus mendapatkan masanya dengan cara pelajar adalah guru dan guru adalah pelajar. Memenuhi HK akan menjadikan segala ilmu dapat difahami tanpa melalui rasa tertekan. Keadaan ini dipanggil resonan.

Kejayaan seseorang pelajar bukanlah bergantung kepada kekuatan IQ untuk mengingat, tetapi rasa hati yang dapat mengesan isyarat yang disampaikan oleh guru. Apabila ilmu yang disampaikan oleh guru diterima oleh hati, tubuh akan berdebar. Rasa hormat akan menguatkan debaran tersebut. Apabila debaran meningkat, imaginasi akan terjadi dan hati akan berfikir. Pemikiran tersebut akan memantapkan segala ilmu. Rasa sabar dan redha akan membantu meningkatkan kuasa EQ sebenar dalam tubuh. Kecemerlangan adalah lebih daripada keputusan yang diperoleh hingga boleh meresap segala manfaat ilmu yang memberi kepuasan kepada hati.

Peranan Kerajaan
•Penekanan terhadap teknologi untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat bagi merangsang pengetahuan baru (Keilmuan dan inovasi)
•4th generation R&D
•Meningkatkan keupayaan pengurusan pendidikan
•Bagi :
–Menghasilkan pelajar yang berkualiti
•Kurikulum & Kokurikulum
•Kemahiran komunikasi
•Pencapaian akademik
–Meningkatkan prestasi
•Kaedah Pemantauan pelajar
•Sistem mentor / mentee
•Pemupukan semangat daya saing
•Bimbingan dan kaunseling

NAMUN begitu… punca dari akar umbi kenapa masalah berlaku kepada permasalahan pelajar perlu diselesaikan terlebih dahulu, dan seiring dengan itu segala infrastruktur lain seiring dilaksanakan. Pelajar perlu dibantu memahami siapa diri mereka yang sebenarnya…

Barulah tindakan lain dilaksanakan selari…..

•HEP dan BTN misalnya merancang, mengurus, dan memantau program kecemerlangan akademik, kepimpinan dan pembangunan sahsiah pelajar
•Jaringan kerjasama dan perkongsian pintar dengan pihak industri
•Sistem ganjaran / pengiktirafan bagi merangsang lebih berusaha mempertingkat kecemerlangan secara berterusan dan menyeluruh
•Dan sebagainya….


Kerjasama bersama…

•Penglibatan agensi kerajaan di luar Kementerian Pendidikan
–MARA
–Kementerian Kesihatan
–Kementerian Sumber Manusia
–Kementerian Belia dan Sukan

* Pelbagai agensi mempunyai objektif yang sama.
Jika penerapan pemahaman yang sekata mengenai Mengenal Diri (menggunakan kaedah yang seragam), keadaan yang konstan dan konsisten akan menjadi resonan.

Program : Pemajuan Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah Pelajar Melayu di IPT

PENGENALAN

Permasalahan pelajar yang timbul dapat diatasi oleh pelajar itu sendiri sahaja. Kebanyakan masalah adalah disebabkan oleh ketidakupayaan pelajar mengatasi masalah dalamannya. Bagi orang yang sakit, dia akan berhadapan dengan kekeliruan dalam mentafsirkan segala maklumat luaran atau persekitaran dengan tepat. Umpamanya orang yang sakit merasai sesuatu makanan terlalu amat pahit manakala orang orang sihat tidak merasai sesuatu yang mengganggu deria rasanya. Begitu juga halnya apabila orang yang sakit mengalami kejutan dan tekanan apabila berhadapan dengan berbagai isu yang sebenarnya amat mudah bagi pengalaman orang yang sihat.

Orang sering selalu salah sangka apabila berhadapan dengan kesakitan yang melibatkan kecederaan di tangan atau mana-mana bahagian tubuh yang sakit. Apa yang sebenarnya bukanlah tangan anda yang sakit, sebaliknya otak anda yang gagal mengawal kesakitan. Kesakitan tidak akan terjadi jika pusat kawalan saraf di otak dapat dikawal sebaik mungkin melalui kuasa iman agar tidak cepat melatah apabila ditimpa kejutan atau musibah yang sebenarnya terdapat hikmah di sebalik cetusan itu. Terpulang kepada cara dan gaya bagaimana anda menerimanya.

Maksudnya, kita tidak seharusnya terus menerus bertindak terhadap tafsiran otak terhadap simulasi elektrik yang datang daripada apa jua yang kita rasai, dengar, lihat atau bau. Sebaliknya kita harus mengawalnya mengikut kemahuan yang kita arahkan semula ke otak. Sebenarnya tindak balas isyarat dengan arahan adalah berbeza. Otak tidak pernah ingkar dengan arahan atau niat yang kita rakamkan mengikut kekuatan iman yang kita miliki. Dengan iman, semuanya tetap sama tetapi rasa dalaman yang anda terima amat berbeza sehingga lebih berat masalah itu lebih nikmat pula yang anda rasai.

