Gangguan ini mungkin ada hikmahnya... mungkin sebenarnya anda perlu memahami dahulu posting terdahulu dan kemudiannya barulah boleh meneruskan pembacaan akan aplikasi Warna Diri ini :
- 1 Penerangan Lengkap Warna Diri
- 2 Pengalaman ini....Kenapa kita diganggu?
- 3 Sistem Tubuh dan Perspektif Warna
- 4 Aplikasi Penggunaan Warna Diri (dan Perspektif Warna)
Aplikasi Penggunaan Perspektif Warna Diri
Peraturan yang diwujudkan adalah bagi mewujudkan suatu kawalan ke atas kesejahteraan hidup. Mana mungkin tanpa peraturan jalan raya, kita akan mematuhi disiplin dengan sendirinya. Sedangkan adanya papan tanda di mana-mana yang bertujuan untuk mengingatkan kita pun, kita selalu sahaja melanggar peraturan. Apatah lagi jika tiada peraturan tersebut, akan makin kelam-kabutlah sistem di jalan raya.
Mengapa ada segelintir rakyat Malaysia agak sukar untuk mematuhi peraturan? Saya ingin berkongsi pengalaman berada di UK yang mana rakyat di sana amat mematuhi peraturan memasang tali pinggang keledar (seat-belt) apabila menaiki kenderaan. Bukan itu sahaja, peraturan yang menetapkan kanak-kanak diwajibkan duduk di tempat duduk khas juga sangat dipatuhi oleh ibu bapa. Adakah ini kerana mereka takut kepada polis? Tidak juga…polis jarang sekali dilihat meronda. Cuma kalau terserempak dan ketika itu anak tidak duduk di tempat duduknya, saman 90 pound pastinya akan membuatkan serik untuk mengulanginya. Bagi saya, mereka begitu memahami kenapa peraturan itu diwujudkan. Begitu juga keadaannya semasa berkesempatan dalam lawatan ke Jepun suatu ketika dulu. Maka tidak hairanlah, sepanjang berada di kedua negara itu, sangat jarang saya mendengar berita kematian akibat kemalangan yang tinggi di negara mereka berbanding di negara kita.
Mematuhi peraturan samalah juga sebenarnya memahami siapa diri kita. Masakan tanpa memahami diri ini kita mampu untuk memahami peraturan-peraturan lain yang di sekeliling kita.
Apa kaitannya peraturan dan diri? Memang ramai yang tidak memahami akan persoalan ini. Pernahkan kita terfikir kenapa kita dilahirkan pada tarikh tertentu? Pernahkah juga kita memikirkan apakah ukuran atau perkiraan sehinggakan sistem badan kita dapat berfungsi dengan betul? Sistem badan kita ini sebenarnya umpama sistem siaran radio juga. Pada siaran gelombang tertentu, Era contohnya pada 103.3 FM kita dapat mendengar siaran di Selangor dengan begitu jelas sekali. Apabila gelombang tidak tepat, adakah anda dapat mendengar dengan begitu jelas? Pastinya tidak bukan.
Colour Vibration Therapy yang diasaskan oleh Prof Dr Sir Norhisham berjaya menyingkap rahsia sistem tubuh kita menggunakan Sains Fizik dan Islamisasi ilmu. Sistem tubuh yang dikenali sebagai NW1 hingga NW20 iaitu daripada kelenjar Pineal hinggalah kepada saraf dan tulang yang bekerja secara seimbang pada frekuensi 0 nanometer hinggalah 780 nanometer. Dan apabila berlaku ketidakseimbangan pada frekuensi ini, maka akan berlakulah gangguan pada salah satu organ yang pastinya akan memberi kesan kepada sistem tubuh yang lain.
Rahsia sistem tubuh ini juga dapat menyingkap rahsia waktu dan rahsia hari berdasarkan rahsia warna.
Sebagai contoh, pernahkah anda memikirkan rahsia waktu sembahyang yang wajib dilakukan oleh umat Islam? Tahukah anda bahawa peralihan waktu solat adalah permulaan peralihan gelombang baru atau cahaya-cahaya baru dengan warna mulai terbentuk. Melengah-lengahkan solat akan mendedahkan seseorang kepada tekanan rendah yang menjejaskan aktiviti sel.
Terdapat perbezaan besar antara pelajar yang memahami cara yang saya meksudkan di atas tadi dengan pelajar yang tidak memahami. Ini kerana pelajar yang bijak tadi memahami peraturan untuk mendapatkan CGPA 4.000. Saya pernah melalui pengalaman ini semasa saya menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains Komputer. Allah memberi kesempatan melalui pengalaman memperoleh CGPA daripada 2.6 hinggalah yang tertinggi iaitu 4.000.
Rahsia kejayaan CGPA 4.000 adalah sebenarnya terletak kepada kesungguhan setelah saya memahami cara untuk mendapatkannya. Yang pertama, sistem di universiti pensyarah yang bertanggungjawab membuat soalan dan juga menanda kertas ujian, peperiksaan mahupun kerja kajian. Bukan beerti di sini apabila pensyarah bertanggungjawab ke atas semuanya, maka perlu mengambil hati pensyarah bagi tujuan mendapatkan markah yang baik (bukan maksudnya mengambil hati dengan membodek, tetapi menjadikan alasan untuk merapati pensyarah dan menimba ilmu secara lebih personal dengan pensyarah). Perkara yang penting adalah hubungan antara pelajar dan pensyarah.
Menurut Dr ArifFaizal dalam Hukum Keseimbangan, hubungan terjadi jika ada rasa pemurah dan rasa kasih. Tanpa rasa tersebut maka hubungan tidak terjadi. Sesuatu perkara dapat disampaikan jika ada hubungan. Pelajar perlu ada rasa kasih terhadap pengajar, maka pengajar pula akan rasa kasih pada pelajar. Pelajar yang mengasihi pengajarnya akan menurut segala yang diajar oleh pengajarnya. Pengajar pula perlu ada rasa pemurah dengan pelajarnya kerana pelajar pelajar juga akan menyerahkan dirinya dengan penuh redha untuk diajari.
Maka pelajar akan berasa sangat mudah menerima dan memahami pengajaran pensyarahnya. Wujudnya hubungan ini akan menjadikan pelajar sangat bersemangat untuk cemerlang dalam subjek yang diajar oleh pensyarahnya. Dan pensyarah juga pastinya mahukan yang pelajar tadi berjaya dengan cemerlang dalam subjek yang diajarnya.
Apa yang berlaku, adanya hubungan antara pelajar dan pensyarah, pensyarah tadi telah melihat potensi yang ada pada pelajarnya, dan pelajar pula berasa begitu bersemangat dengan sokongan dan rasa kasih dari pensyarahnya. Maka tidak hairanlah, jika dikaji pelajar yang menjadi pelajar terbaik, didapati mereka begitu rapat dengan pensyarah atau guru mereka.
Bagi pengajar pula, jika guru atau pensyarah dapat memahami setiap karektor pelajarnya, pengajar sedikit sebanyak boleh membantu banyak masalah pelajar sama ada masalah akademik atau masalah sosial.
Bagi memahami pelajar, berbalik semula kepada peraturan tadi. Pengajar mestilah memahami ilmu mengenal diri bagi memudahkan memahami karektor dan sifat pelajarnya. Oleh demikian barulah potensi pelajar dapat disalurkan ke arah kekuatan dan kecenderungan pelajar tersebut.
