Pengumuman

Di atas kesibukan pengajian, saya menumpukan perhatian dan fokus kepada pengajian saya ketika ini. InsyaAllah di lain masa saya akan aktif semula di dalam perawatan ini. Terima kasih. Salam kejayaan buat semua.

Selamat datang dan sudi-sudikan....

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh buat semua...

Diharapkan blog ini dapat membantu individu, pelajar mahupun ibu bapa atau guru/ pensyarah/ pengajar dalam memahami potensi diri dengan mengenali rahsia Warna Diri dan bagaimana Colour Vibration Therapy membantu dalam penyelesaian ke arah kecemerlangan diri.

Saya juga berharap blog saya ini yang dipenuhi ilmu dan maklumat dapat mengisi ruang ilmu. Sekurang-kurangnya bagi mencapai salah satu objektif saya iaitu pengisian masa dengan ilmu yang bermanfaat dan merangsang daya fikir kreatif.

Nota : Di dalam blog ini, saya banyak merujuk kepada pengisian pengkajian Dr Ariffaizal di blog RawatanKesihatan.

Sila layari juga sisi tepi kiri laman blog ini hingga ke bawah bagi koleksi siri motivasi.

Sila membaca menggunakan susunatur pembacaan seperti yang dinyatakan di sisi tepi kiri ini....

Khamis, 2008 April 17

Pengalaman ini....Kenapa kita diganggu?

Pengalaman jatuh dan bangun, berada di atas dan di bawah membawa banyak pengertiannya bagi mereka yang ingin memahaminya. Adakalanya kita lupa untuk mengambil pengajaran.

Ujian Allah

We as Muslims believe life on earth has a very important purpose. It is a test. We may be born :

  • wealthy or poor
  • healthy or sick
  • strong or weak
  • beautiful or ugly
  • generous or mean

There is no point in moaning about our life. We don't know why things are the way they are, or what we are meant to learn. But to a Muslim, it is all God's will. We have free will to choose how we will react to the life we have been given.

What is it that is tested?

  • Our character - are we greedy, selfish, unkind, mean, spiteful or cowardly?
  • Our reaction to misfortune - are we frightened, complaining, a burden to others?
  • Our reaction to good fortune - are we selfish, conceited, arrogant, proud, miserly?
  • Our way of life - are we dishonest, disrespectful, hurtful, unforgiving?

God Knows

A poor man owned nothing but a fine white stallion. One day he found the paddock empty. 'What a terrible fortune!' said his friend. 'Maybe, maybe not,' he said.

Next day the stallion returned, bringing with him five beautiful wild mares. 'What wonderful fortune!' said his friend. 'Maybe, maybe not,' he said.

Next day his only son tried to tame a mare and was thrown. He broke his legs and became a cripple. 'What a dreadful fortune!' said his friend. 'Maybe, maybe not,' he said.

Then there was a war and all young men went to fight in the army - all except the cripple. The army lost and all the young men were killed....

Allah's Rule

  • He doesn't test people beyond their strength to cope
  • Allah does not force changes on people; He waits for them to change themselves...


Fatalism is the belief that everything is unchangeable. It suggests that people are helpless and so weakens their sense of responsibility. And Islam does not accept fatalism. We, muslims believe that Allah allows human beings to have minds that can reason and make choices. And the choices that we we make, in the future judgement (alam akhirat nanti) will take account of the choices we have made.

Qada' dan qadar which means destiny (the predetermined future) is what we believe that everything is planned by Allah. There cannot be such things as chance or random events. The whole universe is like that. Is it about cause and effect. We might know something about it, but we don't know much! But Allah knows everything in the smallest detail. He knows how many leaves there are on a tree, or how many hairs there are on your head.

And all humans have instinct. They are also free to choose good or evil. The part that makes the choice is the mind. Allah does not control anyone's mind, but allows them free will. Allah already knows our mind before we do. Our destiny is already known. He knows if we are going to obey or disobey His will, but that doesn't take away our freedom. Humans do not know their destiny, and can still choose what they will do.

Freedom of choice places great responsibility on a person. Allah could have made us all into robots, but He did not so. We can choose how to act. It is usually clear whether a particular action is good or bad. So if we deliberately choose to act against our consciences and do evil instead of good, then we must be prepared to pay for the penalty.

The devil is always eager to gain control of a person's mind, so we need to alert at all times. we must control our instincts. The path towards evil is always easy and tempting, and the path towards good may be hard and full of difficult decisions and sacrifices.