Semua yang kita lihat, sentuh, dengar dan terima melalui pengalaman hidup di dunia dan alam semesta ini tidak lebih daripada mainan isyarat-isyarat elektrik yang berlaku di dalam otak kita. Kita tertipu dengan dugaan dan godaan dunia ini sehingga kita terlalu bertindakbalas dan ia benar-benar menjadi bebanan yang menyulit hidup kita.

Ringkasnya, otak akan mentafsir isyarat elektrik yang sampai kepadanya tetapi iman adalah sebagai pengawal yang dapat menyederhanakan maklumat itu secara cukup seimbang. Jangan berlebih-lebih atau terlalu bersifat mengalah sehingga takut dan lari daripada dunia dan diri anda yang sebenar..

Penyakit sebenarnya adalah rahsia salah satu jenis tenaga dan kehidupan. Perlu dingat bahawa kehidupan memang tidak dapat wujud secara kebetulan. Semua ketetapan itu dapat ditemui di dalam DNA. Penyakit yang kita tanggung hanyalah ujian dalam satu ilusi yang bersifat sementara bagi mereka yang bijaksana dan sabar. Kesan kesakitan, kelesuan, keletihan dan kepayahan yang dideritai itu hanyalah satu bentuk isyarat penipuan dan kekeliruan sistem tubuh kepada otak yang lemah.

Keluhan dan rintihan yang keluar melalui suara hati hanya akan menambah kesakitan. Setiap satu patah perkataan yang dikeluarkan akan memihak kepada kekuatan dan kejayaan iblis. Iblis akan meraikan kejayaan demi kejayaan bagi meneruskan kesempatan melakukan tipu muslihat yang cukup licik memperdaya kita yang sedang sakit.

Begitulah kerja-kerja iblis kecil yang ditugaskan bekerja mengikut apa yang ditetapkan hingga akhir zaman. Kerjanya sentiasa merosak dan memusnahkan apa sahaja yang ditemuinya. Inilah kerja-kerja iblis kecil, kerja-kerja kuman, virus dan bacteria yang membuat kerja yang sama dan berterusan hingga berlakulah tindak balas kimia dan merosakkan tisu-tisu tubuh dan akhirnya terjadilah kanser.

Dalam CVT menekankan setiap masalah yang dihadapi sebenarnya terdapat gangguan di dalam sistem tubuh kita. Sistem organ yang mempunyai getaran tenaga atau frekuensi tertentu dalam melakukan fungsi tubuh akan menjadi lemah apabila berlaku kekurangan tenaga.

Virus yang mengubah fungsi hormon dan menjejaskan tahap emosi, spiritual dan mental seseorang. Akhirnya setiap sel dengan penjenisan penyakit akan mencipta satu personaliti atau tabiat buruk seseorang. Semasa sihat tidak mungkin anda mempunyai tabiat berpura-pura, buruk sangka, keliru, was-was, hilang kepercayaan diri dan sebagainya. Tabiat buruk ini datang serentak dengan penyakit-penyakit yang mengganggu sistem dan fungsi hormon.

Apabila anda menghidapi penyakit gangguan saraf yang menyebabkan hilangnya deria rasa, besar kemungkinannya ia adalah disebabkan hilang selera untuk makan. Ketika itu sistem kederiaan lain turut lemah. (Perhatikan orang yang sakit, adakah mereka makin berselera untuk makan. Mereka boleh menjadi marah apabila disuruh makan.) Anda seperti hilang kekuatan untuk terus hidup.

Jika terlalu kurang kandungan garam di dalam pemakanan akan menyebabkan tubuh seperti tidak bermaya. Dengan isyarat yang datang dari sekeliling anda tidak lagi berkesan untuk mempengaruhi anda bertindak agresif melakukan tindak balas. Anda menjadi kurang cekap dan tidak lagi pantas di dalam melakukan apa jua aktiviti.

Ketika itu ada bisikan yang amat kuat menggoda anda supaya melakukan apa sahaja perbuatan bodoh dan di luar kewarasan dan kawalan diri anda. Adakalanya anda akan diganggu dengan bisikan yang mengajak anda untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan iman dan pegangan anda. Pada masa yang sama, ada suara yang memujuk anda agar bersabar dan datang semula kesedaran diri.

Belajarlah mengenali punca dan keadaan sebenar penyakit dalam diri anda CVT bukan merawat tempat yang sakit sebaliknya ia merawat diri pesakit itu sendiri. Merawat tempat yang berpenyakit tidak menyelesaikan masalah kerana penyakit akan berpindah pula pada bahagian yang lain. Sebaliknya merawat diri si pesakit akan memaksa tubuh secara langsung merawat dirinya sendiri. Sistem tubuh secara sendirinya akan bekerja secara semula jadi dan menyeluruh dan akhirnya tempat yang sakit akan pulih.

CVT mengajar anda memahami diri. Semakin bertambahnya pengetahuan tentang tubuh anda, maka semakin terpegunlah anda kepada daya kebijaksanaan Maha Penciptanya.


FENOMENA


Kenapa program motivasi atau kesedaran diri kurang berkesan? Kenapa segala program perlaksanaan kerajaan masih kurang hasil yang diimpikan?

