Bukan sekadar mengetahui apa Warna Diri, maka kemudiannya kita hanya berserah kepada keadaan tanpa usaha. Maka jika itu yang berlaku, maka tidak ke mana jua akhirnya.
Saya melihat berdasarkan pelbagai pengalaman :
- terdapat keadaan pelajar didedahkan dengan suasana pembelajaran yang sangat tinggi simulasinya - guru, kelas, sekolah dengan segala kelengkapan yang sangat lengkap. Maka pelajar tadi walau tidak mengetahui apakah Warna Dirinya, tetapi simulasi pembelajaran yang diterima membuatkan dirinya selalu gembira untuk ke sekolah dan belajar dengan penuh keseronokan.
- Adalah penting seseorang itu mengetahui siapa diri mereka bagi mengenal potensi diri mereka. Jika tidak maka akan berlakulah konflik dalam diri yang mengganggu jiwa mencari kesesuaian dengan melakukan “try and error”. Dalam proses mencari diri pastinya akan diganggu dengan pelbagai gangguan yang sentiasa ingin menyesatkan di mana ada masanya jiwa akan keletihan dan melibatkan hilangnya semangat untuk meneruskan cita-cita.

Warna diri ini berkait rapat dengan ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu. Apabila tidak mengetahui warna diri atau warna alah kepada dirinya, seseorang itu akan menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran yang tanpa disedari itulah lambang kelemahan yang sedang dilaluinya.
Setiap individu mempunyai warna yang melindungi dirinya. Warna pelindung diri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian luaran dan dalaman. Warna luaran mendominasikan 80% sifat individu berbanding warna dalaman. Warna diri ini dikenali sebagai aura yang tidak kelihatan yang bertindak sebagai perisai halus atau benteng diri manusia. CVT mengkategorikan warna tersebut mewakili empat level diri manusia iaitu Spiritual (Putih), Emosi (Merah Jambu), Mental (Hijau) dan Fizikal (Biru). ========================================================
Percaya tak bahawa saya mengambil masa beberapa tahun (dari 2004 lagi) untuk cuba menjelaskan perkaitan Warna Diri dengan sistem tubuh manusia dan juga perkaitan dengan alam. Ianya masih di dalam pembinaan. Doakan kerana kali ini saya cuba untuk meneruskan kerja-kerja ini setelah begitu banyak gangguan yang menghalang daripada meneruskan hasrat ini.
Manusia bukan fizikal (jisim) semata-mata. Manusia adalah sebaik-baik kejadian di dunia. Jika dunia terbahagi kepada jisim (atom dan molekul) dan masa (gema dan niat/instinct/intuisi) bermaksud manusia ini selain fizikal, juga terdapat untuk mental, emosi dan fizikal. Setiap satu elemen ini sangat berkait rapat dengan kesan fizikal yang ditunjukkan dalam bentuk sakit.
Apakah Elemen Tubuh Manusia?
Kebanyakan daripada struktur tubuh manusia adalah terdiri daripada air, H2O, di mana sel mengandungi 65-90% air. Maka, tidak hairanlah jika dikatakan kandungan oksigen yang tinggi bagi tubuh badan manusia. Dan karbon pula adalah unit asas bagi molekul, yang kedua banyaknya di dalam tubuh manusia selepas oksigen. 99% daripada tubuh badan manusia adalah terdiri daripada 6 elemen iaitu : oksigen, karbon, hidrogen, nitrogen, calcium, dan fosforus.Elemen-elemen bagi tubuh manusia yang terdiri daripada 4 unsur utama : Nitrogen, Oksigen, Hidrogen dan Karbon dan ini dapat dilihat dalam carta berikut:
65% Oxygen, 18% Carbon, 10% Hydrogen, 3% Nitrogen,1.5% Calcium,1% Phosphorous, 0.35% Potassium, 0.25% Sulfur, 0.15% Sodium, 0.15% Chlorine, 0.05% Magnesium, 0.0004% Iron, 0.00004% Iodine. Dan didapati di dalam jumlah kuantiti yang terlalu amat kecil : Fluorine, Silicon, Manganese, Zink, Copper, Aluminum, Arsenic, Lithium, Strontium, Lead, Vanadium, dan Bromine. (Sumber oleh Anne Marie Helmenstine, Ph.D. (rujukan : W. Rodwell, P. A. Mayes, Review of Physiological Chemistry, 16th ed., Lange Medical Publications,
Rahsia penciptaan manusia yang terdiri daripada 4 unsur utama : nitrogen, hidrogen, oksigen, dan karbon yang dapat dilihat mempunyai perkaitan dengan pengkelasan 4 warna diri. Jika dilihat, perkaitan level juga yang terdiri daripada Spiritual, Emosional, Mental dan Fizikal. Maka penekanan kepada 4 warna inilah yang digunakan dalam merawati penyakit.