Sumber di atas saya pelajari daripada Exploring Religious: Islam by A Geldart 1999. Ianya merujuk kepada konsep yang sangat asas yang cuba untuk saya sampaikan dalam perkataan yang mudah. Sebelum ini berbagai dan berbuih ayat motivasi sebagainya....tetapi apabila saya kembali kepada asas semasa mencari bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak saya yang berumur 4 dan 6 tahun, barulah saya boleh menjelaskan kepada mereka. Maka diharap ianya dapat juga dikongsikan bersama anda juga.


Sains dapat mengukur akan abnormalities yang berlaku dalam sistem otak kita apabila didapati seseorang itu telah didiagnos menghidap sesuatu penyakit. Dan bagi penyakit pelik seperti berkaitan dengan sistem otak yang mengakibatkan kecelaruan pemikiran, apakah pendekatan yang digunakan selain daripada ubatan berbentuk dadah dan terapi kaunseling dan sebagainya. Namun sejauh mana perlu bergantung kepada dadah yang mendatangkan pelbagai kesan jangka masa panjang pula.Cuba kita fahami mengapa kebanyakan penyakit yang berkaitan pemikiran dikaitkan dengan gangguan kepada otak. Siapakah yang pada waktu itu mengusai diri kita? Dan apakah perkaitan ini dengan Qarin? Siapakah Qarin ini?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan.

Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu."

Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?"

Aisyah berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah."

Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?"

Aisyah bertanya: "Apakah aku ada syaitan?"

Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin."

Aisyah bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?"

Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.


Sumber di atas pula saya perolehi daripada Jin : Hakikat & Pengubatan, oleh Dato' Hj Ismail Kamus.

==================================================================================

Saya menemui pula sumber ini yang menceritakan peranan Iblis dalam menyesatkan manusia.

Tiada manusia terlepas daripada iblis

Harian Metro - Ad Din

IBLIS juga makhluk, cuma ia dicipta daripada api, lebih awal daripada manusia.

Disebabkan dengkinya dan berasa diri lebih mulia, ia tidak mahu mematuhi perintah Tuhan supaya memberikan peng hormatan kepada Nabi Adam.

Disebabkan sikapnya yang begitu bongkak sehingga meng ingkari perintah Tuhan, ia menjadi hamba yang kafir dan disediakan kepadanya neraka yang tidak terperi azabnya.

Ia menerima ketentuan itu walaupun mengetahui akan dimasukkan ke dalam neraka.

Justeru, ia mencari teman daripada keturunan Adam iaitu manusia dengan meminta dua perkara daripada Allah: agar diberikan usia yang panjang iaitu tidak mati sehingga Hari Kiamat dan dibolehkan menggoda semua manusia sepanjang masa.

Perkara ini ada diceritakan dalam al-Quran. “Setelah selesai kejadian Adam, maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. Melainkan Iblis. Ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”

Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk.”

Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarkanlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk.

“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.”

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan.”

Allah berfirman: “Maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari masa yang termaklum.”

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah me nyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-Mu yang yang ikhlas di antara mereka.”

Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-Ku, tidaklah ada bagimu kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang yang sesat.” (al-Hijr:30-42)

Iblis pandai memujuk rayu untuk menyesatkan manusia, datang pada setiap waktu dari pelbagai penjuru, malah dapat memasuki badan manusia, sehingga berjalan di dalamnya seperti mengalirnya darah, bersembunyi dalam hati dan tinggal dalam akal manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: “Sesung guhnya syaitan (iblis) berjalan pada manusia di pembuluh darah (semua yang boleh dilalui darah).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila ia di hati, manusia akan menjadi was-was dan khuatir tidak menentu dalam perkara kebaikan, malah mem benci kebaikan dan gemar kepada yang salah.

Jika ia bersarang di akal, manusia asyik memikirkan ke untungan peribadi sahaja, tanpa mempedulikan hak dan kebajikan orang lain.

Demikian juga jika ia bertempat dalam badan atau anggota badan manusia, membuatkan manusia lebih suka kepada kemungkaran, benci kepada ketaatan, gemar kepada perkara yang bertentangan dengan kebenaran.


Semua manusia termasuk rasul, nabi, ilmuan dan cen dekiawan didatangi iblis, dirayu dan mahu disesatkan se boleh-bolehnya. Nabi Adam dapat dirayu oleh iblis hingga membuatkannya terkeluar dari taman keindahan.