Memang benar banyak program kesedaran mahupun program motivasi telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Program ini sangat bagus dan perlu dilaksanakan secara berterusan. Tanpa berterusan manusia akan menjadi lupa kerana lumrah manusia yang sering alpa dan lupa. Manusia perlu selalu diingatkan dari semasa ke semasa supaya tidak lalai. Terlalu banyak unsur hiburan di zaman serba maju hari ini yang kita tidak perasan telah banyak mempengaruhi faktor kenapa anak muda zaman sekarang dilihat sangat berbeza berbanding generasi terdahulu yang terdiri daripada ibu bapa dan datuk nenek hari ini.

Generasi muda hari ini dilihat dan diperkatakan mempunyai kurang nilai yang diterapkan. Ini mungkin dilihat dari segi pergaulan yang sangat bebas antara lelaki dan perempuan yang dilihat tanpa batasan percampurannya. Keduanya cara gaya mereka menghormati golongan yang lebih tua dan ketiganya cara berpakaian. Yang lebih memeningkan, ianya bukan di tahap anak berusia remaja sahaja, malahan sikap yang kurang menyenangkan ini juga bermula dari bangku sekolah rendah lagi. Adik-adik ini dapat didengar menggunakan gaya bahasa yang kurang enak didengar dan cara bahasa yang digunakan adalah kasar. Saya yang mempunyai kenalan yang merupakan guru sekolah rendah ada yang mengadu anak zaman sekarang ini memang susah untuk ditegur dan dididik.

Saya sebagai generasi muda terpanggil untuk berkongsi pandangan rasa akan fenomena yang agak menyedihkan ini. Saya berhasrat untuk membantu kerajaan sedaya mampu menangani masalah golongan generasi baru ini.

Pertama saya melihat generasi muda ini tidak mengenal diri mereka. Cubalah ditanya kepada mereka siapakah diri mereka yang sebenarnya, untuk apa mereka dilahirkan di bumi ini, atau pernahkah mereka memikirkan perjalanan hidup mereka. Saya kasihankan diri mereka dan diri saya juga. Diri saya sendiri tanpa mengetahui potensi diri saya tidak dapat memikirkan siapa diri saya. Bagi mereka yang selalu mendapat kejayaan memang mudahlah mereka menjawab soalan ini. Tetapi bagi mereka yang menghadapi masalah, mereka tidak dapat menjawab persoalan ini bagi pihak diri mereka.

Menghadapi masalah yang saya maksudkan di sini adalah tanpa kita ketahui diri kita ini telah diganggu sebenarnya hingga diri kita tidak dapat mengenali diri ini dengan baik. Saya diizinkan Allah menghayati perkara ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang saya lalui sehingga saya terpanggil menyuarakannya di dalam blog ini.

Gangguan yang saya cuba terangkan adalah gejala yang kita lihat ini seperti contoh-contoh yang telah saya sebutkan sebahagiannya tadi. Gangguan ini jika kita lihat merupakan perkara-perkara negatif yang tanpa kita sedari ia boleh dikaitkan dengan cara gaya pemakanan yang negatif.

Bagi saya pelbagai perkara perlu dilihat di sini. Sesuatu yang berlaku haruslah dipercayai mempunyai suatu sebab yang telah ditentukan oleh Allah yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui. Mungkin dengan merosotnya akhlak ini adalah sebagai peringatan kepada ibu bapa agar kembali mengingatiNya setelah terlupa sebentar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Apa yang belaku hari ini kerana tiadanya penghayatan dalam diri. Sebagai contoh remaja tidak menghayati kenapa mereka perlu bercakap sopan, kenapa perlu menjaga tata susila dan kenapa perlu menghormati orang lain terutama mereka yang lebih tua. Penghayatan yang sangat lemah ini lebih lagi bagi persoalan kenapa perlu bersembahyang dan berpakaian sopan misalnya.

Bagi saya di Malaysia ini penghayatan adalah lemah kerana cara budaya ilmu itu disampaikan tanpa pendedahan dan penerangan sepenuhnya. Setiap satu perkara tidak diterangkan sebab dan musababnya. Bagi mereka yang mencari punca sebab maka dia akan dapat menghayati, tetapi bagi yang sebaliknya maka akan berterusanlah mereka tidak menghayati.

Saya menulis ini bukanlah bertujuan menghebahkan kehebatan diri. Malah saya tidak merasakan diri ini sehebat mana. Saya hanya ingin mengambil peranan yang saya rasakan dapat membantu, itupun jika hasrat saya ini dapat diterimapakai. Saya hanya membuat luahan berdasarkan pengalaman yang dilalui dan ilmu yang dipelajari saya cuba dahulu ke atas diri sendiri.

Saya tidak mengatakan sistem pendidikan di negara kita adalah tidak bagus. Cuma masih banyak yang perlu dibantu bagi menjadikan sistem dapat membantu pelajar bukan sekadar akademik tetapi juga sahsiah yang tinggi. Penekanan selalu dilihat diberikan kepada polisi dan perlaksanaan fizikal. Saya memahami tugas guru tidaklah semudah yang disangka.