Tetapi apa yang berlaku, kita begitu menekankan pengambilan zat-zat mineral misalnya sedangkan keperluannya 4% sahaja berbanding 96% akan komposisi utama penciptaan manusia itu sendiri. Dalam merawati apa juga permasalahan, perkara yang perlu diutamakan adalah perawatan ke atas 96% ini iaitu Spiritual, Emosi, Mental dan Fizikal.
Prinsip Warna Diri Terdiri Daripada 4 Warna
4 Warna yang terhasil adalah hasil daripada keputusan kombinasi warna tekanan tinggi dan warna tekanan rendah yang menghasilkan di tengah-tengah seperti jadual berikut akan 4 warna ini iaitu : Putih, Merah Jambu, Hijau dan Biru.
Di dalam diagnosis yang dijalankan oleh Prof Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab ke atas pelajar di sebuah universiti dalam membuktikan hanya 4 warna sahaja bagi warna diri. Ujian kinesologi otot tangan telah dilakukan dengan menguji pelbagai warna, dan hasilkan hanya berkitar kepada 4 warna itu sahaja iaitu : Putih, Merah Jambu, Hijau dan Biru.
===================================
Dalam saya mencari bahan berkaitan Warna Diri, saya mendapati terdapat suatu teori yang dikenali sebagai Whole Brain Thinking yang mempunyai banyak persamaan dengan teori Warna Diri. Persamaan yang ketara adalah daripada segi pembahagian otak kanan dan otak kiri, dan juga karektor bagi setiap personaliti.
Apakah Whole Brain Thinking dan persamaan dengan Warna Diri?
Model bagi Whole Brain Thinking adalah seperti di bawah :

Model ini dibina oleh Ned Herrmann yang mendapati terdapat 4 cara bagaimana otak memperolehi dan memproses maklumat.
(Abaikan tentang warna dan penggunaan A,B,C dan D di dalam Whole Brain Thinking ini.)
Maka persamaan yang dinyatakan wujudkan antara Whole Brain Thinking dan Warna Diri adalah persamaan dari segi personaliti yang dinyatakan, karektor bagi personaliti dan juga pembahagian otak kanan dan otak kiri.
Memahami 4 cara pemikiran
Bagi memahami pembahagian dominasi otak ini ke atas personaliti, Whole Brain Thinking menyusun seperti berikut.
Otak kanan atas di dalam mensintesis dan mengintegrasikan maklumat serta pemikiran yang berdasarkan gerak rasa dan intuitif dan menyeluruh dipanggil personaliti yang suka membuat Eksperimen.
Otak kanan bawah pula di dalam keutamaan akan perasaan dan interpersonal, emosi dan aspek kinestatik bagi sesuatu keadaan dipanggil personaliti Perasaan.
Otak atas kiri adalah lebih kepada logikal, analitikal, kuantitatif dan pemikiran berdasarkan fakta dipanggil personaliti Rasional.
Otak kiri bawah pula lebih fokus kepada pengkhususan dan ketelitian di dalam merancang, menyusun dan mengatur maklumat dipanggil personaliti Tersusun.
Dan disusun akan karektor bagi setiap personaliti ini:
Personaliti Eksperimen : Imaginatif, Sintesis, Artistik dan Konseptual.
Personaliti Perasaan : Interpersonal, Emosional, dan Muzikal
Personaliti Rasional : Logikal, Analitikal, Kuantitatif dan Fakta.
Personaliti Tersusun : Sequential, Berstruktur, Terperinci dan Linear.
Maka susunan karektor bagi personaliti ini jelas mempunyai persamaan iaitu :
Personaliti Eksperimen = Level diri Spiritual
Personaliti Perasaan = Level diri Emosional
Personaliti Rasional = Level diri Mental
Personaliti Tersusun = Level diri Fizikal
Maka:
Apabila keempat-empat personaliti ini mengadakan perjumpaan bagi perbincangan akan tugas bagi mengadakan jamuan, maka dapat dilihat bagaimana pemikiran yang berbeza memainkan peranan seperti yang dijangkakan.
Personaliti bersifat Perasaan akan mencadangkan sudah tiba masa mengadakan jamuan seperti mana yang biasa dilakukan tahun-tahun lepas (mementingkan adanya jamuan). Dan personaliti Rasional akan menyatakan genap 11 bulan 2 minggu dan jika jamuan diadakan dalam masa dua minggu, maka genaplah setahun (sangat mengingati masa).