Iblis juga memujuk rayu putera Nabi Adam, Qabil sehingga beliau membunuh saudaranya Habil. Hati Zulaikha juga dimasuki iblis hingga merayu Nabi Yusuf.

Qarun yang kaya-raya juga tewas dengan pujuk rayu iblis hingga membuatkan beliau berasa sombong, tidak mahu mentaati perintah Allah sehingga beliau dan kekayaannya ditelan bumi.

Sehingga hari ini apabila terjumpa harta benda di perut bumi, manusia menggelarkannya harta karun sempena nama Qarun.

Tujuan iblis ialah supaya manusia mengikuti jejaknya, tidak mentaati Allah dan melanggar segala perintah-Nya sehingga sama-sama memasuki neraka.

“Dan sesungguhnya neraka jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu.” (al-Hijr:43)

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur dan tidak dibajai dengan mengingati Allah. Tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya me nyesal kemudian hari walaupun pada peringkat awal dibuai keseronokan.

Dalam menghadapi orang beribadat misalnya, iblis berusaha menampakkan perbuatan yang baik, malah berpura-pura turut bersolat.

Ia turut sama melakukan rukun dan perkara sunat dalam solat, tetapi lama-kelamaan ia cuba bertenggek di hati orang terbabit.

Tindakan iblis itu menyebabkan orang terbabit berasa was-was terhadap ibadat yang dilakukan, malah disebabkan terpengaruh dengannya sama ada sedar atau tidak, setiap pergerakan rukun dipandang remeh sehingga kadangkala tidak begitu sempurna.

Bagi suami yang rajin beribadat juga iblis tidak lupa membisikkan tipu dayanya supaya hanya beribadat tanpa melakukan pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga, anak dan isteri.

Begitu juga si isteri, dibisikkan supaya sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian suami.

Si miskin ditanamkan iblis rasa kebencian dan iri hati kepada orang berharta sehingga berasa tidak yakin dengan keadilan Allah.

Mereka yang hartawan juga dipengaruhi kononnya semua harta terbabit adalah diri sendiri yang punya, jadi tidak perlu diagihkan kepada fakir miskin.

Pendek kata semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu dan pengaruh iblis. Cuma bezanya ialah se setengah mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala yang lemah iman terjerumus ke dalam perangkapnya.


Benteng diri daripada syaitan
Oleh Mohd Zawawi Yusoh

HIDUP tidak sunyi daripada ujian dan bahaya. Dalam pelbagai bahaya, yang paling bahaya ialah bahaya syaitan. Sebab itulah benteng pertama yang diajar Allah ialah "saya berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Bahaya penyakit fizikal seperti jangkitan kuman atau virus, binatang buas, bencana tanah runtuh dan gempa bumi hanya akan membawa akibat fizikal seperti kecacatan, kesakitan, kerugian dan kematian.


Tetapi, akibat dan bahaya syaitan akan membawa kecacatan rohani, ketempangan sosial dan kedangkalan sistem politik yang akhirnya membawa diri ke 'neraka sementara' di dunia sebelum neraka kekal di akhirat nanti.


Jika hendak melawan syaitan sepatutnya kita mengetahui karakter dan strategi serta selok-belok, modus operandi dan organisasinya.


Patut juga diketahui ialah kelemahan dan pantang larang syaitan, iblis dan konco-konconya. Siapa musuh iblis dan syaitan?

Mereka ialah Rasulullah s.a.w, orang beriman yang pengasih dan penyayang, suka memberikan nasihat, bertaubat, berakhlak mulia, bersedekah, memberikan manfaat kepada orang lain, sentiasa berwuduk, tidak melakukan dosa, solat khusyuk, pemerintah yang adil, orang kaya yang rendah hati, peniaga yang jujur dan amanah, istiqamah membaca al-Quran dan orang yang bangun bersolat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sementara sahabat syaitan dan iblis pula ialah orang kaya yang sombong, peminum arak, hakim yang tidak adil, peniaga yang tidak jujur, orang yang tidak membayar zakat, orang yang meringankan solat, orang yang makan harta anak yatim, orang yang beramal kerana nama, orang yang penghasut dan pendengki serta orang yang membuang masa dan melakukan perbuatan sia-sia.