Saya melihat diri saya sebagai produk yang pernah diberi perhatian oleh guru, dan juga tidak diberi perhatian. Pentingnya perhatian dari guru ini dapat dilihat kesannya kepada pelajar yang berjaya hari ini dalam akademik misalnya. Cuba ditanya mereka, adakah mereka diberi perhatian oleh guru? Rata-rata akan menjawab tanpa disedari guru memang memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar mengenal potensi diri. Bertuahlah pelajar ini kerana guru mereka dapat melihat potensi mereka. Ini kerana potensi mereka dapat diserlahkan dari awal lagi. Bagi pelajar yang lain kenapa guru tidak melihatnya?

Sebenarnya guru tidak mengetahui bagaimana mengenal potensi anak didiknya. Bukan salah mereka tidak memahami kerana belum ada saluran menyeluruh yang diketahui dalam mengenal potensi ini. Guru kelas sendiri tidak dapat memahami anak didik di kelasnya secara keseluruhan berdasarkan masa yang ada bagi mengenal pasti kesemua mereka. Hanya mereka yang terserlah sahaja yang dapat dibimbing dan diberi perhatian lebih awal.

Adalah sukar bagi guru mengenal kesemua pelajar sedangkan ibu bapa sendiri tidak mampu melakukannya. Perkara yang sama berlaku kepada ibu bapa seperti mana guru juga. Bagi anak-anak yang menyerlahkan potensinya dari awal dapatlah ibu bapa mengenal pasti dan memberi perhatian. Tetapi bagaimana dengan sikap negatif? Bukankah sikap negatif dapat dilihat juga daripada awal untuk diberi perhatian juga?

Malangnya perhatian diberikan setelah ianya menjadi minor dan major dan tidak mampu lagi dibendung. Bukankah elok jika perhatian patut dilakukan sejak dari peringkat simptom lagi? Peringkat ini sebelum berlaku sebenarnya boleh dilihat jika ibu bapa dan guru mengenal sikap negatif anak sebelum sikap itu terjadi kepada anak.

Sikap negatif ini sebenarnya merupakan satu gangguan yang tidak disedari oleh terlebih atau terkurangnya suatu getaran tenaga yang berkaitan dengan warna di dalam tubuh kita. Sebagai contoh jika kita melihat bayi perempuan hari ini dipakaikan warna merah jambu sedari bayi lagi hinggalah menjadi warna kegemaran apabila remaja dan seterusnya.

Warna merah jambu ini dilihat sebagai penuh lemah lembut yang tanpa disedari apabila terlalu terpendam warna ini di dalam tubuh maka menjadi sifat keanak-anakan yang berlebihan atau terlalu manja atau juga dikenali sebagai sifat mengada-ngada.

Atau mereka yang memakai pakaian berwarna hitam yang bertulisan membawa makna yang tidak baik, maka getaran tenaga makna itu akan meresap ke dalam jiwa si pemakainya. Jika remaja itu memahami dan menghayati maka dia tidak akan memakainya bukan? Memang golongan yang lebih tua akan menegur tetapi kenapa teguran itu dibuat selalunya tidak dapat dihayati oleh remaja tersebut. Ini berlaku kerana getaran tenaga perkataan yang diserap itu telah sampai ke tahap dasar yang memerlukan pendekatan yang lebih mendalam lagi.


PENYELESAIAN WARNA DIRI DAN KESEIMBANGAN DIRI

Pendekatan ilmu warna diri ini ingin dicadangkan diperkenalkan dapat :

Mengenalpasti masalah pelajar hingga ke akar umbi. Melalui teknik Colour Vibration Therapy menggunakan Kinesologi Otot Tangan dalam mendiagnos dapat membantu pelajar meluahkan masalah tanpa ragu-ragu.

Mengenalpasti potensi diri pelajar melalui kekuatan diri melalui sikap positif semulajadi yang ada pada diri dan kelebihan diri yang merupakan bakat terpendam yang perlu digilap.

Mengenalpasti kelemahan diri yang perlu dielakkan kerana sikap negatif dalam diri yang berterusan akan mencetuskan penyakit bermula daripada tahap simptom sebelum menjadi penyakit minor dan major, yang memerlukan jangka masa penyembuhan yang lebih lama.


Bagaimana CVT dan rawatannya dapat membantu masalah pelajar ?

1) Pemahaman yang dapat memberi penghayatan kepada hati
a. Penerangan secara jelas akan kesimpulan permasalahan yang dihadapi pelajar melalui diagnosis.
b. Penerimaan dugaan dengan tenang, ikhlas, sabar dan redha
c. Fokus, istiqamah, dan berterusan dalam perlaksanaan
d. Pemulihan diri yang sebenar
i. dengan memberi semula frekuensi yang mengalami ganggu
ii. dengan mengekalkan keseimbangan
2) Pemantauan, kaunseling dan motivasi berterusan


CVT dalam mengenal ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu melalui warna diri seseorang itu. Setiap individu mempunyai warna yang melindung dirinya yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu warna luaran yang mendominasi sifat-sifat individu sebanyak 80%, dan warna dalaman yang mempengaruhi 20% sifat-sifat individu tersebut. CVT mengkategorikan warna tersebut mewakili empat level diri manusia iaitu Spiritual (Putih), Emosi (Merah Jambu), Mental (Hijau) dan Fizikal (Biru).