Begitu jugalah halnya kepada ibu bapa. Malah ibu bapa lebih pentingnya mengetahui dan mengenali anak-anak. Tanggungjawab mendidik bermula dari rumah lagi. Guru dan pensyarah hanya sebagai membantu ibu bapa dengan mengajar ilmu iaitu kesinambungan daripada pendidikan dari rumah.

Mengenal Potensi Diri Melalui Warna Diri
Warna Luaran dan Warna Dalaman
Setiap individu mempunyai warna yang melindungi dirinya. Warna pelindung diri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian luaran dan dalaman. Warna luaran mendominasikan 80% sifat individu berbanding warna dalaman. Warna diri ini dikenali sebagai aura yang tidak kelihatan yang bertindak sebagai perisai halus atau benteng diri manusia. CVT mengkategorikan warna tersebut mewakili empat level diri manusia iaitu Spiritual (Putih), Emosi (Merah Jambu), Mental (Hijau) dan Fizikal (Biru).
Maka empat warna luaran dan empat warna dalaman menghasilkan 16 kombinasi gabungan Warna Diri :
Daripada perbezaan Warna Diri inilah yang membezakan kecenderungan setiap individu. Sebagai contoh, walaupun kombinasi warna yang seakan sama bagi Warna Diri Spiritual Mental dan Mental Spiritual, tetapi kecenderungan 80% akan memberikan cara pemikiran yang berbeza di antara dua individu ini.
| Warna Dalaman 20% | |||||||||
| Warna Luaran 80% | Spiritual | Emosional | Mental | Fizikal | |||||
| Spiritual | Spiritual | Spiritual | Spiritual | Emosional | Spiritual | Mental | Spiritual | Fizikal | |
| Emosional | Emosional | Spiritual | Emosional | Emosional | Emosional | Mental | Emosional | Fizikal | |
| Mental | Mental | Spiritual | Mental | Emosional | Mental | Mental | Mental | Fizikal | |
| Fizikal | Fizikal | Spiritual | Fizikal | Emosional | Fizikal | Mental | Fizikal | Fizikal | |
Manfaat Mengenal Warna Diri
Secara tidak langsung anda akan mengetahui berbagai ragam (karektor, minat, kecenderungan, bakat dan jua kelemahan) setiap individu. Komunikasi biasanya akan menjadi lebih mudah kerana kepekaan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan orang-orang yang saling berhubungan dengan kita.
Rasa hormat dan prihatin akan lebih mudah terpelihara kerana kita telah mengetahui kelemahan-kelemahan dan kebaikan-kebaikan orang yang akan berurusan dengan kita. Kita tidak mungkin mengambil kesempatan yang boleh melukakan atau menjatuhkan nilai diri orang yang sedang berhadapan dengan kita Kita juga takkan keliru dan bersedia apabila berhadapan dengan telatah atau sikap negatif yang akan berlaku secara keterlanjuran apabila rakan-rakan kita hilang kawalan dan kesabaran misalnya.
Pastinya orang yang telah mengetahui watak dan ragam rakan-rakannya akan menggunakan sepenuh rasa tolak ansurnya bagi maksud mencapai keharmonian dalam komunikasi. Rakan yang bijak yang dapat mengawal suasana pergaulan dan pasti dapat mewujudkan minat atau kebolehan rakan-rakannya yang berkemungkinan tidak begitu agresif atau sebaliknya (dapat memotivasi orang lain). Kita dapat membakitkan rasa minat dan keyakinan diri seseorang dalam keadaan normal dan semulajadi, tanpa rasa kekok sewaktu komunikasi sedang berjalan.
Kita juga dapat menghargai dan memberi peluang dan pendedahan yang bersesuaian dengan kecenderungan dan bakat terpendam pada diri seseorang. Maka, dengan ini hubungan kemesraan dan rasa hormat menghormati akan lebih terjamin dan berpanjangan.
Selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawakan yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku. Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redha. Oleh itu, sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor.
Pemikiran mempengaruhi tindak balas organ dalam badan. Sama ada sesuatu organ atau kelenjar itu ingin merembeskan hormon atau tidak atau sama ada organ itu ingin berfungsi atau tidak adalah bergantung kepada cara kita berfikir. Pemikiran yang baik akan menjadikan sesuatu organ berfungsi dengan normal.
Tenang, Sabar, Ikhlas dan Redha
CVT menemukan rahsianya iaitu gema dalaman pesakit yang terbaik di antara 4 jenis gema iaitu keredhaan selain hening, sabar dan ihklas. Redha atau menerima dengan sungguh-sungguh, merasai kesakitan sebagai suatu nikmat, syukur di atas pemberian itu dan tidak memikirkan rasa sakit, adalah suatu tenaga yang akan menukar sifat-sifat racun menjadi penawar tanpa diduga.
Pada umumnya manusia sekarang ini sedang menjalani kehidupan di dalam dua masa iaitu masa alam dan masa peribadi. Jika frekuensi di dalam minda tinggi contohnya sentiasa hidup dalam keresahan, terkejar-kejar sesuatu dan sebagainya maka manusia akan dikuasai masa alam (hidup dalam masa alam); jika frekuensi minda rendah (delta), seperti sentiasa hidup dalam keadaan hening, sabar, ikhlas dan redha maka manusia akan menguasai masa peribadi (hidup dalam masa peribadi) yang mana masa itulah yang akan menemui rahsia penciptaanNya dengan kehidupan yang damai dan tenteram.
Adalah perlu pesakit dinasihatkan supaya terlebih dahulu bertenang (rileks) kemudian bersabar, ikhlas untuk mendapat rawatan dan akhirnya redha atau menerima segala ketetapan yang didatangkan ke atas dirinya sebagai suatu rahsia hikmah yang sangat besar ertinya.
Redha akan membantu mencapai keputusan penyembuhan yang cepat pada keadaan homeostasis. Sifat-sifat tersebut sebenarnya adalah suatu bentuk tenaga yang akan menukar tindakbalas keracunan yang sepatutnya berlaku namun sebaliknya bertindak sebagai penawar. Dalam pada itu cuba-cubalah pastikan pesakit mendapat rawatan dengan penyerahan dirinya. Kerana ditakuti pesakit sukar untuk sembuh apabila tiadanya gema yang sesuai di dalam dirinya ketika itu. Perlunya tiada sikap berpura-pura, hipokrit dan curiga kerana ia juga akan menjejaskan tindakbalas kimia di dalam tubuh seseorang. Akibatnya kesan keracunan tadi akan menghasilkan karbon dioksida yang pada peringkat tertentu meningkatkan kadar suhu tubuh seterusnya mencipta keletihan dan merebaknya sesuatu penyakit.
Hening, sabar, ikhlas dan redha adalah sifat sel
Orang yang hening akan melakukan kerja-kerjanya dengan penuh fokus, terurus dan tersusun. Begitulah juga dengan sel; ia menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah sangat tertib dan harmonis. Tiada kesilapan atau ralat yang berlaku dalam segala aktiviti-aktiviti sel. Segala aktiviti yang sempurna hanyalah boleh dilakukan apabila berada dalam keadaan fokus dan fokus hanya akan diperolehi apabila berada dalam keadaan hening. Setiap sel tubuh mempunyai tugas-tugas yang tertentu yang spesifik. Setiap sel tubuh amat faham akan tugas masing-masing berdasarkan ilmu masing-masing. Ini menunjukkan bahawa sel-sel tubuh amat fokus dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya.