Pintu hati manusia yang dimasuki oleh iblis:

* Putus asa dan kecewa

* Memandang remeh pada dosa kecil

* Panjang angan-angan dan suka puji-pujian

* Memandang rendah orang lain

* Tidak takut murka Allah

* Tidak boleh mengawal marah

* Ujub, sombong, riak dan buruk sangka terhadap orang lain

* Terlalu cinta dunia

* Bakhil dan kedekut




Rumah yang tidak dimasuki iblis ialah rumah yang penghuninya saling bermaafan, dalam keadaan berzikir, selalu menjauhi dosa, merendah diri kepada Allah, soleh dan solehah, berbakti kepada ibu bapa, berwuduk dan bersolat serta sentiasa membaca al-Quran.

Ada beberapa jenis senjata untuk melawan syaitan, iaitu membaca Bismillah, banyak berzikir, beristighfar, membaca "la ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin", membaca doa pagi dan petang, bersugi dan gosok gigi, solat berjemaah, berwuduk sebelum tidur, membaca doa masuk tandas, banyak berselawat kepada nabi, bertaubat banyak-banyak dan banyak membaca al-Quran.


==================================================================================

Perkaitan dua warna utama : Hijau dan Kuning akan modus operandi iblis memasuki tubuh

Manusia yang sering menghidapi penyakit adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. Sebenarnya kita sendiri yang mengundang untuk didampingi oleh makhluk halus yang sentiasa berkeliaran mencari peluang atau jalan masuk ke tubuh kita.

Berdasarkan teori, hijau adalah warna perasaan yang menguasai bahagian jantung dan paru-paru. Iblis dan jin akan mencuba sedaya upaya mencemarkan gelombang dalam frekuensi warna hijau agar manusia gagal mengusai perasaannya dan bertukar menjadi garang, pemarah dan bengis. Apabila manusia yang sedang dirundung perasaan duka, warna hijau akan bocor dan keluar menyelubungi persekitaran tubuh seseorang yang disebut sebagai aura atau medan energi yang kotor.

Kekurangan warna hijau pada tahap dalaman pada sel-sel jantung dan paru-paru akan menyebabkan sesorang sukar menahan kemarahannya. Akhirnya sifat pemarah ini akan menjadi perlakuan semula jadi yang tidak dapat lagi dibendung. Hijau adalah warna pengimbang atau warna neutral dalam air yang cukup oksigen. Anda disarankan meminum air, mengambil air sembahyang atau terus mandi jika nafsu amarah menyerang diri. Padamkan kemarahan itu kerana ia sebenarnya adalah sepotong api neraka yang dibawa masuk oleh jin melalui aura atau cahaya dalaman yang bocor dan menipiskan lapisan ozon seseorang. Unsur atom oksigen dalam aliran darah turut berkurangan kerana kegagalan sistem pernafasan di paru-paru.


Warna kuning adalah warna pembersih di bahagian perut yang menguasai solar plexus di waktu tengahari. Tetapi apabila perut dipenuhi dengan makanan yang terlalu berkhasiat seperti sotong yang amat sukar dihadam, maka unsur air atau tenaga hydrogen di bahagian tersebut tidak lagi berfungsi untuk maksud pembersih. Maka perut menjadi kotor dan tenaga yang berlebihan ini yang dikenali sebagai toksin yang menguasai bahagian hati dan hempedu.

Segumpal daging yang dikenali sebagai hati menjadi hitam dan akhirnya terjadilah berbagai simptom penyakit seperti jaundis, hepatitis dan batu karang akibat lebihan lemak atau kolesterol yang tidak dapat dipecahkan menjadi tenaga kerana kegagalan warna kuning bertindak sebagai perangsang sistem metabolisme tubuh.

Bermula daripada itu secara psikologi, kuning yang berlebihan ini akan melemahkan kekuatan sel-sel otak di bahagian medulla oblongata atau di pangkal tengkuk. Akibatnya otak tidak lagi mampu berfikir secara tepat dan pantas. Kekeliruan dan penyakit was-was mula datang.

Kuning yang pada mulanya bersifat kreatif yang menguntungkan akhinya bertukar menjadi inovatif yang merugikan. Inovatif yang merugikan ini adalah apabila otak terlalu mudah membuat telahan, tuduhan dan tohmahan yang melulu. Sikap buruk sangka, dengki, khianat, dan dendam akan menambahpendamkan kuning untuk tidak pecah menjadi tenaga yang diperlukan untuk akal dan fikiran. Fikiran menjadi buntu dan tekanan yang mendesak seseorang berfikir pada permasalahan yang sama pada setiap saat masa dan ini akan mengganggu rentak jantung dan kawalan pernafasan. Organ pancreas turut terganggu fungsinya dan ini akan membuatkan seseorang keletihan kerana terlalu lama otaknya digunakan untuk berfikir tentang sesuatu persoalan yang tiada jawapan dan kesudahannya.