Personaliti Tersusun akan mencadangkan hari Sabtu adalah hari terbaik, dengan segala persiapan boleh dilakukan jam 6 petang, dan makan malam jam 8 malam, dan jam 10 minum malam(menyusun dengan terperinci).
Dan personaliti Perasaan akan menyampuk “bagus cadangan itu sebab cukup masa untuk ahli keluarga yang lain untuk turut serta bersama-sama. Maka tidak ada yang ketinggalan” – (sangat memikirkan orang lain). Dan kemudiannya personaliti Rasional menyoal semula akan “ahli keluarga yang mana dan berapa ramai?”. Personaliti Perasaan menjawab “Saya ingin menjemput sepupu-sepupu saya yang lain juga, boleh
Personaliti Eksperimen memberi cadangan akan aktiviti seperti badminton, juga mencadangkan menu makanan ditambah dan mengadakan makanan yang tidak mengandungi makanan laut kerana ada yang alergi akan makanan laut. Cadangan aktiviti lain juga bagi menambahkan keseronokan.
Personaliti Perasaan pastinya bersetuju berbagai aktiviti dan tambahan makanan, tetapi personaliti Tersusun mencadangkan “adalah lebih baik kita ikut sahaja sepertimana yang kita biasa buat seperti tahun lepas”.
Personaliti Rasional mencadangkan sumbangan bagi jamuan dinaikkan sebanyak 3 peratus memandangkan kos makanan yang semakin mahal, dan jumlah keseluruhan akan dibahagikan kepada 4.
Personaliti Rasional terus bertanya kepada personaliti Perasaan “sebenarnya berapa ramai sepupu-sepupu yang awak nak jemput?”
Memahami cara pemikiran adalah memudahkan komunikasi. Kita bayangkan setiap cara pemikiran disamakan dengan penggunaan bahasa yang berbeza. Apa yang berlaku adalah sama ada kita akan memilih untuk tidak bercakap langsung apabila tidak memahami akan bahasa yang digunakan oleh orang lain, atau kita
Memahami Cara Bekerja
Kita tukar pula situasi perbincangan jamuan tadi kepada situasi di tempat kerja pula dalam melihat cara pengurusan yang dipengaruhi oleh dominasi pemikiran yang berbeza ini.
Personaliti Rasional adalah pengurus kewangan yang mempunyai karektor sangat fokus di dalam urusan perniagaan. Bahagian Sumber Manusia selalu merungut akan pengurus kewangan yang baginya terlalu tegas, dan begitu mementingkan fakta tanpa memikirkan perasaan individu.
Manakala personaliti Tersusun sebagai pengurus yang menguruskan pengeluaran. Kecekapan adalah amat penting dan dititikberatkan. Jabatannya perlu mengikut tatacara dan peraturan yang beliau telah sediakan. Sebarang penyimpangan atau penyelewengan adalah dilarang sama sekali. Segala perancangan perlulah mengikut jadual, dan mengikut masa yang ditetapkan.
Personaliti Perasaan pula menguruskan pusat asuhan dengan reputasi seorang yang sangat disayangi oleh semua kanak-kanak di pusat asuhan tersebut. Kanak-kanak selalu gembira, begitu juga ibu bapa. Penjagaan sangat mengutamakan kasih sayang dan ibu bapa sangat digalakkan untuk melibatkan diri.
Personaliti Eksperimen pula betanggungjawab membangunkan kursus dengan penuh kreativiti. Fungsinya adalah sebagai ketua bagi pegawai latihan. Segala susunan kursus dibangunkan dengan penuh imaginasi, malah idea-idea yang dinyatakan ada yang belum pernah didengar sebelum ini (begitu unik). Perkara utama yang menyebabkan ianya menjadi ketua adalah kerana caranya menyusun pembangunan dan perancangan yang lebih awal (wawasan yang tinggi) dan sangat bagus di dalam bidang konseptual bagi rekabentuk prototaipnya. Namun begitu, cabaran terbesar baginya adalah dalam perlaksanaan segala idea sepertimana yang dirancangkan.
Memahami Cara Pengurusan
Personaliti Eksperimen : intuitif, holistik, sukakan cabaran dan berani menghadapi risiko.
Personaliti Perasaan : sangat melibatkan diri, semangat berpasukan, selalu orang menyifatkan mereka ini aset yang sangat penting
Personaliti Rasional : logikal, analitical, bottom-line tough, membuat keputusan berdasarkan fakta, melihat kepada realiti dan kenyataan semasa dan sekarang.
Personaliti Tersusun : sangat terperinci, berstruktur, tetap, tiada simpang menyimpang (terus) dan tidak meragukan.