Setiap level diri ini mempunyai sifat psikologi positif dan negatif, kelebihan, kerjaya dan terapi diri yang tertentu. Seseorang yang tidak mengetahui sifat psikologi negatifnya dan tidak berusaha mengelakkan sifat-sifat itu, maka akan menjadi punca berlakunya sesuatu penyakit yang berkaitan dengan level dirinya, yang akan bermula dari tahap simptom, kemudian menjadi minor sebelum menjadi kronik. Apabila ini berlaku ia akan memakan masa yang agak lama untuk penyembuhan.

Apa yang ingin ditekankan di sini, saya melihat perkara ini berdasarkan pengalaman saya menghadapi permasalahan yang saya alami. Bagi pendapat saya, apa jua masalah yang dihadapi oleh pelajar, memang benar hanya pelajar itu sendiri sahaja yang dapat mengatasinya iaitu dengan kembali mengingati Allah. Apa jua gangguan atau masalah ianya merupakan kerja-kerja iblis yang di luar sedar. Sila baca : Pengalaman ini....Kenapa kita diganggu?

Saya bersyukur diberikan petunjuk dengan kuasa Allah dapat melihat langkah-langkah penyelesaian yang perlu dilakukan. Dan sekarang ianya menjadi tanggungjawab saya pula untuk membantu pelajar lain dengan sokongan daripada pihak tuan. Mungkin inilah hikmatnya di sebalik kesulitan yang berlaku. Jika masalah tidak menimpa saya, saya mana mungkin mendalami suatu pendekatan yang dapat digunakan oleh orang lain pula.

Sebagai contoh, seorang pelajar yang mempunyai level diri Spiritual merupakan seorang yang peka dengan suasana dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menaikkan semangat orang lain selayaknya memilih kerjaya sebagai kaunselor, dan bukannya penyelidik di bidang komputer. Bidang yang melibatkan pemikiran logik adalah seseorang yang mempunyai level diri Mental. Dirinya akan mencari kesesuaian dan akan berlaku penolakan dalam bidang komputer itu nanti (apabila berlakunya bebanan yang tidak mampu ditampung)

Inilah yang berlaku kepada ramai pelajar yang mendapati kursus yang mereka ikuti tidak bersesuaian dengan diri mereka. Terapi yang diperlukan oleh level diri Spiritual adalah dengan mendengar muzik yang sesuai, komunikasi dua hala yang memberi input dan output, dan sensori dengan alam sekeliling. Namun bagi mereka yang mengetahui diri mereka mempunyai sikap negatif putus asa, bimbang berlebihan, takut dan hilang matlamat (sifat negatif level diri Spiritual), maka dia akan cuba mengelakkan sifat-sifat itu daripada berlaku dan memilih sifat positif dalam dirinya iaitu yakin diri, semangat tinggi, dan daya penumpuan yang tinggi.

Adalah penting seseorang itu mengetahui siapa diri mereka bagi mengenal potensi diri mereka. Jika tidak maka akan berlakulah konflik dalam diri yang mengganggu jiwa mencari kesesuaian dengan melakukan “try and error”. Dalam proses mencari diri pastinya akan diganggu dengan pelbagai gangguan yang sentiasa ingin menyesatkan di mana ada masanya jiwa akan keletihan dan melibatkan hilangnya semangat untuk meneruskan cita-cita.

Pendekatan warna ini selain mengenal diri, kita juga dapat mendalami rahsia warna dalam mengenalpasti punca penyakit. Contohnya, level diri Spiritual sering mengalami penyakit yang berkaitan dengan gangguan di bahagian kepala, level diri Emosi berkaitan dengan penyakit jantung, level diri Mental berkaitan dengan buah pinggang dan level diri Fizikal berkaitan dengan sistem tulang dan saraf.


Bagaimana penawar CVT dapat membantu?

Bagi saya penawar CVT adalah satu aplikasi yang jika direnungi mempunyai kaitan rapat dengan amalan membaca air yasin misalnya. Gula sukros diberikan frekuensi getaran yang telah mengalami gangguan. Sifat yang negatif adalah hasil daripada sistem tubuh yang mengalami gangguan sehingga diri tidak dapat mengawal hati dan perasaan sehingga melakukan perkara yang di luar kawalan. Apa jua kejahatan yang dilakukan ianya berpunca daripada otak yang tidak mampu lagi mengawal nafsu kejahatan yang dilakukan. Hati tidak mampu mengawal perasaan dan segalanya akan berlaku secara di luar kawalan. Otak yang sihat pastinya akan dibantu oleh bisikan kesedaran yang akan mengingatkan hati agar tidak melakukan kesalahan.