Kesan daripada itu, didapati tahap gula menjadi begitu tinggi kerana otak dan tubuh tidak lagi selari fungsinya. Isyarat ke otak atau sebaliknya menjadi tidak tepat dan tidak harmoni. Tahap gula yang tinggi ini akan dipergunakan oleh jin dan syaitan untuk memecah sel dan tisu-tisu tubuh yang telah lemah untuk membentuk luka yang sukar diubati.

Inilah hakikat sifat jin dan syaitan yang sering memecahbelahkan dan menimbulkan berbagai perbalahan di peringkat awal penciptaan dunia ini. Jin lebih mudah mengusai warna kuning yang mengusai sistem penghadaman seperti di perut, hati, limpa, hempedu, pancreas dan buah pinggang. Oleh itu makanlah sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang adalah cara bagaimana mengambil diet yang paling sempurna dan ini akan melemahkan seluruh anggota jin dan syaitan yang telah terperangkap di dalam tubuh kita.


Jin dan syaitan ini sebenarnya mempunyai perasaan takut yang amat luar biasa pada manusia jika kita mengenali sifat-sifatnya. Maka sikap takut yang melampau ini jugalah yang akan dimiliki oleh manusia yang telah terperangkap di dalam tubuh kita.

==================================================================================


Malah saya sendiri walau faham akan perkara-perkara ini, ada masa nya masih juga terganggu gugat. Saya faham akan Warna Diri dan juga fahami akan kelebihan dan kelemahan berdasarkan Warna tersebut.

Ada seorang sahabat saya yang berkongsi akan Kisah Nabi Musa a.s :

Kisah Nabi Musa a.s :

Nabi Musa a.s demam, dan mengadu kepada Allah,
maka Allah menyuruh makan daun yang ada di bukit ni..
Nabi Musa a.s sembuh..
Pada suatu hari, Nabi Musa a.s demam balik, Nabi Musa a.s terus pergi mengambil daun tu dan makan,
Nabi Musa a.s mengadu semula kepada Allah, kenapa tidak sembuh?
Allah jawab, memang tu daunnya, tetapi Nabi Musa a.s tidak memohon pada DIA,
Maka tidak sembuh lah ..tanpa keizinanNYA




Saya terlalu cetek akan ilmu yang mendalam. Maafkan saya jika saya tidak sepadan dengan diri saya untuk berhujah. Namun ianya tidak menghalang saya untuk berkongsi akan perkara asas yang dinyatakan di Al Fatihah (saya rujuk kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al_Quran, yang saya terharu dengan kejelasan isi pengertiannya bagi insan yang masih lagi mencari diri ini.....):

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Hidup ini adalah untuk kita berkongsi antara satu sama lain. Memang benar apabila kita susah, kita ada Allah untuk kita mengadu. Tetapi kita lupa agaknya bahawa pertolongan Allah itu melalui manusia lain atau kehidupan lain ciptaan Nya.

Ayat 5: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

Memperkatakan tentang kelemahan manusia, bahawa ia tidak akan dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah Ta'ala dan izinNya. Menurut huraian lagi : Tidak ada lain yang berhak disembah atau diperhambakan diri kepadanya selain dari Allah Yang Maha Kuasa, demikian juga tidak ada lain tempat kita memohon pertolongan selain dari Allah Yang Maha Pemurah. Ayat ini seolah bertentangan dengan ayat 2, surah Al-Ma'idah yang menyuruh manusia bertolong-tolongan antara satu sama lain dalam membuat amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah. Yang beerti kita disuruh supaya meminta pertolongan sesama manusia' sementara ayat 5 dalam surah Al-Fatihah ini menyuruh supaya kita hanya memohon pertolongan kepada Allah semata-mata.

Sebenarnya tidak ada pertentangan di antara di antara kedua-dua ayat itu, kerana usaha dan amal perbuatan manusia adalah bergantung kepada adanya sebab-sebab yang dapat menghasilkan kejayaan itu dan ketiadaan halangan-halangan yang merentanginya. Demikianlah kejadian alam ini, segala yang berlaku itu pada keseluruhannya adalah melalui adanya sebab-sebab dan syarat-syarat yang telah diatur oleh Allah 'Azza wa Jalla.