Kesan Dominasi Pemikiran
Dominasi pemikiran ini membawa kepada cara kita berfikir, yang mana mempengaruhi minat dan kecenderungan yang mana akan memberi kesan di dalam menentukan pemilihan kerjaya dan pilihan, bagaimana untuk mencapainya dan bagaimana untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Personaliti Eksperimen : Wawasan (visi) dan matlamat yang jelas, keberkesanan strategi, idea yang luarbiasa hingga menghasilkan produk yang boleh berjaya hingga ke peringkat global.
Personaliti Perasaan : pelanggan/ pekerja / kepuasan komuniti, isu moral dan keberkesanan kumpulan dan komunikasi
Personaliti Rasional: kewangan, peringkat bawahan (bottom line), berkaitan teknologi
Personaliti Tersusun : perlaksanaan mengikut masa, perancangan taktikal, kualiti kerja tanpa sebarang kesilapan (zero defect quality)
Maka kecenderungan ini membawa kepada:
Personaliti Eksperimen : membina jangkaan perangkaan untuk jangka masa panjang (untuk 10 tahun misalnya)
Personaliti Perasaan : menguruskan konflik berkaitan emosi dan resolusi perbincangan
Personaliti Rasional : mengurus dengan teliti analisis berkaitan nombor
Personaliti Tersusun : membina perancangan projek dengan sangat terperinci dan mengikut masa yang ditetapkan
Apa yang dapat dilihat adalah semuanya adalah sangat penting, tetapi adalah lebih penting dalam memahami kejayaan menggabungkan semua ini dalam membangunkan sesuatu kerja.
Applikasi Penggunaan Cara Pemikiran
Membuat keputusan
Proses membuat keputusan dapat dibuat dengan baik apabila mengambil kira pelbagai pilihan yang ada dengan perspektif yang berbeza. Sebagai contoh dalam membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta.
Personaliti Eksperimen : melihat kepada nilai estetika, warna, stail dan inovasi yang dinyatakan bagi kereta
Personaliti Perasaan : akan memandu uji kereta bagi merasakan sendiri
Personaliti Rasional : akan melihat kepada maklumat persembahan sebenar akan kenderaan tersebut (kelajuan, teknologi enjin, teknologi tayar dan sebagainya)
Personaliti Tersusun : membaca laporan pengguna untuk mengkaji secara mendalam akan kebolehupayaan dan kebergantungan , perkara praktikal dan lain-lain seperti saiz keluasan tempat simpanan, rekod keselamatan dan sebagainya (dengan sangat terperinci)
Maka dengan menggunakan Whole Brain Thinking, kita akan
Menyelesaikan Masalah
Personaliti Eksperimen : melihat secara keseluruhan iaitu konteks yang lebih luas lagi dan mencadangkan idea.
Personaliti Perasaan: melihat dari sudut permasalahan pengguna dan bagaimana masalah itu akan melibatkan orang lain pula.
Personaliti Rasional : berdasarkan data dan fakta dan analisis daripada masalah yang sedang berlaku
Personaliti Tersusun : Langkah demi langkah dengan begitu teliti akan jalan yang dipilih dan perlaksanaan penyelesaian.
Memperbaiki interaksi di dalam kumpulan kerja
Di dalam kerjasama berkumpulan, kejayaan adalah daripada gandingan perbezaan yang pelbagai antara ahli-ahli kumpulan. Tetapi, seringkali juga perbezaan yang ada menjadi penghalang bagi menjalinkan kerjasama yang baik. Maka dengan adanya pemahaman akan perbezaan cara pemikiran yang wujud, maka dapat membantu mengenalpasti perbezaan yang ada dan menggunakan perbezaan tersebut untuk mencapai kerjasama. Maka ini dapat meningkatkan komunikasi bukan setakat di dalam kumpulan itu sahaja, malah dengan kumpulan kerja yang lain juga yang pastinya mempunyai cara pemikiran yang pelbagai juga.
Komunikasi
Objektif sesuatu kemunikasi adalah bagi menyalurkan idea, memberitahu maklumat atau memujuk seseorang. Pernahkah anda mengalami pengalaman apabila bercakap dengan seseorang tetapi tidak difahami langsung akan apa yang
Walau telah diterangkan akan Whole Brain Thinking dengan begitu panjang lebar sekali, namun Warna Diri CVT mempunyai penyelesaian yang melihat kepada aspek kesihatan dan keseimbangan. Ianya bukan aspek personaliti semata-mata, tetapi aplikasi mengetahui kesihatan dengan mengenalpasti ketidakseimbangan yang bermula dengan psikologi yang negatif.
Warna Diri - Go into detail...
Spiritual - Happy Genius
Pengaruh warna : Putih dan merah jambu
Mempengaruhi pada tahap pramatang dalam membentuk tingkahlaku.