Walaupun begitu, sel-sel tubuh juga sangat peka (alert) terhadap pengaruh sekeliling. Ia bersedia pada bila-bila masa untuk menerima dan menjalankan arahan sampukan (interrupt) atau kecemasan apabila diperlukan yang mana arahan ini akan diberikan oleh hipotalamus melalui isyarat (hormon) yang dihantarkan kepadanya. Jika sel-sel tubuh tidak bersifat hening, segala aktivitinya akan manjadi kacau-bilau dan fungsi-fungsi organ tubuh terganggu; ini akan menyebabkan berlakunya penyakit.
‘Keheningan’ sel-sel tubuh berkerja dapat diperhatikan pada ketika ia menghasilkan antibodi-antibodi yang tepat apabila tubuh diserang bacteria merbahaya. Tidak mungkin sel-sel tubuh dapat melakukan aktiviti-aktivitinya dengan tepat jika ia tidak berada dalam keheningan.
‘Kesabaran’ sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara sangat teliti dalam aktiviti-aktiviti yang sangat kompleks. Walaubagaimana berat/ sukar sekalipun kerja-kerja itu, sel-sel tubuh tetap akan melakukan aktiviti-aktviti yang berkaitan sehingga berjaya.
‘Keikhlasan’sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa hingga ke akhir hayat tubuh.
‘Keredhaan’sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa walaupun ia ‘dianiaya’ oleh tuan tubuh. Walau apa pun yang dimakan atau diminum oleh ‘tuan’nya, tidak kira sama ada makanan atau minuman itu berkhasiat atau tidak, sel-sel tubuh akan tetap menjalankan segala aktivitinya seperti biasa mengikut kemampuannya (dengan penuh redha).
Sikap (Sifat) Spiritual, Emosi Dan Mental
Sikap Spiritual, Emosi dan Mental adalah lebih penting dalam memulihkan penyakit fizikal daripada sebarang faktor lain. Malah sikap Spiritual adalah faktor penentu. Faktor terpenting ini jika diselitkan di dalam doa atau sembahyang yang masih dikuasai oleh ketakutan, keraguan atau rasa bersalah hanya akan menghasilkan keputusan yang negatif. Hanya doa di dalam sembahyang yang disokong atau disertai dengan kekuatan spiritual yang mendalam untuk membawa hasil yang positif.
Sikap Spiritual, Emosi dan Mental yang positif sebenarnya akan menentukan anda mengharungi satu suasana kehidupan yang penuh ketenangan atau anda mengharungi di dalam kehidupan yang penuh kesal dan marah.
Ketidakseimbangan Organ Pengaruhi Personaliti
Jadual karektor berdasarkan organ
Berikut ialah jadual senarai organ dan karektor yang dipengaruhinya.
Personaliti dan warna diri
Kesemua karektor ini dapatlah dirangkumkan kepada tahap-tahap kumpulan organ pada sistem tubuh badan. Terdapat empat bahagian utama pada tubuh yang dirangkumkan seperti dalam rajah di bawah;
Organ organ di bahagian kepala yang terdiri daripada;
- Kelenjar Pineal NW1
- Kelenjar Pitutari NW2
- Thalamus NW3
- Hipothalamus NW4
- Kawalan Biotik NW5
- Sinus NW6
- Kawalan Suhu NW7
- Medulla Oblongata NW8
| Sikap Positif | Sikap Negatif |
| Deria otak yang peka Bijak / Cerdik Perancang Boleh membaca situasi Yakin diri Jujur Martabat Kepimpinan Petunjuk Ilham Disiplin Penumpuan Keajaiban diri Rasa bertuah Penguasaan Kuasa dalaman Imuniti | Ego / keras hati Putus asa Murung Kebimbangan Hiperaktif Mudah terpengaruh Ketakutan Riak Kebendaan Suka memerintah Tidak mahu mengalah Tidak tentu hala Tanpa matlamat Nasib malang Serangan penyakit Hilang arah / punca |
Organ di bahagian dada terdiri daripada Paru-paru NW10 (termasuk trakea, bronkiul, payu dara) dan Jantung NW11. Organ ini banyak berkaitan dengan emosi dan perasaan. Rasa sedih, risau, mengeluarkan air mata, gembira, panik dan sebagaikan adalah melibatkan organ di bahagian ini. Mereka yang aktif penggunaan organ paru-paru dan jantung ialah golongan berpesonaliti Emosi. Personaliti Emosi banyak berkaitan dengan kesabaran, dan sabar adalah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Emosi.
| Sikap Positif | Sikap Negatif |
| Terbuka Tenang Menghayati Kreatif Kasih sayang Keriangan Pemurah Kematangan Pemelihara Tersendiri Cara / langkah / konsep Keibuan /Kebapaan Berani Kejiwaan Kebijaksanaan Kuasa minda yang tiada batasnya Belajar melalui kesilapan / pengalaman | Sensitif melulu Serius Penarikan diri Pemarah Kebencian Termenung Kesedihan Kedengkian Sakit hati Megah Berpura-pura Lembab berfikir Menangguh Mengukut hati Kebodohan Kebudak-budakan |
Organ di bahagian perut terdiri daripada;
| Sikap Positif | Sikap Negatif |
| Kuat berfikir Pemikiran kritis Objektif Pengingat Peramah Boleh dipercayai Pintar Percakapan Penyabar Minda | Malas berfikir Lembab Keliru Pelupa Gelojoh Berkira-kira Mengkritik Cemburu melulu Mencari alasan Berceloteh |
Bahagian bawah terdiri daripada organ-organ seperti berikut;
- Hormon pembiakan ovari / testis NW16
- Alat kelamin, organ kencing NW17
- Sistem darah dan sistem otot NW18
- Usus kecil dan usus besar NW19
- Tulang dan saraf NW20
Organ di bahagian bawah ialah organ yang banyak berkaitan dengan aktiviti fizikal. Mereka yang aktif menggunakan organ bahagian bawah ialah golongan berpesonaliti Fizikal. Personaliti Fizikal banyak berkaitan dengan keredhaan, dan redha ialah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Fizikal.
| Sikap Positif | Sikap Negatif |
| Matang Intelek Berpandangan jauh Cekal dan tabah Tegas Kebolehan fizikal Cita-cita tinggi Agrasif Bergaya Bertanggungjawab Keterampilan kemas Pengawalan diri Kemewahan meterial Praktikal | Super ego / keras hati Putus asa Kelemahan fizikal Pelupa yang keterlaluan Konflik dalaman Malas Mementingkan diri Menindas Tidak sensitif Bangga diri Rasa bersalah yang mendalam Kekesalan yang berterusan Kemiskinan Teori |
Tyroid NW9 ialah satu-satunya organ yang tidak mempengaruhi personaliti. Kesemua peringkat personaliti berpotensi mendapat kelemahan di bahagian Kelenjar Tyroid.