Dengan mengambil penawar, apa yang akan berlaku adalah pengambilan yang dilakukan secara istiqamah dan berterusan akan memberikan getaran yang berupa momentum yang mengarahkan sistem organ tubuh melakukan fungsinya dengan betul. Sebagai contoh, bagi mereka yang mengalami permasalahan tinggi kandungan asidnya di perut akan mengganggu juga cara pemikiran. Akibatnya otak akan mudah keliru dan tidak dapat membuat keputusan memikirkan mana perkara yang baik atau tidak baik.

Sesudah melakukan perkara yang tidak baik, kegagalan otak berfungsi dengan sepenuhnya akan memberikan rasa kekesalan atau rasa bersalah yang amat sangat sehingga mendatangkan kesedihan yang mendalam. Kesedihan cukup mengeluarkan asid di dalam darah yang boleh mengganggu kesihatan buah pinggang pula. Asid yang dihasilkan oleh kesedihan adalah lagi banyak berbanding asid yang dihasilkan daripada memakan makanan yang masam. Kesedihan juga akan menjadikan seseorang itu kurang berselera makan dan tidur juga akan terganggu. Memikirkan masalah atau bersedih semasa makan adalah sangat dilarang kerana ianya akan mengganggu sistem tiroid pula.

Kesihatan yang terjejas pastinya akan mengganggu pula sistem tubuh yang lain dan akibatnya otak asyik memikirkan perbagai persoalan yang tiada jawapannya dan mula memikirkan perkara kecil yang oleh menyesakkan fikiran yang tidak difikirkan oleh orang yang sihat yang akan menganggap perkara itu sebagai remeh temeh.

Tahap pemikiran yang terganggu boleh mengganggu seseorang hingga di tahap kronik hingga sanggup mencederakan diri sendiri ataupun orang lain.


Cadangan memperkenalkan konsep Mengenal Diri di Unit Kaunseling

Memang benar setiap universiti disediakan unit kaunseling bagi membantu pelajar mengatasi masalah. Tetapi sejauh mana pihak kaunseling dapat membantu pelajar menyelami pemasalahan sebenar pelajar bergantung juga kepada kesediaan pelajar untuk tampil ke hadapan dan menyuarakan masalah mereka. Memang agak sukar menyelesaikan masalah secara menyeluruh. Ini kerana ada sesetengah pelajar yang berpendapat pendekatan yang digunakan mungkin kurang sesuai dengan mereka. Ada pelajar yang bertambah masalah mereka setelah mereka berkongsi masalah dengan orang lain.

Gangguan moden di zaman ini didapati merupakan cara pemikiran negatif seperti memikirkan perkara yang remeh-temeh secara berulang-ulang kali, bersedih, memikirkan masalah yang sama yang tiada jawapan ataupun kesudahannya, memikir atau melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali tanpa mencapai rasa kepuasan yang sebenar.

Saya mendalami ilmu CVT yang banyak membantu mengenal pasti masalah. Konsep tenang, sabar, ikhlas dan redha banyak menemukan saya dengan jawapan bagi pelbagai permasalahan. Mudah orang yang sihat berkata jangan memikirkan masalah kepada mereka yang mengalami gangguan (mereka yang tidak sihat sama ada sedar atau pun tidak).

Memang benar setiap orang mempunyai masalah. Tetapi level diri seseorang yang membezakan bagaimana seseorang itu dapat belajar mengatasi masalah. Satu masalah yang sama berbeza cara penerimaan kerana diri individu dan cara pemikiran berbeza.

Contohnya, satu permasalahan timbul dalam satu keluarga yang mempunyai 3 orang anak dengan karektor yang berbeza. Anak terdiri daripada level diri Spiritual, Emosi dan Fizikal. Walaupun masalah yang sama iaitu berpunca daripada ibu bapa mereka, namun cara penerimaan bagi anak-anak ini akan berbeza.

Bagi anak level diri Spiritual seorang yang tenang menerima apa jua permasalahan hidup, berbanding anak level diri Emosi yang mudah terasa hati dan bersikap pemarah. Anak fizikal pula boleh menjadi sangat bertanggungjawab atau mementingkan diri sendiri dengan memberontak misalnya.

Namun begitu, bagi anak level diri Spiritual tadi jika dia memendamkan dirinya dan mengasingkan diri, lama kelamaan dia adalah paling mudah menerima tekanan dan di tahap kronik boleh menghadapi gangguan halusinasi. Anak level diri Fizikal selagi dia melakukan aktiviti dan melakukan pergerakan dia akan mudah melupakan segala permasalahan. Bagi anak level diri Emosi, kerana di dalam dirinya mempunyai sifat ceria, terbuka dan penuh kasih sayang, mungkin dia juga melupakan masalahnya dengan mendampingi rakan-rakan (sifat silaturrahim adalah sifat semula jadi level diri Emosi).

Golongan Mental dan Fizikal dapat menerima masalah dengan cara pemikiran logik. Mereka menggunakan keputusan yang praktikal dan mempunyai pandangan yang jelas terhadap sesuatu masalah dan situasi.

Ilmu mengenal diri melalui warna ini saya pelajari daripada di Colour Vibration Therapy (CVT) yang merupakan Faculty Universal Science of Colour, The Open International University For Complimentary Medicine.