PERANGAI/TINGKAH LAKU
• Paling sensitif/reseptif
• Emosional kemanusiaan
• Aspek pertuturan lebih mementingkan aliran bahasa dari isi kandungannya
• Memahami dunia melalui pengalaman kinestatik- deria
• Melihat reality melalui pengalaman lalu
• Pergaulan interpersonal sesama manusia
• Memahami kemahuan orang lain
• Pemberi semangat- motivasi
• Faham kerohanian yang kuat
• Kecerdasan emosi yang tinggi (emotional intelligence EQ)
PEMBELAJARAN
• Suka mendengar dan berkongsi idea
• Input sensori/kederiaan
• Suka secara berkumpulan/berbincang
• Catatan/rekod- perasaan / nilai rohani
• Suka melakonkan sesuatu secara fizikal bukan imaginasi
• Belajar sambil mendengar muzik
• Belajar dengan cara mengajar orang lain
• Penglibatan emosi dalam pembelajaran
Membina psikologi berikut:
• Semangat Tinggi
• Kepimpinan
• Deria otak yang peka
• Kecerdikan
• Perancangan
• Boleh membaca situasi
• Jujur
• Keyakinan diri
• Kepimpinan
• Deria otak yang peka
• Motivasi diri
Membangunkan KEMAHIRAN
• Cepat merasai samada sesuatu perkara itu baik atau tidak baik
• Dapat merasai sesuatu melalui tanda-tanda pada anggota tubuh
• Kecenderungan berfikir nilai dan etika
• Berhujah dengan kata-kata logik
• Membuat keputusan dengan emosi
Mengatasi Masaalah
• Kelesuan
• Perlakuan seperti menghisap jari dan menggigit kuku
• Penulisan yang bercelaru
Emosional - Emotional Quotient (EQ)
Pengaruh warna : Merah Jambu, dan Hijau
Mempengaruhi pada tahap kewaspadaan, berkonsep dengan kebolehan takrifan
PERANGAI/TINGKAHLAKU
• Persembahan menggunakan kiasan atau kata-kata simbolik/metafora
• Bahasa yang digunakan berbunga-bunga
• Banyak melakukan isyarat (gesture) gerak badan(body gesture) dan lakonan
• Menggunakan pelbagai cara/pendekatan secara serentak
• Berfikir secara terbuka dan suka mencari alternatif
• Masa amat fleksible tiada dateline dari segi masa
• Jemu kepada terperinci atau kawalan ketat
PEMBELAJARAN
• Melihat sesuatu secara keseluruhan
• Soalan “Apa Jika?”
• Belajar secara visual
• Memberi jawapan lebih dari satu
• Suka brainstorming-idea secara mendadak
Membina psikologi berikut:
• Terbuka
• Tenang
• Menghayati
• Rasional
• Kreatif
• Kasih sayang
• Keriangan
• Pemurah
• Kematangan
• Amanah
• Tersendiri
Membangunkan KEMAHIRAN
• Memahami orang lain – berkomunikasi secara bijak dalam hubungan
• Membuat keputusan secara rasional-rumusan-kesimpulan-proses urutan-sebabakibat
• Menguasai visual, bayangan dan gambaran
• Mampu mempelajari dan menguasai berbagai bahasa
• Pemikiran kreatif – kebijaksanaan emosi
• Penyelesaian masaalah secara lakaran bebas
Mengatasi Masaalah
• Kawalan emosi yang lemah – hilang sabar, menangis keterlaluan
• Perlakuan seperti terlalu manja, sensitif atau berdebar
• Berkhayal
Mental - Super Smart
Pengaruh warna : Hijau dan kuning
Mempengaruhi proses penganalisaan dengan penelitian berfakta
PERANGAI/TINGKAHLAKU
• Sering mengungkapkan kata-kata seperti masa itu wang
• Sukar mempercayai perkara yang tidak logik
• Apa jua perkara menitikberatkan fakta dahulu
• Maklumat di lihat dalam bentuk yang ringkas dan tepat
• Pandang sesuatu kepada kebendaan
• Cenderung kepada akademik
• Sukar menerima pembaharuan/kreatif
• Mudah terperangkap dengan fakta dan maklumat
• Bergantung dengan fakta dan maklumat terutama data komputer
• Berpegang kepada prinsipyang telah disetkan pada minda
• Melihat realiti semasa bukan masa hadapan
PEMBELAJARAN
• Menerima input pembelajaran melalui fakta/data
• Kecenderungan kaedah analisis
• Membentuk sesuatu teori untuk dijadikan prinsip
Membina psikologi berikut:
• Kuat berfikir
• Pemikiran kritis
• Objektif
• Pengingat
• Peramah
• Boleh dipercayai
• Pintar
• Penguasaan bahasa - istilah