PENYELESAIAN PERMASALAHAN & KECEMERLANGAN MENURUT 4 LEVEL

Penekanan penyelesaian apa jua pemasalahan atau tujuan kecemerlangan mengikut
Spiritual --> Emosi --> Mental --> Fizikal
Sila baca rujukan ini :
Ingin CEMERLANG : Bagaimana saya ingin bermula???
Bukan diri anda yang mahu keadaan tak bermaya sebagaimana anda hadapi kini. Dulu anda seorang yang penuh bertenaga dan aktif. Kenapa kini seperti satu episod yang lain pula. Anda sendiri tidak memahami kenapa keadaan ini berlaku kepada anda.
Melihat orang lain berjaya, anda pun di dalam sudut hati yang paling dalam juga sebenarnya ingin mengecapi nikmat kejayaan itu. Tidak mampukah anda untuk berjaya seperti mereka juga?
Bagaimana saya ingin bermula???
Kajian mendapati penyakit moden yang dihidapi oleh pesakit disebabkan cara berfikir yang negatif seperti melakukan perkara remeh-temeh, berangan-angan dan memikirkan perkara yang sama berulang-ulang kali tanpa mencapai rasa kepuasan yang sebenarnya.
- KENALI WARNA DIRI... PENGENALAN KEPADA PELAJAR
- Program : Pemajuan Kecemerlangan Akademik dan Sahs...
- WARNA DIRI : KENALI KONSEP CVT DAHULU....

Aplikasi Penggunaan Perspektif Warna
Sebelum saya meneruskan penerangan akan setiap Warna Diri, saya ingin kembali semula akan penggunaan Perspektif Warna sepertimana di posting Sistem Tubuh dan Perspektif Warna . Apabila anda telah memahami akan bagaimana perkaitan warna ini dengan alam dan sistem organ tubuh manusia dan resonan warna dengan waktu dan hari, maka saya ingin mencadangkan pengamalan tertentu. Saya katakan 'pengamalan' adalah kerana ianya perlu konsisten dan diulang-ulang, sebagaimana tajuk saya akan Otak dan Pembelajaran di bawah posting Sistem Tubuh dan Perspektif Warna bagi mewujudkan resonan pada diri.
Penggunaan Perspektif Warna dalam Amalan Harian (Sumber dari blog Dr Ariffaizal : Warna Resonan Waktu)
Jadual di bawah menunjukkan waktu kemunculan sesuatu warna berdasarkan urutan jam.
| 12.00 malam hingga 1.00 pagi | putih |
| 1.00 pagi hingga 2.00 pagi | pink |
| 2.00 pagi hingga 3.00 pagi | violet |
| 3.00 pagi hingga 6.00 pagi | indigo |
| 6.00 pagi hingga 7.00 pagi | biru |
| 7.00 pagi hingga 7.30 pagi | hijau, kuning, oren, merah, infra red |
| 7.30 pagi hingga 9.00 pagi | hijau muda |
| 9.00 pagi hingga 11.00 pagi | hijau tua |
| 11.00 pagi hingga 5.00 petang | kuning |
| 5.00 petang hingga 7.00 petang | kuning, oren, merah |
| 7.00 petang hingga 7.30 petang | kuning, oren, merah, infra red |
| 7.30 petang hingga 9.00 malam | indigo |
| 9.00 malam hingga 12.00 malam | violet |
Jadual di bawah menunjukkan waktu kemunculan sesuatu warna berdasarkan urutan organ tubuh. Waktu ini juga ialah waktu aktiviti organ ini sedang berada dalam keadaan paling aktif atau menjalankan fungsinya secara optimum secara semula jadi.
| NW | ORGAN | WAKTU RESONAN |
| 1 | Pineal | 12.00 mlm - 1.00 pagi |
| 2 | Pitutary | 12.00 mlm - 1.00 pagi |
| 3 | Thalamus | 1.00 pagi - 2.00 pagi |
| 4 | Hiperthalamus | 2.00 pagi - 3.00 pagi |
| 5 | Kawalan biotik | 7.30 mlm - 9.00 mlm 3.00 pagi - 6.00 pagi |
| 6 | Sinus | 7.30 mlm - 9.00 mlm 3.00 pagi - 6.00 pagi |
| 7 | Kawalan suhu | 7.30 mlm - 9.00 mlm 3.00 pagi - 6.00 pagi |
| 8 | Medulla Ablongata | 7.30 mlm - 9.00 mlm 3.00 pagi - 6.00 pagi |
| 9 | Tyroid | 6.00 pagi - 7.00 pagi |
| 10 | Paru-paru | 7.00 pagi - 9.00 pagi |
| 11 | Jantung | 9.00 pagi - 11.00 pagi |
| 12 | Perut, hati, limpa | 7.00 pagi - 7.30 pagi 11.00 pagi - 7.30 petang |
| 13 | Buah pinggang | 7.00 pagi - 7.30 pagi 11.00 pagi - 7.30 petang |
| 14 | Hempedu | 7.00 pagi - 7.30 pagi 11.00 pagi - 7.30 petang |
| 15 | Pankreas | 7.00 pagi - 7.30 pagi 11.00 pagi - 7.30 petang |
| 16 | Hormon, pembiakan | 7.00 pagi - 7.30 pagi 5.00 petang - 7.30 petang |
| 17 | Alat kelamin | 7.00 pagi - 7.30 pagi 5.00 petang - 7.30 petang |
| 18 | Darah, otot | 7.00 pagi - 7.30 pagi 5.00 petang - 7.30 petang |
| 19 | Usus | 7.00 pagi - 7.30 pagi 5.00 petang - 7.30 petang |
| 20 | Tulang, saraf | 7.00 pagi - 7.30 pagi 7.00 petang - 7.30 petang |
Waktu Resonan Organ
Setiap organ mempunyai warna tertentu. Oleh itu, ia amat dipengaruhi oleh warna yang merangsangnya. Organ yang menerima rangsangan akan aktif sepanjang rangsangan diterima. Waktu sesuatu organ ini menerima rangsangan ialah ketika atmosfera memancarkan vibration yang resonan dengan sesuatu organ.
Walaupun setiap hari kita menempuh waktu dan terdedah kepada atmosfera yang bertukar-tukar warnanya, namun kita tidak dapat resonan jika tidak melakukan amalan atau tindakan tertentu. Jadual di bawah menunjukkan waktu-waktu yang resonan dengan organ serta amalan dan tindakan yang perlu diambil setiap kali muncul waktu tersebut.