Manusia sebagai makhluk Tuhan telah diberikan nikmat ilmu pengetahuan melalui akal fikirannya yang waras, di sampingn itu diberikan juga tenaga kekuatan untuk mengatasi sesuatu halangan. Oleh itu, yang menjadi tanggungjawab bagi manusia ialah menggunakan segala ikhtiar dan daya usaha, meliputi cara-cara bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama lain, yang disertakan dengan doa memohon bantuan dan pertolongan kepada Allah Subhaanahu wa Ta'ala. Semuanya ini adalah merupakan sebab-sebab yang telah ditentukan oleh Allah bagi pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Dan segala-galanya itu tidak lain hanyalah merupakan usaha ikhtiar kita sahaja.

Setelah kita berusaha dan berikhtiar maka kita serahkan pula penentuan natijah dari usaha kita itu kepada Allah Yang Maha Kuasa.


Ada juga manusia yang lupa bahawa kurniaan sama ada berupa ilmu atau kekayaan yang diperoleh olehnya adalah untuk dikongsi semula bersama yang lain. Maka apabila yang susah memohon pertolongan, janganlah beranggapan dan memandang rendah. Hari ini mungkin hari dia memohon pertolongan, dan hari lain mana kita tahu kita pula memerlukan pertolongan orang lain? Dan yang susah pula, apabila suatu hari nanti beroleh kesenangan, janganlah pula membalas akan yang senang itu suatu masa dulu tidak memberi pertolongan kepadanya. Sebaiknya...sama-sama mengambil pengajaran apabila kita berada di atas atau pun di bawah....

Jika adik-adik sebagai pelajar berasa sangat kerdil untuk bertanya atau memohon bantuan pensyarah anda lantaran ketinggian ilmu pensyarah anda itu atau rakan-rakan yang anda rasakan begitu jauh kefahaman ilmuNya...maka ingatlah akan ayat 5 surah Al-Fatihah ini. Semoga ianya memberi kekuatan untuk anda. Dan jangan lupa berserah bulat-bulat kepada Allah Azza wa Jalla sesudah kita berusaha dan berikhtiar.


Ayat 7 : Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Mengarahkan manusia kepada memerhati dan memikirkan kisah-kisah umat-umat manusia yang telah lalu dan hal ehwalnya, supaya ia memilih akan apa yang menyebabkan kebahagiaan mereka, dan berjaga-jaga serta menjauhkan diri dari apa yang menyebabkan kecelakaan mereka, sehingga dapatlah ia hidup di dunia ini dalam keadaan yang selamat, dan berjaya mendapat nikmat yang kekal pada hari akhirat kelak dalam syurga "Daru's-Salaam".



Berdasarkan ayat ini memberi kekuatan untuk saya berkongsi akan pengalaman saya. Mungkin ianya dapat membantu walaupun secebis cuma. Saya sedar bahawa saya belum mencapai kejayaan tinggi manapun, namun apabila saya berfikir semula semasa saya berkongsi bersama anak-anak kecil saya, terdetik bahawa sebelum ini semasa saya mencapai cemerlang dalam akademik, tika itu saya katakan saya belum mampu untuk berkongsi juga. Apatah lagi keadaan sekarang ini yang belum tentunya lagi saya berjaya esok hari kerana diuji kejatuhan.... tetapi kali ini saya terdetik pula untuk berkongsi kerana memahami jika saya tidak kongsikan cerita kegagalan saya masakan saya boleh membantu mereka yang kini sedang berjaya mengetahui mereka juga akan diuji dengan kejatuhan juga. Maka setidak-tidaknya perkongsian saya ini, biarpun secebis cuma, tetapi mereka dapat menghindari daripada jatuh yang terduduk atau payah untuk bangun lagi.....

P/S: kalau life kita sedang berserabut sangat, ada baiknya kita balik semula kepada perkara-perkara asas...mungkin dari situ jumpa semula jalannya. Kadang-kadang bermacam pendekatan profesional yang susah sangat nak apply, yang buat kita tidak tahu nak guna secara konsisten.

0 ulasan:

Bagaimana untuk mendapatkan perawatan Warna Diri dan Pengamalannya

Peringkat kerja

Perlaksanan / Langkah-langkah yang perlu diikuti

Pencetus akan langkah pertama yang menentukan tindakan kedua dan seterusnya. Dalam bentuk niat daripada hasrat/cita-cita/ tujuan/keinginan dalam mencapai sesuatu. Keinginan dan semangat untuk BERJAYA.