Membangunkan KEMAHIRAN
• Cenderung kepada kenyataan salah atau benar
• Pemikiran bentuk vertikal
• Penyelesai masalah
• Kumpul data/maklumat dari subjek
• Kelola maklumat ikut kategori
• Penyelidikan – library ikut topik
• Mengetahui tentang mesin melalui – katalog, buku, pamplet dan majalah
• Ulasan kritikal terhadap buku, program TV, kerja senilukis
Mengatasi Masaalah
• Kawalan minda logika dan daya ingatan yang tidak seimbang – terlalu lembab atau pelupa
• Perlakuan mengkritik dan keresahan yang keterlaluan
• Kekeliruan berlebihan
Fizikal - Bold & Brainy
Pengaruh warna : Biru dan merah
Mempengaruhi proses perlaksanaan – koordinasi tubuh
PERANGAI/TINGKAHLAKU
• Suka melihat seuatu pada yang lepas
• Melakukan sesuatu dengan agenda
• Menekankan aspek masa atau jadual
• Ikut peraturan/prosedur
• Kebolehan fokus suatu perkara pada suatu masa
• Bekerja secara sistematik
• Buat sesuatu mengikut langkah- ikut kura-kura lawan arnab
• Tabah dan tekun
• Lebih hati-hati – kawal lihat pada keselamatan
• Safe Keeping bukan Risk Taker
• Menolak apa sahaja idea yang kabur
• Sukar menerima perubahan/emosi
• Membuat anggaran perbelanjaan yang lengkap dan terperinci
PEMBELAJARAN
• Mengikut arahan yang sedia ada
• Melakukan ulangan / terperinci
• Langkah demi langkah
• Serius dari segi aspek masa
• Utamakan jadual dari manusia
Membina psikologi berikut:
• Matang
• Berani
• Intelek
• Berpandangan jauh
• Cekal dan tabah
• Tegas
• Kebolehan fizikal
• Cita-cita tinggi
• Agresif
• Bergaya
• Bertanggungjawab
• Keterampilan
• kemas
• Implementasi
• Aplikasi
Membangunkan KEMAHIRAN
• Pragmatik – vertikal – struktural
• Menekankan proses bukan persepsi berfikir
• Melihat pada praktikal/kritikal
• Pemikiran kritis
• Tertib, prosedur piawaian, sistematik
• Kawalan dan tanggungjawab
Sebahagian unsur-unsur bahan yang terdapat pada alam sekitar, makanan dan lain-lain mempunyai perkaitan cukup menarik dengan tubuh badan dan apabila kita bercakap mengenai perubatan dan perawatan, di mana peranannya cukup jelas dengan melihat kepada kapasiti unsur-unsur tersebut. Setiap elemen kimia dan benda-benda di dunia ini mempunyai ciri-ciri rajah tenaga warnanya tersendiri dan berkaitan dengan frekuensi warna yang diperlukan untuk menyeimbangkan tenaga aliran tubuh.
Cahaya dan warna adalah sebahagian daripada spektrum elektromagnetik yang peka pada mata manusia dan juga merupakan sebahagian daripada spektra tenaga yang membolehkan kehidupan di bumi berterusan.
Di antara unsur tersebut ialah ‘neutron’ iaitu suatu bentuk cas-cas yang bertujuan mewujudkan pengesanan terbaik. Unsur neutron yang sebenar ialah ‘air’ yang kini didapati sangat berkesan digunakan untuk perawatan melalui kaedah rendaman ais (hidroterapi ais).
Air atau H2O mempunyai berat jisim atom 1 (satu) iaitu yang paling kecil di dunia terdiri daripada 1 elektron, 1 proton dan 1 neutron. Unsur yang sedemikian rupa menjadikan air sebagai pengesan terbaik sewaktu perawatan selain sebagai pengimbang kepada segala bentuk kepincangan melalui kaedah-kaedah tertentu.
Unsur-unsur lain adalah seperti unsur atom oksigen, nitrogen, karbon dan hidrogen. Terdapat unsur-unsur yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia seperti karbon berat pada bahan makanan tertentu yang menyebabkan keadaan tidak seimbang apabila karbon berat mempunyai radiasi-radiasi yang diserap oleh sel-sel mewujudkan ketidakstabilan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa unsur-unsur tertentu mempunyai pertalian khusus dengan tubuh manusia yang dengan itulah tubuh dapat berfungsi dengan keadaan asalnya apabila kehadiran unsur tersebut cukup kapasitinya dan betul pada tempatnya.