| NW | WAKTU RESONAN | TIDUR | MAKAN | FIKIR | KERJA |
| 1 | 12.00 mlm - 1.00 pagi | ||||
| 2 | 12.00 mlm - 1.00 pagi | ||||
| 3 | 1.00 pagi - 2.00 pagi | ||||
| 4 | 2.00 pagi - 3.00 pagi | ||||
| 5 | 7.30 mlm - 9.00 mlm 3.00 pagi - 6.00 pagi | ||||
| 6 | 7.30 mlm - 9.00 mlm 3.00 pagi - 6.00 pagi | ||||
| 7 | 7.30 mlm - 9.00 mlm 3.00 pagi - 6.00 pagi | ||||
| 8 | 7.30 mlm - 9.00 mlm 3.00 pagi - 6.00 pagi | ||||
| 9 | 6.00 pagi - 7.00 pagi | ||||
| 10 | 7.00 pagi - 9.00 pagi | ||||
| 11 | 9.00 pagi - 11.00 pagi | ||||
| 6.00 pagi - 11.00 pagi | |||||
| 1.00 petang - 3.00 petang | |||||
| 11.00 pagi - 1.00 petang | |||||
| 12 | 7.00 pagi - 7.30 pagi 11.00 pagi - 7.30 petang | ||||
| 13 | 7.00 pagi - 7.30 pagi 11.00 pagi - 7.30 petang | ||||
| 14 | 7.00 pagi - 7.30 pagi 11.00 pagi - 7.30 petang | ||||
| 15 | 7.00 pagi - 7.30 pagi 11.00 pagi - 7.30 petang | ||||
| 16 | 7.00 pagi - 7.30 pagi 5.00 petang - 7.30 petang | ||||
| 17 | 7.00 pagi - 7.30 pagi 5.00 petang - 7.30 petang | ||||
| 18 | 7.00 pagi - 7.30 pagi 5.00 petang - 7.30 petang | ||||
| 19 | 7.00 pagi - 7.30 pagi 5.00 petang - 7.30 petang | ||||
| 20 | 7.00 pagi - 7.30 pagi 7.00 petang - 7.30 petang | ||||
| 7.30 petang - 9.00 malam | |||||
| 9.00 malam - 11.00 malam |
Daripada jadual di atas, tanda betul ialah amat digalakkan, tanda salah amat tidak digalakkan, manakalah kotak yang dibiarkan kosong adalah bebas.
Waktu Terminator
Waktu terminator ialah istilah fizik bagi menunjukkan sempadan pertukaran gelombang atmosfera. Setiap kali muncul waktu terminator, caj elektromagnetik tubuh akan tercemar dan bocor atau merosot. Setiap kali tiba waktu terminator, kita perlu mendapatkan air untuk minum atau mandi atau membasuh beberapa bahagian organ yang terdedah kepada atmosfera untuk mendapatkan semula caj (ion positif atau elektron) elektromagnetik yang hilang.
Kegagalan untuk mendapatkan air bagi tujuan membasuh atau mandi atau sekurang-kurangnya minum, akan menyebabkan berlaku kekeliruan akibat lemahnya Medulla Oblongata (NW8) mengawal tindakan luar kawal. Selain itu, hormon melatonin akan terencat dan manusia akan kehilangan semangat atau keletihan. Antara perkara yang biasa akan berlaku ialah kelalaian dan kemalangan.
Terdapat 8 waktu terminator sepanjang 24 jam. 5 waktu diantaranya amat mudah dikenali melalui waktu solat orang Islam. Bermaksud 5 daripadanya telah dikenalpasti. Berikut ialah senarai waktu terminator yang lengkap bersadarkan peredaran matahari.
| KEADAAN MATAHARI | WAKTU (anggaran) |
| Terbit fajar | 6.00 pagi |
| Terbit mata hari | 7.00 pagi |
| Tergelincir matahari | 1.00 tengah hari |
| Bayang-bayang sama panjang dengan objek | 4.30 petang |
| 30 minit sebelum terbenam matahari | 7.00 petang - 7.30 petang |
| Terbenam fajar | 8.30 malam |
| Tengah malam | 12.00 malam |
| Dua per tiga malam | 2.00 pagi |
Setiap waktu terminator berlangsung dalam sesuatu tempoh antara beberapa minit ke 30 minit. Waktu terminator pada waktu matahari terbenam atau waktu Maghrib adalah sangat panjang. Bermaksud kelalaian ketika itu amat tinggi. Pada waktu terminator, sebaik-baiknya diisi dengan membaca Al-Quran atau jangan keluar dari rumah.
Rahsia Cahaya Dalam Waktu Solat
Warna yang kita lihat berlalu tanpa kita memikirkan bahawa cahaya dalam rahsia warna alam semula jadi iaitu matahari yang memancar dan bulan yang menyinar sebenarnya sentiasa penuh dengan pelbagai pengertian warna yang cukup mengagumkan.
Inilah rahsia mengambil wuduk lima kali sehari yang bertepatan dengan konsep basah dan kering secara berulang-ulang bagi mengimbangi wap-wap air di persekitaran tubuh dan di waktu inilah perlu diambil kesempatan atau dijadikan amalan untuk rawatan pelbagai penyakit misteri dan kronik.
| Perkaitan Organ | Peralihan Warna | Waktu Solat | Maksud Warna |
| Sistem Metabolisma | Biru Muda | Subuh | Penawar/ Komunikasi |
| Sistem Penghadaman | Kuning | Zohor | Kreatif |
| Sistem Reproduktif | Oren | Asar | Ceria |
| Otot, Saraf dan Tulang | Merah Hati | Maghrib | Keyakinan |
| Sistem Kawalan Otak | Indigo (Kegelapan) | Isyak | Ketenteraman/ Kedamaian |
Sedang saya menulis tentang solat ini, keserentakannya saya menerima mesej di Yahoo Messenger yang menceritakan perihal solat (ribuan terima kasih kepada pengirim):
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..
Zuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..
Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..
Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya': Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.
Penggunaan Perspektif Warna dalam Pemakanan
CVT memberi penekanan bahawa kaedah pengambilan pemakanan bagi manusia adalah tersusun seperti berikut supaya menghasilkan suatu bentuk tenaga yang konsisten di dalam tubuh.
Penggunaan Perspektif Warna dalam Pemakaian Harian
Amatlah penting bagi kita sekiranya dapat menyelami betapa setiap organ di dalam tubuh mempunyai warna tertentu hasil daripada getaran tenaga yang bersifat semulajadi. Bukan setakat itu sahaja, warna alam di sekeliling sebenarnya juga memberi kesan keseimbangan kepada tubuh apabila kita memahami bagaimana untuk menggunakannya. Menghargai sahaja cahaya dan warna belum memadai untuk membuka rahsia diri kita yang sebenarnya penuh dengan gemerlapan cahaya yang dihiasi dengan warna-warna yang cukup cantik dan indah.
Dalam 24 jam sehari, atmosfera kita akan memancarkan lengkap tujuh warna. Perubahan warna dalam sehari ini dipengaruhi oleh putaran bumi dan penerimaan cahaya matahari. Perubahan warna yang berlaku sepanjang 24 jam mempengaruhi organ-organ yang resonan dengan warna tersebut. Namun begitu, terdapat sesuatu warna yang paling dominan untuk hari yang berbeza pada ulangan (The Law of Repetition) setiap tujuh hari (sila rujuk post bertajuk Warna Hari Resonan di blog Dr Ariffaizal). Dalam bahasa yang paling mudah, dalam sehari terdapat lengkap 7 warna. Tetapi setiap hari, satu daripada warna tersebut akan dominan.
Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Law of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.
| HARI | WARNA | FREQUENSI |
| ISNIN | PUTIH | 0- 279 nanometer |
| SELASA | PINK / VIOLET | 380- 489 nanometer |
| RABU | BIRU | 490- 544 nanometer |
| KHAMIS | KUNING / OREN | 555-729 nanometer |
| JUMAAT | HIJAU | 545- 554 nanometer |
| SABTU | MERAH | 730- 780 nanometer |
| AHAD | HITAM | 0- 279 nanometer |
Dengan memakai warna yang sama dengan warna alam, tanpa kita sedari alam akan akur kepada diri kita. Hatta, hendak tersepak batu di hadapan, hati kita terdetik dapat melihat batu tersebut kerana alam saling berinteraksi dengan kita.
| HARI & WARNA | PENERANGAN |
| AHAD HITAM | Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air. Oleh kerana pada hari Ahad dikatakan tenaga ini separa matang (magnitud), maka ianya bersifat Pencetus iaitu langkah pertama yang menentukan tindakan kedua dan seterusnya. Ianya di dalam bentuk niat daripada hasrat / tujuan / cita-cita / keinginan dalam mencapai sesuatu. Maka pada hari Ahad, berazamlah untuk minggu itu. Susunlah perancangan apa yang ingin dilakukan. Tidaklah nanti pada hari Isnin anda tidak tahu apakah kerja yang ingin dimulakan. |
| ISNIN PUTIH | Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin. |
| SELASA PINK / VIOLET | Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (NW3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa. |
| RABU BIRU | Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (NW9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya). |
| KHAMIS KUNING / OREN | Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (NW12, NW13, NW14, NW15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (NW16, NW17). |
| JUMAAT HIJAU | Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (NW11) dan Paru-paru (NW10). |
| SABTU MERAH | Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh. |
===================================================================
Penekanan penyelesaian apa jua pemasalahan atau tujuan kecemerlangan mengikut Spiritual --> Emosi --> Mental --> Fizikal
Mengapa begitu pentingnya saya mengulang-ulang akan peranan fokus, konsisten dan berulang-ulang? Sedangkan ketika ini saya sudah pun sepatutnya meneruskan penerangan bagi penerangan akan Warna Diri. Perkara ini adalah mewujudkan RESONAN. Cuba lihat gambarajah di bawah ini yang saya ulang-ulang letak, tetapi masih belum diberikan penerangannya lagi :

Gambarajah di atas menunjukkan peri pentingnya suatu langkah yang perlu dipatuhi bagi mewujudkan resonan.
Apakah kaitan di dalam mencari resonan ini dengan istilah Magnitud, Amplitud, Frekuensi dan Resonan? Pernah kah anda mempelajari istilah ini di dalam subjek Fizik? Maka di sini lah kita aplikasikan semula manfaat pelajaran Fizik di dalam aplikasi kehidupan kita semula.
Magnitud adalah sebagai Pencetus yang iaitu langkah pertama yang menentukan tindakan kedua dan seterusnya. Ianya di dalam bentuk niat daripada hasrat / tujuan / cita-cita / keinginan dalam mencapai sesuatu. Ini adalah pada tahap Spiritual iaitu di dalam rahsia semangat. 


===============================================================
Warna Diri : Penyelesaian Permasalahan & Kecemerlangan Diri
Apakah yang anda perolehi dengan mengetahui Warna Diri? Warna Diri yang diketahui adalah bagi mengelakkan kekosongan di dalam diri yang boleh berlaku apabila kita tidak mengetahui siapa diri kita. Kekosongan ini lah yang menyebab gangguan dari luar akan mengisinya dan membuatkan kita bosan kerana tidak tahu apakah yang ingin dilakukan, tidak tahu apakah arah tuju, tidak tahu apakah kehebatan diri yang hendak diketengahkan atau digilap dan syik berfikir-fikir akan kelemahan serta kekurangan diri.
Maka dengan mengetahui siapa diri melalui Warna Diri ini, maka secara Magnitudnya akan mencetuskan semangat di dalam diri. Maka perlulah berlakunya Amplitud pula iaitu mencari kaedah akan cara untuk menggilap kehebatan yang telah diketahui. Dan Frekuensi berlaku iaitu apabila diulang-ulang kaedah tersebut dengan konsisten dan tanpa was-was atau ragu lagi. Berlakunya Resonan adalah apabila berlakunya perlaksanaan yang menjadikan hasil sepertimana yang diniatkan, diusahakan dan ditetapkan. Maka barulah apa sahaja yang dilakukan MENJADI !!!!!
Pengenalan
Penyusunan potensi diri yang tersusun dan teratur secara peringkat umur. Bermula sejak lahirnya seseorang, program DNA akan mencerna kepelbagaian program hidup menurut sistem tertentu.
| Peranan (Deria & Organ) | Peringkat | Umur | Melebihi umur 12 tahun |
| Spiritual Telinga & Jantung | Bayi – 3 tahun | Bagi mereka yang telah melepasi umur 12 tahun, pemahaman Warna Diri ini akan bertindak untuk ‘mengembalikan’ semula semua nilai atau karakteristik yang sebenarnya tersimpan di dalam setiap sel tubuh. Rangsangan demi rangsangan melalui kepercayaan dan keyakinan yang diulang-ulang dengan kerap dan konsisten memberikan daya yang seimbang untuk melakukan proses pengubahan secara spiritual, emosi, minda malah hingga ke tahap fizikal. | |
| Emosional Hidung & Paru-paru | 3 – 7 tahun | ||
| Mental Mata & Hati | 7 – 12 tahun | ||
| Fizikal Lidah & Usus Besar, | 12 tahun ke atas |
Namun kebanyakan kanak-kanak pada zaman ini telah begitu terdedah kepada pelbagai risiko pengubahsuaian genetik yang mengakibatkan lemahnya daya berfikir dan fizikalnya sendiri yang turut lemah. Aspek pemakanan adalah faktor paling utama dalam masaalah kesihatan dewasa ini.