Ilmu ini mengajak kita mengenal siapa diri melalui mengenal warna diri. Warna diri manusia yang tertentu dan berbeza bagi setiap individu yang menjadikan cara pemikiran, sikap, cara gaya, dan tingkahlaku berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Cara pemikiran yang berbeza ini juga mempengaruhi kekuatan diri dan seterusnya kesesuaian kerjaya berdasarkan kecenderungan minat masing-masing.

Ilmu warna diri ini terbukti dapat menyelesaikan masalah kerana ianya memberikan bukan setakat akar punca kenapa masalah berlaku, tetapi juga penawar yang dapat mencegah masalah daripada berulang lagi. Pendekatan yang digunakan mengajak manusia menjadi tenang, sabar, ikhlas dan redha dalam menerima apa jua permasalahan dalam hidup.

0 ulasan:

Bagaimana untuk mendapatkan perawatan Warna Diri dan Pengamalannya

Peringkat kerja

Perlaksanan / Langkah-langkah yang perlu diikuti

Pencetus akan langkah pertama yang menentukan tindakan kedua dan seterusnya. Dalam bentuk niat daripada hasrat/cita-cita/ tujuan/keinginan dalam mencapai sesuatu. Keinginan dan semangat untuk BERJAYA.

Jika anda bersetuju untuk diagnosis, perlu isikan terlebih dahulu Format Pengisian History Permasalahan :

Merupakan keperluan bagi saya mendapatkan maklumat lebih jelas akan permasalahan.

Saya akan meneliti permasalahan anda.

Setelah itu saya akan menghantar email ‘invitation’ kepada anda memaklumkan bahawa blog atas nama anda telah saya buatkan berserta Diagnosis Pengenalan. Ini adalah LAYANAN ISTIMEWA yang dapat saya berikan.

Kemudian anda boleh membuat tempahan di Tempahan Diagnosis dan Formula :

· Diagnosis : Keseluruhan (Warna Diri, Nombor Diri, Arah Kejayaan, Titik Lemah & Punca, & Konsultansi) RM 96

· Diagnosis : Warna Diri, Nombor Diri & Konsultansi RM 69

Email kepada saya bukti pembayaran.

Pembayaran perlulah dibuat atas nama :

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN

Bank : Maybank No Akaun: 1581 2701 1381

Saya akan sediakan Diagnosis seperti mana yang ditempah dan dipaparkan di blog anda sendiri (capaian hanya saya dan anda sahaja melalui kebenaran yang saya setkan).

Menemui jalan/ kaedah/ cara/ metod Berikan sepenuh jiwa dan minat

Memahami kecenderungan, kebolehan, personaliti positif & negatif kelemahan dan kebolehan diri, ragam dan perwatakan,serta terapi untuk diri. Potensi, kapasiti, ancaman dan peluang & strategi ke arah kejayaan.

Segala maklumat kesihatan terkandung di dalam blog anda sendiri. Malah sekiranya anda ingin aktif di blog anda ini, saya akan berikan kebenaran bagi membolehkan anda mengendalikan blog anda ini. Sebagai contoh anda ingin memetik ilmu daripada blog Warna Diri dan Rawatan Kesihatan yang mempunyai perkaitan dengan diri anda. Maka dengan ini saya dapat merawat anda dan membantu anda menyusun diri dengan ilmu.

Sebarang apa anda rasa atau sebarang perubahan pada diri, boleh ditulis di blog. Ini adalah kaedah moden bagi mengelakkan diri daripada berfikir-fikir berulang kali tanpa penyelesaian dan memendam rasa yang akhirnya mengganggu keseimbangan diri.

Tenaga konsisten. Melalui usaha yang konstan, tetap, diulang-ulang dan berterusan (istiqamah) dengan ilmu tanpa had. Juga tidak menghadkan keupayaan diri. Tidak berganjak dari landasan. Ilmu dalam menyusun dan analisis apa sahaja yang dilihat.

Pemahaman potensi diri melalui Warna Diri dan Nombor Diri. Pengembalian penguasaan keempat–empat level (Spiritual, Emosi, Mental dan Fizikal)

Pemahaman sistem tubuh dan fungsinya. Pemahaman bagaimana perkaitan fungsi antara satu sama lain yang berperanan menentukan apa yang dihasilkan membuahkan kejayaan.

WARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARANBSE, EQ dan Warna Diri menguja diri mencapai potensi diri yang sebenar melalui pemahaman ilmu yang jelas.

WARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARANWARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARAN WARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARANWARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARAN

Diri dan 7 warna pelangi

Keseimbangan organ dan karektor

Kecepatan di dalam perlaksanaan yang menjadikan hasil sepertimana diniatkan, diimpikan dan diusahakan (apa yang dilakukan semua menjadi - berlaku kecepatan luar biasa)

Perancangan dan disiplinkan diri (sikap terus buat). Perlu serius di dalam aspek masa, mengikut arahan dan disiplin yang telah ditetapkan

Beranikan diri berhadapan apa jua.