Merujuk seperti dinyatakan di atas "Unsur-Unsur Bahan Sebagai Rujukan Perawatan CVT" di atas, bahawa :
Cahaya dan warna adalah sebahagian daripada spektrum elektromagnetik yang peka pada mata manusia dan juga merupakan sebahagian daripada spektra tenaga yang membolehkan kehidupan di bumi berterusan.
Maka Warna Diri oleh Colour Vibration Therapy telah melihat secara lebih menyeluruh berbanding teori lain sedia ada kerana Warna Diri mempunyai hubungkait dengan alam dan sistem tubuh manusia.
Warna dan Elemen Alam
Semua unsur mempunyai warna tersendiri. CVT merumuskan bahawa kejadian manusia dan alam adalah kejadian yang sama. Apa sahaja yang terkandung di dalam alam semesta sebenarnya juga terkandung di dalam tubuh manusia. Sepertimana dijelaskan akan saintis memperjelaskan akan 4 komposisi utama di dalam tubuh manusia iaitu Nitrogen, Oksigen, Hidrogen dan Karbon yang mana 4 elemen ini juga merupakan elemen utama bagi alam.
Terdapat begitu banyak analogi di dalam alam semesta yang mempunyai persamaan dengan tubuh manusia. Pelangi di langit sebenarnya adalah mewakili warna aura bagi tubuh manusia. Aura mempunyai hubungan jelas dengan tubuh manusia. Warna dan aura yang terhasil sebenarnya mewakili keadaan individu akan keseimbangan atau ketidakseimbangan individu itu sendiri.
Alam dan segala sesuatu sekiranya tanpa warna amat membosankan dan hidup seperti tidak bermakna. Begitu juga jika bagaimana dijadikan alam ini di dalam hanya satu warna sahaja, iaitu hanya ada malam sahaja atau musim sejuk sahaja? Pengalaman berada di negara 4 musim, apabila musim sejuk didapati sesetengah orang mengalami sindrom kemurungan yang dikenali sebagai Seasonal Affective Disorder (SAD).
Dua sumber tenaga cahaya yang utama iaitu matahari dan bulan sebenarnya amat berkait rapat dengan proses pembinaan warna dan pembentukan tenaga bagi keperluan setiap unsur hidup sebagai keseimbangan alam semesta.
(Saya akan merujuk kepada blog Dr Ariffaizal di mana saya telah menyusun semula dan akan mempamerkan di blog ini dalam sedikit waktu lagi)Warna adalah suatu bentuk gelombang yang boleh diukur dalam nilai frekuensi tertentu. Cahaya dan warna ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka oleh mata manusia dan juga merupakan sebahagian daripada spektra tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan setiap makhluk di alam semesta. Cahaya berbeza dari segi warna berpandukan ukuran dan jarak gelombang. Warna dari cahaya terpancar bermula daripada gelombang jarak pendek, ukuran rendah sehinggalah kepada gelombang jarak jauh, ukuran tinggi.
Warna, Alam dan Manusia
Setiap kejadian mempunyai warna tersendiri. Ini adalah sumber inspirasi yang pertama mencetuskan ilham bahawa betapa warna sangat memberi kesan dalam kehidupan. Melalui warna, manusia akan lebih cepat mengenal sesuatu hasil daripada deria penglihatan yang kemudian ditafsir oleh otak.

Warna, pemikiran dan sikap individu
Mata manusia merupakan deria yang mengandungi saraf yang amat peka dan menerima segala jenis cahaya dan warna-warna, maka sudah tentulah warna-warna yang dilihat akan mempengaruhi gaya pemikiran, emosi, spiritual atau semangat dan sikap seseorang individu, baik secara langsung atau tidak langsung. Jika tidak masakan kerana musim sejuk yang dikaitkan secara langsung akan kekurangan cahaya matahari menyebabkan kemurungan berlaku kepada sesetengah individu. Begitu juga perkaitan bagaimana seseorang yang menganggotai kumpulan Black Metal yang sentiasa berpakaian serba hitam juga dikaitkan dengan aktiviti mereka yang ke arah pemujaan dan sebagainya.
Warna dan Organ Tubuh
CVT berjaya menghuraikan hubungkait manusia, alam dan warna. Warna pelangi sebenarnya ada di dalam diri kita kerana Allah (S.W.T) hendak menunjukkan kepada manusia bahawa kita merupakan sebahagian dari alam. Oleh itu, sebagai manusia,lebih-lebih lagi setelah dilantik sebagai khalifah, kita tidak seharusnya mengkhianati alam/bumi, di mana banyak kerosakan dilakukan dan dalam masa yang sama menunjukkan betapa kurangnya kesedaran terhadap penciptaan kita: Kita adalah alam dan alam adalah kita.