Level (Deria & Organ) | Umur | Peringkat | Pengisian |
| Spiritual Telinga & Jantung | Bayi – 3 tahun | Pada awal ini mudah sangat anak-anak meniru apa jua yang diajar padanya contohnya apabila disuruh azan, berzikir, berdoa dan sebagainya. | Banyakkan pendedahan stimulasi telinga. Perdengarkan kata-kata yang baik dan bacaan Al Quran, zikir dan sebagainya. Anak mula suka dibacakan buku dan dilayan bercerita. Apa juga karenahnya, banyakkan tenang mengatasinya. |
| Emosional Hidung & Paru-paru | 3 – 7 tahun | Anak mula mengikut apa yang diajar. Pandai hendak mengikut solat bersama, mengaji bersama kerana mengikut cara kita yang mengajarnya. Anak perlu melihat role model. Rasa ingin mengetahui apa yang orang dewasa lakukan. Beri anak rasa seronok jika benar ingin bersama melakukan pekerjaan orang dewasa dan bukannya dihalang atau dikritik. | Pertunjukkan sepenuh kasih sayang. Pupukkan minat padanya bermula usia ini. Cari cara yang kreatif dan imaginatif. Suasana perlu menyeronokkan supaya apabila ke peringkat seterusnya terbina suka ke sekolah dan belajar. Apa juga karenahnya, banyakkan sabar dalam mengatasinya. Peranan keseronokan inilah utama bagi peringkat early age. Saya melihat bagaimana barat mengkaji hal ini dan mengadakan pendidikan 'learn and play'. |
| Mental Mata & Hati | 7 – 12 tahun | Jika sebelum ini hanya mengikut- ikut sahaja apa orang dewasa lakukan, pada peringkat ini anak diberi kefahaman ilmunya apa itu solat. Berikan bahan bacaan yang sesuai untuk dikongsi ilmunya bersama anak. Galakkan solat berjemaah dan diulang-ulang proses pengajaran ini. Anak faham apa di sebalik rahsia solat contohnya jika betul cara penyampaian ilmunya. | Penerapan ilmu. Ajar pengetahuan. Peranan belajar di sekolah rendah bagi mewujudkan pemahaman. Namun jika pemahaman gagal di peringkat ini, maka perlaksanaan dan disiplin pada peringkat berikutnya akan mengalami masalah. Apa juga karenahnya, terima dengan ikhlas akan tanggungjawab yang diamanahkan (guru dan ibu bapa). Perlu diulang-ulang pengajaran dan konsisten sehingga faham. |
| Fizikal Lidah &Usus Besar, Darah, Otot, Tulang & Saraf | 12 tahun ke atas | Anak pandai untuk mengulas sendiri segala apa yang telah dipelajarinya dengan penuh matang, kreatif dan kritis. Kefahaman ilmunya menjadikan dirinya yakin. Kefahaman mewujudkan jati diri mana yang betul dan mana yang salah. Pandai bersolat sendiri malah memainkan peranan untuk menjadi imam dan ingin mengajar adik-adik yang lain pula. | Perlaksanaan dan disiplin diri. Boleh buat sendiri tanpa disuruh lagi. Tahu sendiri apa yang perlu dilakukan. Menjadi seorang yang penuh bertanggungjawab. Banyak perkara menjadi mudah di peringkat ini jika 3 peringkat sebelum diikuti. Juga boleh menjadi peringkat yang paling sukar untuk dibentuk lagi. Cara mengatasinya adalah dengan redha menerimanya dan ulang semula peringkat bermula dari awal. |
| Peringkat | Deria | Organ | Cabaran & Atasi |
| Spiritual Pencetus akan langkah pertama yang menentukan tindakan kedua dan seterusnya. Dalam bentuk niat daripada hasrat/cita-cita/ tujuan/keinginan dalam mencapai sesuatu. | Telinga | Jantung | Semangat boleh menjadi hangat-hangat tahi ayam. Mudah putus asa. Perlu fokus dan ingatkan diri kembali untuk meningkatkan semula keyakinan dan semangat. Kekuatan doa yang diulang-ulang akan niat / impian /cita-cita yang ingin digapai. Carilah sokongan dari orang lain untuk memberi motivasi. Impian boleh jadi terlalu banyak dan besar, maka tumpukan satu persatu dulu. Jangan ingin buat semua. Imbangi kemahuan. |
| Perdengarkan selalu kata-kata yang memberi semangat. Elakkan dari mendengar kata-kata yang boleh mematahkan atau memudarkan semangat anda. Sebutkan hasrat dan niat itu hingga selalu terdengar-dengar di telinga sendiri. Tulis impian anda dan baca berulang kali sehingga anda benar fahami kemahuan anda. | Jantung akan teruja kerana bertemu semangat baru. Jaga jangan terlalu over-excited kerana niat yang baik begitu mudah dipintas atau diganggu. Boleh juga menjadi gemuruh akan impian baru, maka kurangkan debaran itu. Tenang (relaks) untuk menetapkan halatuju yang jitu. Boleh cepat penat dan lesu, maka pastikan cari cara kembalikan semula tenaga itu. | ||
| Emosional Menemui jalan/ kaedah/ cara/ metod | Hidung | Paru-paru | Visual kurang jelas / daya imaginasi lemah. Perlu sabar dan mencari punca kepada kaedah (jangan terburu-buru). Jadikan diri penuh minat. Jangan diganggu oleh rasa bosan. Jangan wujud pun istilah bosan. Pastikan diri di dalam mood gembira dan membuat kerja penuh keseronokan. Berikan sepenuh jiwa dan minat barulah nampak secara visual akan bayangan bagaimana untuk mencapai hasrat yang ingin digapai. |
| Deria bauan berkait rapat dengan deria citarasa. Dari citarasa yang tinggi maka mindanya akan melahirkan ilham yang banyak, daya imaginasi yang tinggi dalam menghidu (mencari) cara, kaedah, jalan atau peluang. | Dada berasa lapang dan lega jika bertemu cara yang sesuai. Namun boleh sesak jika tidak bertemu jalan. Pastikan selalu berada di dalam suasana cukup oksigen dan tidak menyesakkan fikiran. | ||
| Mental Tenaga konsisten. Melalui usaha yang konstan, tetap, diulang-ulang dan berterusan (istiqamah) dengan ilmu tanpa had. Juga tidak menghadkan keupayaan diri. Tidak berganjak dari landasan. | Mata | Hati | Tidak konsisten, banyak halangan & banyak campur tangan luar. Terganggu, berasa was-was, dan curiga. Berpeganglah pada prinsip yang telah disetkan di minda. Fikirkan semula akan niat asal untuk mengembalikan keikhlasan diri. Terima pandangan orang lain dengan positif iaitu tanpa syak wasangka atau wujud rasa hasad dan dengki. Nilai semula secara rasional dan berhemah. Imbangi keceriaan diri agar tidak terlalu serius. Ingatkan diri untuk menjaga konsistensi. Bersikap adil kepada diri dalam perkara kejayaan dan tidak menghadkan keupayaan diri. |
| Ilmu dalam menyusun dan analisis apa sahaja yang dilihat. Mata berkait rapat dengan daya tumpuan dan daya fikir yang penuh kreatif. Mata akan merangsang kemampuan minda dalam mengenali dan melahirkan segala bentuk gambaran. Mata juga mempelajari dan menganalisa sesuatu hanya berdasarkan simbol-simbol tertentu atau ‘hints’yang sedikit. Natijah daripada ini, daya kreativiti minda akan meningkat dan keseronokan akan berterusan dan istiqamah. | Boleh jadi kreatif atau keliru kerana memikirkan perkara yang remeh temeh berulang kali. Kegagalan berfikir dengan baik menyebabkan banyak tenaga tidak digunakan dan akhirnya bertukar menjadi bebanan keracunan di dalam organ-organ tubuh. Ini akan melemahkan kekuatan sel-sel otak di bahagian medulla oblongata atau di pangkal tengkuk. Akibatnya otak tidak lagi mampu berfikir secara tepat dan pantas. | ||
| Fizikal Kecepatan di dalam perlaksanaan yang menjadikan hasil sepertimana diniatkan, diimpikan dan diusahakan (apa yang dilakukan semua menjadi - berlaku kecepatan luar biasa) | Lidah | Usus Besar, Darah, Otot, Tulang, Saraf | Boleh diganggu rasa malas dan bertangguh kerana hilang keupayaan tenaga fizikal. Buat perancangan dan disiplinkan diri (sikap terus buat). Lambat / apa yang diusahakan tidak menjadi / berlaku kemalangan atau kecacatan atau pemecahan. Perlu redha dan menerima dengan keterbukaan. Tabah dan cekalkan hati. Beranikan diri berhadapan apa jua. Penyerahan sepenuhnya setelah berusaha dan tidak resah menunggu hasil. Bersikap pasrah akan ketentuanNya. |
| Deria lidah juga berhubungkait dengan cita rasa. Lidah akan menjadi lebih peka dan sensitif terhadap setiap rasa makanan dan minuman yang melaluinya. Juga pada hakikatnya meningkatkan tahap cita rasa individu daripada sudut perasaan/ emosi (feeling), persepsi dan visual terhadap segala faktor-faktor persekitarannya. | Kelancaran isyarat elektrik di dalam darah dan saraf oleh otak ke setiap sistem tubuh dan sebaliknya dalam mengarahkan tindakan yang berterusan dan tersusun lagi lancar. Psikologi keyakinan, keberanian, sangat serius di dalam aspek masa, mengikut arahan dan disiplin yang telah ditetapkan, tetap, sangat berstruktur, bersistematik dan sangat terperinci. |
Kitaran Spiritual, Emosional, Mental dan Fizikal

Berfikir adalah aktiviti terpenting bagi melengkapkan proses penjanaan tenaga. Setiap sel akan menjalankan fungsinya secara optima apabila pemikiran digerakkan dengan konsisten.