Jika anda bersetuju untuk diagnosis, perlu isikan terlebih dahulu Format Pengisian History Permasalahan :

Merupakan keperluan bagi saya mendapatkan maklumat lebih jelas akan permasalahan.

Saya akan meneliti permasalahan anda.

Setelah itu saya akan menghantar email ‘invitation’ kepada anda memaklumkan bahawa blog atas nama anda telah saya buatkan berserta Diagnosis Pengenalan. Ini adalah LAYANAN ISTIMEWA yang dapat saya berikan.

Kemudian anda boleh membuat tempahan di Tempahan Diagnosis dan Formula :

· Diagnosis : Keseluruhan (Warna Diri, Nombor Diri, Arah Kejayaan, Titik Lemah & Punca, & Konsultansi) RM 96

· Diagnosis : Warna Diri, Nombor Diri & Konsultansi RM 69

Email kepada saya bukti pembayaran.

Pembayaran perlulah dibuat atas nama :

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN

Bank : Maybank No Akaun: 1581 2701 1381

Saya akan sediakan Diagnosis seperti mana yang ditempah dan dipaparkan di blog anda sendiri (capaian hanya saya dan anda sahaja melalui kebenaran yang saya setkan).

Menemui jalan/ kaedah/ cara/ metod Berikan sepenuh jiwa dan minat

Memahami kecenderungan, kebolehan, personaliti positif & negatif kelemahan dan kebolehan diri, ragam dan perwatakan,serta terapi untuk diri. Potensi, kapasiti, ancaman dan peluang & strategi ke arah kejayaan.

Segala maklumat kesihatan terkandung di dalam blog anda sendiri. Malah sekiranya anda ingin aktif di blog anda ini, saya akan berikan kebenaran bagi membolehkan anda mengendalikan blog anda ini. Sebagai contoh anda ingin memetik ilmu daripada blog Warna Diri dan Rawatan Kesihatan yang mempunyai perkaitan dengan diri anda. Maka dengan ini saya dapat merawat anda dan membantu anda menyusun diri dengan ilmu.

Sebarang apa anda rasa atau sebarang perubahan pada diri, boleh ditulis di blog. Ini adalah kaedah moden bagi mengelakkan diri daripada berfikir-fikir berulang kali tanpa penyelesaian dan memendam rasa yang akhirnya mengganggu keseimbangan diri.

Tenaga konsisten. Melalui usaha yang konstan, tetap, diulang-ulang dan berterusan (istiqamah) dengan ilmu tanpa had. Juga tidak menghadkan keupayaan diri. Tidak berganjak dari landasan. Ilmu dalam menyusun dan analisis apa sahaja yang dilihat.

Pemahaman potensi diri melalui Warna Diri dan Nombor Diri. Pengembalian penguasaan keempat–empat level (Spiritual, Emosi, Mental dan Fizikal)

Pemahaman sistem tubuh dan fungsinya. Pemahaman bagaimana perkaitan fungsi antara satu sama lain yang berperanan menentukan apa yang dihasilkan membuahkan kejayaan.

WARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARANBSE, EQ dan Warna Diri menguja diri mencapai potensi diri yang sebenar melalui pemahaman ilmu yang jelas.

WARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARANWARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARAN WARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARANWARNA DIRI, SISTEM TUBUH & DERIA DALAM PEMBELAJARAN

Diri dan 7 warna pelangi

Keseimbangan organ dan karektor

Kecepatan di dalam perlaksanaan yang menjadikan hasil sepertimana diniatkan, diimpikan dan diusahakan (apa yang dilakukan semua menjadi - berlaku kecepatan luar biasa)

Perancangan dan disiplinkan diri (sikap terus buat). Perlu serius di dalam aspek masa, mengikut arahan dan disiplin yang telah ditetapkan

Beranikan diri berhadapan apa jua.

Tabah dan cekalkan hati.

Penyerahan sepenuhnya setelah berusaha dan tidak resah menunggu hasil.

Pemahaman dan Penggunaan Perspektif Warna dalam Pemakanan

Pemakaian warna mengikut hari yang mewujudkan keperbagaian warna yang harmoni pada alam

Tidak berlaku terlalu terbeban kepada hanya satu warna yang mengganggu keseimbangan sel

Melakukan kerja-kerja yang resonan dengan waktunya bagi hasil yang maksimum dan bertenaga.