Tabah dan cekalkan hati.

Penyerahan sepenuhnya setelah berusaha dan tidak resah menunggu hasil.

Pemahaman dan Penggunaan Perspektif Warna dalam Pemakanan

Pemakaian warna mengikut hari yang mewujudkan keperbagaian warna yang harmoni pada alam

Tidak berlaku terlalu terbeban kepada hanya satu warna yang mengganggu keseimbangan sel

Melakukan kerja-kerja yang resonan dengan waktunya bagi hasil yang maksimum dan bertenaga.

Tubuh akan akur akan kehendak diri yang inginkan kejayaan dan kecemerlangan tetapi perlu melalui peringkat Spiritual (Magnitud), Emosional (Amplitud), Mental (Frekuensi), dan Fizikal (Resonan). Kitaran ini akan terus berlaku apabila kita memenuhi keperluan setiap peringkatnya. Namun jika tidak dipenuhi maka kita hanya akan berkitar pada peringkat itu sahaja.

Bagaimana ingin menghubungi saya ?

Saya ingin berkongsi bersama anda untuk menuju kecemerlangan diri dengan membantu diri ke tahap keseimbangan diri.

Anda ingin berjaya dan bermacam cara telah anda lakukan, tetapi anda merasakan mengapa masih juga tidak menyebelahi di pihak anda. Anda tidak mahu semangat anda menjadi pudar dan patah semangat. Bukan diri anda yang mahu keadaan tak bermaya sebagaimana anda hadapi kini. Dulu anda seorang yang penuh bertenaga dan aktif. Kenapa kini seperti satu episod yang lain pula. Anda sendiri tidak memahami kenapa keadaan ini berlaku kepada anda.

Melihat orang lain berjaya, anda pun di dalam sudut hati yang paling dalam juga sebenarnya ingin mengecapi nikmat kejayaan itu. Tidak mampukah anda untuk berjaya seperti mereka juga?

Bagaimana saya ingin bermula?

Colour Vibration Therapy, atau CVT merupakan perawatan pertama seumpamanya di dunia yang dipelopori oleh Prof. Dr. Sir Norhisham Wahab. Beliau telah berjaya menggabung jalinkan getaran cahaya, warna dan bunyi sebagai kunci utama bagi merawat diri daripada hampir keseluruhan jenis permasalahan. Gangguan untuk ke arah kejayaan seperti tekanan, hilang arah dan matlamat, gangguan fokus, keletihan dan kelesuan, tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan lain-lain adalah dikategorikan sebagai penyakit juga.

Malah paling utama CVT bukan sahaja bersandarkan kepada fakta dan pengkajian sains, tetapi ia juga turut menerapkan unsur-unsur Islamisasi ilmu. Perawatan ini membenarkan diri untuk pulih secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Pada ketika perubatan konvensional lebih fokus kepada membuang atau memusnahkan penyakit dan penggunaan dadah yang mendatangkan kesan semula kepada tubuh, perawatan CVT menggunakan formula yang dikaitkan dengan konsep getaran cahaya, warna dan bunyi bagi membantu tubuh badan untuk mencetuskan rangsangan yang menghasilkan enzim dan asid amino yang diperlukan untuk merawat sel-sel yang rosak dan ketidakseimbangan fungsi sistem tubuh.

Penawar bagi permasalahan sebenarnya berada di dalam tubuh. Dan kita sebenarnya berlawan dengan dalam diri kita sendiri yang berupa tenaga negatif yang sentiasa berikhtiar mencari titik lemah agar kita tidak berjaya. Namun, penemuan CVT membuktikan dapat mengaktifkan tenaga negatif agar menjadi penawar dengan menghasilkan keseimbangan dan keharmonian di dalam tubuh secara keseluruhan. Ia membantu mencari titik keseimbangan bagi sel atau organ dan mengembalikan semula tenaga asalnya di mana akan memberikan kuasa penawar bagi sesuatu permasalahan itu.

Semoga anda dapat memanfaatkan setiap maklumat dan ilmu di dalam blog ini dan dapat menyampaikan kepada rakan dan keluarga yang lain.

Bagaimana ingin menghubungi Dr Alya Zara ?

Dr Alya Zara kini berada di United Kingdom. Namun perhubungan komunikasi melalui email dan chat sangat dialu-alukan.
Jika saya online, sila klik butang untuk Yahoo! Messenger
atau, boleh juga jika ingin mesej terus menerusi kotak pesanan: Klik Di Sini Untuk Mesej Kepada Saya
atau, jika ingin terus menjalani diagnosis dan perawatan: Borang Pengisian History Permasalahan atau, juga Email : warnadiri@yahoo.com

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, saya bekerjasama dengan Dr Ariffaizal. Maka beliau akan berurusan dengan pelbagai masalah penyakit. Dan saya akan lebih fokus kepada perawatan permasalahan yang melibatkan motivasi pelajar, ibu bapa, guru dan individu. Sila isikan Borang Pengisian History Permasalahan & Penyakit

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru, 31350 Ipoh. Tel: 012-4008972 (HP) 05-3115859 (O)