Kegagalan berfikir dengan baik menyebabkan banyak tenaga tidak digunakan dan akhirnya bertukar menjadi bebanan keracunan di dalam organ-organ tubuh. Berfikir dengan kebijaksanaan dan kematangan cukup banyak merangsang setiap sumber tenaga di dalam tubuh untuk digunakan tanpa meninggalkan kesan-kesan keracunan yang mengakibatkan banyak masalah kesihatan.
Oleh itu, berfikir sebenarnya aktiviti yang paling banyak menggunakan tenaga secara maksima di samping mengatur kerja-kerja sistem tubuh khususnya sistem hormon dapat dirembeskan menurut spesifikasi kerja dengan lebih tersusun, tepat dan cekap.
Rangsangan pengetahuan dan pemahaman Warna Diri memberikan keperluan kepada otak untuk bekerja sebagai penggerak atau pencetus kepada seluruh aktiviti sel yang lain samaada dengan memperbaiki kepincangan atau menyeimbangkannya pada tahap yang diperlukan.
Mematuhi peringkat Spiritual (Magnitud), Emosional (Amplitud), Mental (Frekuensi), dan Fizikal (Resonan) ini bertindak dengan kelajuan atau kecepatan dalam proses fizik dan biokimia untuk menukar semua sumber-sumber tenaga kepada tenaga yang diperlukan tanpa pembaziran.
Mematuhi peringkat Spiritual (Magnitud), Emosional (Amplitud), Mental (Frekuensi), dan Fizikal (Resonan) ini menerbitkan rangsangan otak yang paling dasar iaitu nukleus sel melalui tenaga yang dinilai sebagai gelombang berfrekuensi rendah dan cetusan gema yang konsisten. Tenaga yang tidak dapat dikesan melalui pengukuran biasa tetapi ia wujud dalam bentuk kepercayaan, keheningan, kesabaran, keikhlasan dan keredhaan yang sangat berkuasa.
Hasilnya banyak proses atau tindakbalas kimia yang tidak berjalan akan digerakkan semula secara konsisten dan konstan seterusnya mengaktifkan isyarat-isyarat elektrik dan magnetik supaya bekerja dengan lebih cekap dan dapat dilihat melalui perlaksanaan aktiviti secara lahiriah.
- Menghantar isyarat spesifik kepada kawasan otak spesifik
- Proses di otak sepertimana otak sepatutnya bekerja pada keadaan asal
Melahirkan keadaan serba berbeza melalui tindakan:
• Mencetus daya kepada akal untuk berfikir
• Merangsang perasaan “suka & hendak” – ‘Semuanya Baik’
• Merangsang rasa kepuasan sebagai satu keperluan otak
• Mencetus rasa penghargaan dan hormat kepada diri sendiri
• Menyerlahkan personaliti sebenar
• Meningkatkan ‘kesedaran diri’
Menekankan prinsip berikut:
• Melawan daya dorongan ke arah persepsi-tingkahlaku-amalan negatif
• Menggerak daya pacuan ke arah persepsi-tingkahlaku-amalan positif
Pemahaman akan Warna Diri dengan jelas dan sepenuh kepercayaan akan kekuatan diri ke arah kejayaan dan kecemerlangan akan mencetus kehadiran tenaga dalam perangsangan yang diperlukan untuk menerbitkan tindakan/reaksi otak.
• Memberikan isyarat positif kepada tubuh melalui otak.
• Menukar corak tenaga dan karakter menurut mesej yang dihantar
• Mengawal keadaan kecenderungan negatif
• Memperbaiki kepincangan tenaga
• Mengubah secara kimia zat-zat makanan yang terpendam
• Meningkatkan tindakan super sedar
• Meningkatkan rangsangan otak
• Memberikan rasa selesa dan tenang
• Meningkatkan daya ketahanan fikiran dan tubuh dalam sebarang pengujaan
Proses memotong aliran gelombang yang bercelaru dan tersimpan di dalam memori tubuh. Pembersihan tenaga yang tercemar.
Menggabungkan tahap tenaga paling dasar iaitu spirit, emosi dan minda secara relatif dengan tahap fizikal berasaskan prinsip keserentakan dalam menuju kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Membantu merangsang proses mengenalpasti kecenderungan dan kemahiran diri dalam membentuk pengkhususan bidang yang akan diceburi sebagai kerjaya yang harmoni.
Pola tidur yang lebih baik.
Warna Diri - Go into detail...
Keistimewaan mempelajari warna diri ini ialah secara tidak langsung kita akan memahami cara pemikiran. Terdapat dua bahagian atau hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri.
Jika dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar di seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan satu-satu tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan material semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih ketara apabila pelajar memasuki gerbang universiti. Jika dikategorikan dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal. Gaya berfikir seperti ini sangat-sangat memerlukan sebab-sebab rasional dan logik; segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman yang lalu dan mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan.
Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan dikongkong oleh logik dan rasional. Para pelajar tidak akan bebas berfikir dan tidak mampu dan tidak berani melahirkan idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat bertentangan dan dianggap pelik oleh individu-individu yang berfikiran konvensional. Fikiran konvensional adalah fikiran yang berasaskan pendapat-pendapat lama yang telah kukuh dan diterima ramai sebelum ini. Jika ada idea-idea baru yang dilahirkan pun hanyalah berbentuk inovatif atau ‘improvement’ daripada idea-idea sebelum ini, bukan berbentuk kreatif.
Jadi, bagaimana untuk menjadikan anak atau pelajar berfikir cara otak kanan? Pertama sekali perlulah diketahui anak berada di dalam level warna diri yang mana, iaitu sama ada Putih (Spiritual) dan Merah Jambu (Emosional) bagi cara pemikiran otak kanan, dan Hijau (Mental) dan Biru (Fizikal) bagi cara pemikiran otak kiri.
Apabila mengetahui warna diri, lebih lagi apabila mengetahui anak lebih cenderung kepada cara pemikiran otak kiri, maka anak dapat dilatih untuk berfikir cara otak kanan. Selain daripada itu, cara pembelajaran juga akan lebih mudah apabila merujuk kepada kekuatan cara pembelajaran bagi setiap warna level diri.
Cuba lihat bagaiman seorang guru yang berlevel diri Spritual, Emosional, Mental dan Fizikal memainkan peranannya di dalam pengajaran dan fikirkan kesannya kepada pelajar yang juga terdiri daripada level diri yang berbeza-beza juga. (sambung nanti...nak uruskan anak ke sekolah...)


































0 ulasan:
Catat Ulasan