Ketidakseimbangan Organ Pengaruhi Personaliti
Kelebihan Warna Diri berbanding Teori Lain
Warna diri menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya. Mengetahui rahsia warna, kita akan mengetahui kekuatan, kelebihan serta kelemahan diri yang dialami atau yang akan dilalui pada masa akan datang. Kelemahan ini apabila dielakkan akan mengelakkan penyakit yang mungkin kita alami. Perlu dijelaskan bahawa penyakit yang dialami berpunca daripada ketidakseimbangan sel yang berlaku di dalam organ tubuh (akan diterangkan dengan terperinci di bawah nanti - Asas Sistem Tubuh Manusia). Mengawal keseimbangan kesemua sel-sel di dalam organ ini secara berkesan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit. Penyakit ini sebelum terjadi ianya bermula dengan sikap yang negatif seperti degil, pemarah, cepat bosan, hilang arah matlamat, kesedihan dan sebagainya.Malah terdapat satu lagi perbezaan teori Warna Diri ini dengan teori yang lain iaitu dari segi pemecahan kepada warna luaran dan warna dalaman pula. Setiap individu yang dikenalpasti mempunyai warna yang mendominasi dirinya, dan warna diri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian luaran dan dalaman. Warna luaran mendominasikan 80% sifat individu berbanding warna dalaman.
Begitu juga perkaitan ais yang merupakan struktur utama bagi meletakkan paksi bumi pada tempatnya semasa berkitar. Bumi kita yang di kutub utara dan selatan yang terdiri daripada ais, pernahkah kita berfikir apakah peranannya? Ais ini dikaitkan dengan tekanan. Jika kita melihat persamaan ini dengan diri manusia, maka kita memerlukan tekanan ais juga dalam membantu mengekalkan keseimbangan diri manusia. Jika kita melihat nanti bagaimana penyusan warna yang bertingkat bagi mengaitkan fungsi sistem tubuh manusia, ia menunjukkan peranannya yang begitu fokus bagi setiap susunan itu. Maksudnya, putih berada di bahagian atas sekali, diikuti warna-warna lain tetap pada kedudukannya. Apa yang berlaku apabila seseorang itu berada di dalam keadaan yang tidak seimbang apabila tidak lagi berlaku fokus akan susunan kerja sistem tubuh. Misalnya,putih sudah bertukar kedudukan di bahagian perut, dan kuning pada bahagian perut pula mengambil tempat putih di bahagian atas kepala (maka jika tidak hairanlah jika wujud panggilan 'otak kuning' bagi menggambarkan seseorang yang suka berfikiran kotor iaitu apabila tiada lagi kesucian akan putih yang telah diambilalih).
Saya letakkan gambar di bawah ini untuk memberi idea sebagai permulaan.

Sistem kederiaan manusia sebenarnya mempunyai daya tarikan seperti magnet juga. Otak atau akal yang menguasai Kutub Utara akan menguasai nafsu atau alat kelamin di bahagian Kutub Selatan.
Kuasa kemagnetan di dalam tubuh anda akan dicemarkan oleh kepincangan akal (otak) dan nafsu (seksual). Akal dan nafsu pula tercemar dan hilang kuasa kemagnetan apabila kita mencemarkan perut kita dengan
Kuasa magnet ini juga adalah bersifat sementara. Mengekalkan kemagnetan bergantung pada bahan makanan yang anda akan makan. Kurang atau lebihan makanan yang berzat akan mencemarkan kuasa atau daya tenaga kemagnetan yang ada di dalam tubuh anda.
Maka bagi level diri Spiritual Mental, 20% level diri Mental sangat mempengaruhi kemagnetan pada akal iaitu 80% level diri Spiritual. Oleh kerana level diri Spiritual sangat terkesan oleh tekanan, dan apabila tertekan selalunya samada hilang selera makan hingga mengakibatkan masalah gastrik, atau terlalu tinggi nafsu makan. Keadaan ini akan membuatkan diri terus tertekan hingga hilang pertimbangan, hilang arah dan hilang punca.
Secepat mana saya dapat menghasilkan penerangan ini bergantung kepada bagaimana konsentrasi ini berjaya saya kekalkan. Adalah bukan perkara yang mudah untuk saya dapat menyusunnya sepertimana dapat menjelaskan dengan teliti. Bukan sengaja saya melengahkannya... tetapi saya percaya masanya akan tiba di mana saya berjaya mempamerkankannya di sini untuk tatapan semua. Doakan saya.




























0 ulasan:
Catat Ulasan