Tubuh akan akur akan kehendak diri yang inginkan kejayaan dan kecemerlangan tetapi perlu melalui peringkat Spiritual (Magnitud), Emosional (Amplitud), Mental (Frekuensi), dan Fizikal (Resonan). Kitaran ini akan terus berlaku apabila kita memenuhi keperluan setiap peringkatnya. Namun jika tidak dipenuhi maka kita hanya akan berkitar pada peringkat itu sahaja.

Bagaimana ingin menghubungi saya ?

Saya ingin berkongsi bersama anda untuk menuju kecemerlangan diri dengan membantu diri ke tahap keseimbangan diri.

Anda ingin berjaya dan bermacam cara telah anda lakukan, tetapi anda merasakan mengapa masih juga tidak menyebelahi di pihak anda. Anda tidak mahu semangat anda menjadi pudar dan patah semangat. Bukan diri anda yang mahu keadaan tak bermaya sebagaimana anda hadapi kini. Dulu anda seorang yang penuh bertenaga dan aktif. Kenapa kini seperti satu episod yang lain pula. Anda sendiri tidak memahami kenapa keadaan ini berlaku kepada anda.

Melihat orang lain berjaya, anda pun di dalam sudut hati yang paling dalam juga sebenarnya ingin mengecapi nikmat kejayaan itu. Tidak mampukah anda untuk berjaya seperti mereka juga?

Bagaimana saya ingin bermula?

Colour Vibration Therapy, atau CVT merupakan perawatan pertama seumpamanya di dunia yang dipelopori oleh Prof. Dr. Sir Norhisham Wahab. Beliau telah berjaya menggabung jalinkan getaran cahaya, warna dan bunyi sebagai kunci utama bagi merawat diri daripada hampir keseluruhan jenis permasalahan. Gangguan untuk ke arah kejayaan seperti tekanan, hilang arah dan matlamat, gangguan fokus, keletihan dan kelesuan, tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan lain-lain adalah dikategorikan sebagai penyakit juga.

Malah paling utama CVT bukan sahaja bersandarkan kepada fakta dan pengkajian sains, tetapi ia juga turut menerapkan unsur-unsur Islamisasi ilmu. Perawatan ini membenarkan diri untuk pulih secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Pada ketika perubatan konvensional lebih fokus kepada membuang atau memusnahkan penyakit dan penggunaan dadah yang mendatangkan kesan semula kepada tubuh, perawatan CVT menggunakan formula yang dikaitkan dengan konsep getaran cahaya, warna dan bunyi bagi membantu tubuh badan untuk mencetuskan rangsangan yang menghasilkan enzim dan asid amino yang diperlukan untuk merawat sel-sel yang rosak dan ketidakseimbangan fungsi sistem tubuh.

Penawar bagi permasalahan sebenarnya berada di dalam tubuh. Dan kita sebenarnya berlawan dengan dalam diri kita sendiri yang berupa tenaga negatif yang sentiasa berikhtiar mencari titik lemah agar kita tidak berjaya. Namun, penemuan CVT membuktikan dapat mengaktifkan tenaga negatif agar menjadi penawar dengan menghasilkan keseimbangan dan keharmonian di dalam tubuh secara keseluruhan. Ia membantu mencari titik keseimbangan bagi sel atau organ dan mengembalikan semula tenaga asalnya di mana akan memberikan kuasa penawar bagi sesuatu permasalahan itu.

Semoga anda dapat memanfaatkan setiap maklumat dan ilmu di dalam blog ini dan dapat menyampaikan kepada rakan dan keluarga yang lain.

Bagaimana ingin menghubungi Dr Alya Zara ?

Dr Alya Zara kini berada di United Kingdom. Namun perhubungan komunikasi melalui email dan chat sangat dialu-alukan.
Jika saya online, sila klik butang untuk Yahoo! Messenger
atau, boleh juga jika ingin mesej terus menerusi kotak pesanan: Klik Di Sini Untuk Mesej Kepada Saya
atau, jika ingin terus menjalani diagnosis dan perawatan: Borang Pengisian History Permasalahan atau, juga Email : warnadiri@yahoo.com

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, saya bekerjasama dengan Dr Ariffaizal. Maka beliau akan berurusan dengan pelbagai masalah penyakit. Dan saya akan lebih fokus kepada perawatan permasalahan yang melibatkan motivasi pelajar, ibu bapa, guru dan individu. Sila isikan Borang Pengisian History Permasalahan & Penyakit

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru, 31350 Ipoh. Tel: 012-4008972 (HP) 05-3115859 (O)